BAB 4

19 4 0
                                    

Damien mendapat berita Hanna di tahan di dalam Wad.Demam panas dan tak sedarkan dirinya sudah dua hari.Itupun tahu melalui Khairul yang juga sahabat baik pada abang Hanna Eian Haliff Airul iaitu abang ketiga Hanna.

Hari ini akibat di desak Khairul Syafiq dan hampir sahaja pembantunya mogok bercakap dengannya akhirnya dia menjejak kaki ke hospital.

"Kenapa Haliff?Lain macam korang ni."Khairul bertanya pelik.

"Adik tak sedar lagi dah masuk dua hari hari ni.Dari semalam lagi dia mengigau bukan-bukan.Bahasa Istana.Kadang-kadang bahasa yang tak tahu apa bahasa yang dia katakan.Sampai mak aku kata adik aku kena rasuk dengan roh bangsawan.Sampai nak cari ustaz atau bomoh."Eian Haliff mengusap wajah sugulnya.Keadaan Hanna bukan makin elok tapi makin teruk.Panas badannya terlalu tinggi.

Damien memandang Hanna.Sakit hatinya bila melihat gadis itu terlantar.Rasa dia mahu sahaja mengambil sakit gadis itu.biar dia yang sakit.Damien tersentak bila Hanna mula mengigau.Ya,dia faham bahasa gadis itu.Bahasa kuno yang menjadi bahasa mereka jutaan tahun yang lampau.lebih senang kata bahasa jin yang kuno.

"bahasa itulah.Bahasa apa pula yang dia cakapkan ni."Eian haliff memegang Puan sarah yang sudah menangis.

"Abang,Panggilah ustaz,bang.Sarah tak mampu lihat hanna macam ni.Apa yang merasuk Hanna,bang."Hampir sahaja Puan Sarah meraung.

"Airis,kamu kena bangun.Buka mata kamu."Damien bersuara perlahan.Semua memandang Damien.Mereka harap kali ini Damien dapat membuat Hanna membuka matanya.

Hanna membuka matanya perlahan-lahan.Pedih matanya.Wajah Damien dilihatnya.Senyuman yang nipis di berikan.Semua kelihatan gembira bila Hanna membuka matanya.

"Kanda,Dinda rindukan Kanda.Rindukan Andrian.Rindu sangat-sangat.Kanda tolong jangan tinggalkan Dinda.Kanda nafas Dinda.Kanda nadi Dinda.Jangan tinggalkan dinda."Hanna menangis.dia menutup mukanya dengan tapak tangan.cintanya terlalu mekar buat Damien.

Puan Sarah menangis bila mendengar Hanna menggunakan bahasa misteri tersebut.Adik beradik Hanna sudah mula lenjun dengan air mata.En.Hanafi sudah nekad untuk mencari ustaz untuk melihat sekaligus mengubati anaknya.

"Kanda tetap akan berada di sisi dinda.Kanda tak kemana-mana.Zaman ini zaman baru bagi kelahiran kita.Zaman baru yang kita hidup.Zaman ini tak ada Andrian.Andrian belum lahir lagi.Andrian masih menanti kita di sana.Zaman kelahiran baru bagi kita berdua.Sayang,berjuang sama dengan kanda.Berjuang sama-sama dan kanda janji tidak akan kanda khianati cinta kita lagi.Maafkan kanda apa yang dah kanda buat sebelum ini."Damien bersuara.

Semua terkejut bila Damien menggunakan bahasa yang sama dengan hanna.Hanna yang mereka lihat menagis dalam senyuman.Kahirul pasti itu bahasa mereka dalam mimpi sebab itu mereka tahu menggunakan bahasa tersebut.

Hanna memegang tangan Damien.Dia tersenyum lalu terlena kembali.Damien melpaskan keluhan halus.Dia dah janji dengan Hanna.Bukan.Dia berjanji dengan Airis.Ya,dia sudah berjanji dengan isterinya yang lalu.Janji dan sumpah harus di tunaikan.

"Damien,bahasa apa yang kau gunakan tadi.Sama bahasa dengan Hanna."Khairul Syafiq bertanya.

