Bab 10

16 2 0
                                    

Kini mereka sudah kembali ke Malaysia.Kenangan dan segala keringat ke dua Bandar purba tersebut tersemat dalam hati.Airis hanya mendiamkan dirinya sejak kembali dari tapak runtuhan kerajaan Airis.Perasaan dia bercampur baur.Marah,sedih dan paling penting rasa di khianati.

Airis memandang Bandaraya Kuala Lumpur dari tingkap bilik pejabatnya.Kelihatan kenderaan berpusu-pusu di jalan raya.Sesekali dia melepaskan keluhan berat.Malam tadi dia bermimpikan seorang gadis yang persisnya.Ya,puteri Airish.Hanya senyuman yang di hadiahkan tanpa ada sebarang suara.Senyuman manis yang terselit sedikit kelat.Dia teringat peristiwa di kawasan runtuhan tersebut.

Flashback

Terjumpa banyak rangka yang telah menjadi batu.Maklumlah dah lamakan.Airis berjalan lagi di sekitar kawasan yang telah di benarkan lalu.Dia dapat bayangkan ketakutan setiap rakyat ketika itu.Dia dengar jeritan orang ramai lari dari bencana.Ketakutan dan keberanian setiap rakyat mahu bersama tanah air mereka.

Airis menangis.Dia terduduk di tengah jalan.Dia meraung sambil menundukkan wajahnya ke tanah.Dia terasa sedih sangat-sangat.Dia malas mahu fikir apa yang dikatakan orang lain padanya yang penting dia mahu melepaskan kesedihannya.

Damien memandang sekejap kemudian tunduk.Dia mengutuk Putera Damien dalam hatinya.Memaki-maki pemerintah tersebut dalam mindanya.Apa yang telah pemerintah itu buat memang tak dapat di maafkan.

Air mata Airis menitis ke tanah.Tiba-tiba asap yang semakin menebal tadi menjadi nipis dan kemudian hilang melarut dalam udara.Semua memandang antara satu sama lain.Pelik.Airis bangun.Dia memandang di sekeliling dan akhirnya memandang sebuah bangunan tinggi yang telah lebih separuh runtuh.

"Ada diantara kamu dulu kata nak tengok pusara Puteri Airis dan Putera Andriankan.Sana pusara mereka.Dalam runtuhan bangunan tinggi sana.Kat situlah pusara Puteri tersebut dengan putera baginda."Airis menunding jarinya telunjuknya pada sebuah bangunan runtuh tidak jauh dari mereka.

Intan memandang sahaja bangunan tersebut.Mereka tak mungkin dapat ke sana.Keadaan kawasan semakin teruk dengan batu-batu besar dan ada diantara kawasan mempunyai Radioaktif yang agak kuat.Bukan itu sahaja semakin jauh mereka berjalan mereka sedar suhu semakin tinggi.Angin yang mengusap tubuh mereka bukan angin yang menyegarkan tubuh tapi angin panas yang boleh membuat kulit mengelupas dan pedih.

Selama dua hari berada di tapak tersebut membuatkan Airis jatuh sakit.Demam yang agak tinggi dan kerap bermimpikan Puteri Airish dan gemaan tanah bumi di kawasan tersebut.Tanah yang masih dalam perjanjian dan sumpahan.

Ingatan Airis di tempat tersebut terganggu dengan panggilan seseorang.Dia berpaling dan terkedu bila melihat seorang wanita persisnya sedang tersenyum memandangnya.Wanita itu memakai baju seolah-olah jubah berwarna merah yang dihiasi dengan sulaman bunga yang berwarna hitam.bermata ungu kemerahan dan berambut panjang berwarna coklat kemerahan.

"Tolong carikan Andrian pada kelahiran sekarang.Matanya sama dengan kamu.Dua warna mata tanda cinta Beta pada Putera Damien.Tolong.Beta rasa dia berada dekat dengan kamu.Tolong Beta Airis.Beta sayangkan Andrian dan Putera Damien."

"Kenapa masih cintakan PuteraDamien sedangkan dia telah mengkhianati cinta dan kepercayaan kamu?kerajaan kamu?paling penting mengkhianati kasih sayang Andrian.Jawap puteri.Kenapa?"

