Who Are You?

1.5K 107 4
                                    

"Nak pergi mana ni Buling?" soal Atsuke.

Soalan Atsuke dibiar sepi beberapa saat sebelum dijawab,

"Err...adalah. Tu, atas bukit tu. Kita jumpa seseorang yang nak sangat tengok Puteri," kata Buling perlahan-lahan. Suaranya kelihatan serba salah. Ya, sememangnya Buling mesti serba salah. 'Seseorang' yang dimaksudkan itu bukannya peminat Atsuke...kehadiran Atsuke juga perlu dirahsiakan buat sementara waktu.

Selepas 30 minit perjalanan...

"Tuan puteri, Puteri Atsuke...bangun puteri...kita sudah sampai," Buling yang membuka pintu kereta mengejutkan Atsuke.

"Huh, sampai mana?" Atsuke yang masih mamai itu membuka kelopak mata. Tetapi gagal. Mengapa ya?

"Buling, help me! Apa yang terjadi pada mata saya ni! Buling!!!" Atsuke menjerit. tangannya meraba raba memegang matanya yang dibalut kain sutera.

"Hahaha, puteri jangan risau. Saya cuma mahu berikan kejutan untuk puteri. Lagipun, ini arahan orang yang akan kita jumpa sekejap lagi," Buling menerangkan panjang lebar.

"Huh, dia ingat dia itu siapa?"Atsuke berbisik kecil.

Buling memimpin tangan Atsuke dan bersama sama mereka mendaki bukit sekaligus mendekati musibah yang akan mendatang.

*****

"Ah,dear! Datang pun awak!" Suara lelaki macho menyapa mesra Atsuke.

"Helo,siapa awak ni? Saya tak kenal pun, okay?"Atsuke menjeling lelaki dihadapannya itu.

"Buling! Awak tak kenalkan saya lagi? Kasihan puteri. Pasti terkejut," lelaki tersebut mendekati Atsuke dan menyentuh pipinya. Pantas Atsuke menepis tangan itu.

"Huh, biarkan. Anyway, nama saya Voking," akhirnya lelaki tersebut menyebut namanya.

"Voking?"Atsuke berkerut kerut dahi memikirkan nama itu.

I'm Princess Atsuke! (malay)Where stories live. Discover now