Yang berlaku tetap akan berlaku! Wanita itu! Takdir itu adalah DIA, bukan? Dia yang tetap akan ada di antara mereka! Dalam kepayahan yang amat, tautan jemari mereka diputuskan, rangkulan itu dilepaskan dan tubuhnya menghindar jauh. Airmata diseka laju dengan belakang tangan. Sentuhan ajaib itu tiba-tiba hilang kuasanya.

"Get out! Get out of my office. Get out of my life!" Nadia lebih sakit dari tadi. Lebih parah dari sebelum ini. Takdir itu tetap akan berlaku bukan? Dan takdir itu bukan miliknya.

"Pergi pada DIA! Selamanya DIA! Jangan... tolong jangan datang lagi. Please don't make me hate you all my life." Wajah lelaki di hadapannya berubah, terkejut sungguh.

"Nadia... you... you know about... hhher?"

"Yes!" Puas hati? Aku tahu semuanya! Hatinya menjerit dan seluruh tubuhnya sakit dengan jeritan itu. Langkahnya tiba-tiba gagah. Daun pintu diselak penuh yakin kali ini.

"And I 'GAVE' you to her. Isn't that enough? Now, get out of my life! Out!" Sepasang mata itu bagai memancarkan kilat. Menyambar membakar segala sisa-sisa impian yang ada. Harapannya bagaikan musnah selama-lamanya. Longlai, kaki lelakinya melangkah. Dia tewas kali ini walaupun pertama kali dia berpeluang setelah sekian lama mencari.

Percikan air dari kolam renang mengejutkan Zulkarnain yang entah ke mana dengan lamunannya. Natrah ketawa gelihati. Ha! Mimpi lagi! Seorang jejaka dan seorang perawan kenit pula menyimbah air ke tubuhnya membuatkan dia kelam-kabut mengelakkan diri dari basah sambil marah dalam ketawa. Ah! Mereka memang tak bagi peluang langsung untuk mama dan papa bercanda! Akhirnya ketiga-tiga mereka saling menyimbah antara satu sama lain.

Zulkarnain tersenyum. Hatinya ikut bahagia melihat wanita berwajah polos itu ketawa. Dia bagaikan tak pernah berduka. Kerana keriangannya, ketulusannya dan yang paling bernilai adalah redhanya. Redhanya kepada Tuhan dan segala yang datang dari Tuhan membuatkan dia sentiasa tenang dan bahagia. Kerana redhanya, dia tiada dendam, tiada marah, tiada prasangka. Walaupun hidupnya amat hebat diuji Tuhan namun dia tetap senyum mensyukuri setiap hari yang mendatang.

Kerana itu juga Zulkarnain sentiasa merasa bersalah terhadapnya. Dan rasa-rasa itu dia tebus dengan berusaha membahagiakan dia dengan apa pun cara yang termampu.

She knows when I'm lonesome, she cries when I'm sad

She's up in the good times, she's down in the bad

Whenever I'm discouraged, she knows just what to do

But girl she doesn't know about you.

I can tell her my troubles, she makes them all seem right

I can make up excuses not to hold her at night

We can talk of tomorrow, I'll tell her things that I want to do

But girl how can I tell her about you.

How can I tell her about you

Girl please tell me what to do

Everything seems right whenever I'm with you

So girl won't you tell me how to tell her about you.

How can I tell her I don't miss her whenever I'm away

How can I say it's you I think of every single night and day

But when is it easy telling someone we're through

Ah girl help me tell her about you.

Setiap kali hati dan mindanya bersama Nadia, setiap kali itulah lagu nyanyian Lobo itu berkumandang dalam dirinya. Ya, Natrah tak pernah tahu tentang Nadia. Tak pernah tahu yang Nadia setiasa hidup dalam hati dan mindanya. Dia sering bersendirian namun tak pernah kesunyian. Dia berbual, bergurau senda malah kadang-kadang bernyanyi bersama Nadia. Namun jauh di sudut hatinya bagaikan ada terowong kosong. Ada-ada waktunya, dia akan terbawa ke dalam terowong itu dan waktu-waktu begitu, dia akan rasa sangat menderita dan kelemasan. Lemas kerana terowong itu tak berpenghujung. Sakit kerana nafasnya sesak dalam kegelapan dan kesempitan. Itulah terowong rindunya pada Nadia.

MAKNA PADA RASAजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें