Bab 41

320 4 0
                                    

Maliha dibawa ke bilik tamu di tingkat bawah yang sudah dihias cantik. Mudah bagi ibu bakal tunangannya datang menyarung cincin nanti, kata Puan Sri Khadijah. Tidak ramai di dalam bilik itu, hanya Maliha dan Puteri serta beberapa orang saudara perempuannya yang tinggal untuk menemani Maliha. Sementara mama dan papanya serta ahli keluarga yang lain berada di luar rumah menyambut kedatangan rombongan keluarg Taufiq.

"Liha, ada special guest...," Tiba-tiba Ammar muncul lagi di muka pintu bilik yang sedia terbuka. Seorang wanita muda melewati Ammar berjalan sopan masuk ke dalam kamar. Ammar ikut masuk mendekati Maliha dan Puteri yang sudah berdiri bagi menghormati tetamu dari bumi asing itu.

"Assalamualaikum...," salam dihulurkan kepada semua yang ada di dalam bilik itu dengan senyuman manis. Maliha bangun menyambutnya, bersalaman dan berpelukan.

"Haida from Bosnia. Haida, this is my darling sister, Maliha and Puteri Zulaikha, her closest friend..." Pandangan mata Ammar dan Puteri bersabung. Puteri cepat-cepat mengalihkan pandangan lalu bersalaman dan berpelukan dengan Haida yang cantik dengan kulitnya putih kemerah-merahan itu. Kekasih baru? Hati Puteri meneka dalam debar.

"Haida isteri Fuad Abdullah, my friend from Jeddah. I met them in Washington last month. Our close friend, Uzair Suleiman from Abu Dhabi is here too. They are exploring parts of Asia and today, they would like to experience a malay tradition of engagement ceremony especially Haida... right, Haida?"

"Yes, we are so lucky to be here and learn more about Malay moslems culture. Thank you so much for having us here, today. I hope we are not interupting the ceremony...," lembut tuturkata Haida yang tidak lekang dengan senyuman.

"Oh no! It's great to have you guys here especially today. Guests bring along the barakah, right? Thank you for coming. Come and sit with us...," tukas Maliha, penuh mesra.

"Fuad is outside taking video, covering the whole ceremony with the help of my friends. So, I should leave Haida with you guys now..." Dengan senyuman manis, Ammar memperkenalkan wanita muda itu kepada mereka. Dan dengan senyuman manis juga terutama kepada Puteri, dia memohon diri lalu keluar dari bilik itu meninggalkan Haida bersama mereka. Senyuman manis yang melekat di kepala Puteri agak lama.

Puteri mempelawa Haida duduk bersama mereka, bersimpuh di atas permaidani baldu mengelilingi Maliha yang duduk di atas kusyen tebal berbalut kain baldu berwarna merah hati bertekat benang emas, seni warisan melayu lama terutama bagi yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak seperti Puan Sri Khadijah.

Di luar kedengaran suara riuh rendah menyambut kehadiran tetamu yang sudah tiba. Maliha tersenyum-senyum penuh debar. Sepupu dan ibu saudaranya pula mengusik dan bertanyakan tentang Taufiq. Maliha tergelak-gelak melihat mereka terhendap-hendap dari tepi pintu untuk melihat sekiranya Taufiq turut hadir dalam majlis itu. Bila ditanya Puteri, Maliha menggelengkan kepala. Dia benar-benar tidak tahu samada Taufiq akan hadir atau tidak.

Puan Sri Khadijah muncul lagi di muka pintu. Dia meminta Puteri tolong bawakan sirih junjung yang tertinggal di meja sisi di bilik itu. Bingkas Puteri bangun mengambilnya lalu membawa keluar. Dia mengambil kesempatan itu untuk meninjau kalau-kalau Taufiq hadir sama bersama keluarganya yang ramai itu. Setelah meletakkan sirih junjung dihadapan sekali di antara dua pihak yang bakal mengadakan perbincangan sebentar lagi, Puteri mengundurkan diri ke bilik semula sambil matanya mencari-cari kelibat Taufiq.

"Oppss...! Maaf...," Dia terlanggar seseorang lalu terdongak.

"Puteri cari siapa?" Ammar Bahrain!!

"Hurmm... err... Tau-Taufiq...," jawabnya gugup. Langsung dia berpaling dan melangkah ke arah bilik.

'Nanti!" Lengannya dipaut. Terbeliak mata Puteri dibuatnya. Berani dia sentuh aku?!! Nasib baik berlapik. Seolah-olah mendengar suara hati Puteri, tangan Ammar segera melepaskan lengan gadis itu. Saat itu juga, sepasang mata merenung tajam ke arah mereka. Raut wajahnya jelas terkejut namun dia diam membatu diri.

MAKNA PADA RASAWhere stories live. Discover now