Damien tersenyum.Dia memandang Hanna yang sedang berdengkur halus."Bahasa yang pernah kami berdua gunakan sebelum ini.Mungkin jutaan tahun lalu.Mungkin dalam mimpi kami selama ini.Siapa tahukan."

**************************************************

Intan Nadia melihat fosil-fosil yang di jumpai sejak sebulan yang lalu.Tapak sebuah Bandar yang lebih maju dari mana-mana Negara di dunia ini.Semalam mereka bertemu dengan sebuuah cakera seperti dvd tapi dibuat dari gelas yang bermutu tinggi malah mereka juga bertemu dengan beberapa barang yang tidak ketahui yang segi pembuatannya lebih hebat dari mana-mana barang sekarang ini.

Paling penting sekali mereka bertemu dengan fosil cengkerang memandakan tempat ini dulu berada di atas air ataupun di persisiran pantai.Hutan dan semak di depan mata membuatkan intan mengeluh.Ada orang asli tempatan yang tahu berbahasa inggeris mengatakan ada tinggalan Bandar di dalam hutan tebal di depan Intan sekarang ini.

Kata orang asli itu lagi tempat tersebut terbiar dan tidak boleh di bangunkan sebab tanah tempat itu gersang dan berasap.Besar dan luas kawasan itu.Boleh dilihat dari bukit tapi kena mendaki.gunung yang berada di depan nya di lihat.tingginya.

Semua sudah bersetuju untuk mendaki keesokan hari.mahu sahaja dia hanya menunggu di dalam khemah dan mengkaji tulisan purba yang terdapat pada sebuah batu fosil tapi arahan mandatory di buat oleh Prof.Dr.Mokhtar untuk dia ikut serta dalam ekspedisi ini.

Hari ini cuaca terang dan langit biru yang cantik.Memang mereka nampak di sebalik bukit tinggi yang mereka bakal daki sebentar nanti ada kepulan asap yang nipis.Kata En.Noktur,ketua orang asli,asap tersebut dari Bandar kuno itu.Tempat itu kepantangan bagi kaum mereka.Dikatakan bandr itu musnah sebab kemarahan dewa dan dewi penjaga tempat itu.

Pendakian bermula.Diketuai oleh En.Noktur.Selamba sahaja lelaki tua itu mendaki sedangkan mereka terpaksa berhati-hati kerana ada batuan yang licin dan berlumut.

Laluan ke puncak memang mencabar bagi orang yang tidak pernah mendaki mana-mana bukit.Intan nekad untuk mula mendaki mana-mana bukit selepas ini di Malaysia.Mangsa utama ialah Hanna dan Khairul Syafiq.Mereka sampai ke puncak waktu malam.Tiada apa-apa yang mereka dapat lihat di bawah bukit.Apa yang mereka nampak hanyalah asap yang berterbangan berhampiran mereka.

"Macam manalah keadaan Bandar yang di katakan Tuan Noktur tu ye.Dia kata kawasan tu tak ada satu pun tumbuh-tumbuhan.Hanya Bandar yang terbiar yang di jumpai oleh nenek moyang mereka sebelum ini.Bandar kuno yang dirahsiakan kewujudannya selama jutaan tahun."Nisya bersuara sambil memandang api yang sedang memanaskan mereka semua.Keadaan memang sejuk.

Intan memandang ke hadapan dalam kegelapan malam.Dia mahu tahu adakah itu Bandar yang di mimpikan oleh Hanna atau sekadar Bandar kuno yang pernah hilang.

"Kau pernah dengar tak tentang bandaraya yang di sebut Atlantis kedua yang musnah dan hilang dalam peredaran masa.Tak silap Kerajaan Airis?Intan Memandang Nisya dan beberapa rakan sekumpulannya.

Prof.Dr.Mokhtar memandang Intan Nadia.Dia memang tahu gadis itu mahu mencari peninggalan sejarah Bandar dan kerajaan tersebut tapi banyak sumber yang mereka dapat hanya membuat mereka hilang punca.

Cinta ke akhirnyaWhere stories live. Discover now