"susuli sejarah.baca dan hayati kisah dalam percintaan kami.kamu akan tahu jawapannya.Jawapannya sudah ada pada kamu sendiri.Fahami Airis.Fahami dengan jiwa yang luhur bukan hayati dengan perasaan marah dan kecewa.bukan tapi hayati sejarah itu dengan perasaan cinta dan ketenangan.Kamu akan faham perasaan beta dan juga perasaan Damien.Wakaupun masa telah lama berlalu tapi cinta beta pada dia masih tidak berubah.Damien masih dalam hati beta.

Damien kamu masih keliru dalam hatinya.Pimpin tangan dia untuk dia faham hatinya.Rasa bersalah lagi dan paling penting kecewanya dia pada dirinya sendiri.pimpin dia Airis.Pimpin dia untuk dia lihat hatinya sendiri."

"Cik Airis..Cik Airis.."Suara yang di kenalinya memanggil berulang kali.Airis memandang sekeliling.Puteri Airis mula kabur di hadapannya dan kemudian hilang.

Airis membuka matanya.Dia bangun dari baringannya.Kenapa dia berada di sofa?Bukankah dia sedang berdiri sambil memandang suasana kuala lumpur dari dinding kaca pejabat.

Hanni memandang muka ketuanya yang terpinga-pinga.Tadi Cik pengsan dekat lantai jadi saya minta Encik Damien tolong angkat Cik ke sofa.Baru ingat nak panggil ambulance tiba-tiba cik dah bergerak.Jadi saya cuba panggil Cik.Sedar juga akhirnya.

"Berapa lama saya pengsan?"Airis bertanya.Dia meraup wajahnya dengan tapak tangan.Ada rasa sedikit pening.

"Dalam satu jam sahaja,cik."

"Boleh dapatkan saya air suam tak?"

"Kejap saya ambil dekat pantry."

Airis bangun lalu duduk di meja kerjanya.Macam mana dia boleh pengsan.Dia hanya memandang skrin computer yang terang.Hanni masuk dengan mug di tangan.

"Hanni,terima kasih ye.Kamu boleh buat kerja kamu.Kalau apa-apa saya nak nanti saya panggil kamu.Terima kasih ye sebab tadi dengan air ni."

"Tak apa.kalau apa-apa yang cik nak minta tolong panggil sahaja saya."

"Baiklah."

Airis mengeluh kecil.Damien angkat dia tadi?Adoi..kenapalah Hanni tak minta tolong dekat orang lain.Mengapa mesti Damien.Lepas kembali dari kedua-dua tempat itu Damien seolah-olah mengelak bertemu dengannya malah Damien kerap kali menolak bertemu dengan dia juga.walaupun hal pejabat.

Pesanan Puteri Airis terngiang kembali ke dalam minda Airis.Cari Putera Andrian?Ada berhampiran dengan saya?pening lagi kepala Airis.Ya,dia pasti akan cari sebab dia nak jumpa putera Andrian.Anak kesayangannya.Dia pasti akan cari.Tunggu bonda sayang.Bonda akan cari kamu.

Tiada mood mahu buat apa-apa.kepalanya masih pening dan Airis buat keputusan untuk balik awal sahaja.Handbeg diambil lalu dia terus beredar.Jam di dinding sempat di lihat.pukul 12.30 tengahari.Lantaklah nak fikir apa.Yang penting dia nak berehat.

Lif terbuka dan tubuh Airis terlanggar seseorang yang mahu keluar.Cepat-cepat Airis memohon maaf tanpa memandang wajah lelaki itu.Dia terus masuk dan lif tertutup.

Lelaki yang dilanggar Airis berpaling memandang kea rah lif sambil tersenyum.

"Bingo.Jumpa juga."Bisik lelaki itu sambil tersenyum penuh makna.

"Saya Andrian wakil dari Skyture International Sdn.Bhd.Saya ada temu janji dengan Encik Damien."Setiausaha Damien,Syarifah segera melihat buku log nya dan dia tersenyum manis.Kena senyum manis sebab lelaki di depannya itu kacak sangat-sangat.

"Tuan boleh ikut saya."Syarifah mempersilakan lelaki itu kea rah pejabat Damien.

Cinta ke akhirnyaWhere stories live. Discover now