BAB 2

117 18 6
                                    

-2017-

Jun. Amaniy meneliti senarai barang yang perlu dia bawa ke sana, UKM. Ya dia akan ke sana, Faculty of Law. Bukan untuk lelaki itu, tetapi untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang peguam yang disegani.

Sejak hari dia memutuskan hubungannya dengan Aadi, mereka memang langsung tidak pernah walau sekali pun berhubung. Rindu? Mulanya memang lah, makan langsung dia enggan, mandi sekali sehari, solatnya sering kali terlajak, hidupnya selama sebulan pertama lebih banyak dihabiskan dengan tidur. Sekolah tidak dijejak, mujur ketika hal itu berlaku merupakan hari pertama cuti pertengahan tahun. 2 minggu cuti. 2 minggu ponteng.

Kemudian, dia gagahkan hati, ke sekolah seperti biasa, berlagak ceria. Akhirnya, dia berjaya membuat seperti hal itu tidak pernah berlaku. Ibaratnya Aadi Sufyan tidak pernah wujud dalam hidupnya.

Seminggu berlalu, hari yang dinantikan tiba, Encik Amin dan Puan Yani sudah sedia untuk menemaninya mendaftar. Mujurlah ibubapanya sudi mengambil cuti demi anak mereka yang cantik ni. Nak harapkan dia seorang diri di Selangor sana? Memang tidak lah kan. Asalnya ibubapanya ingin meminta tolong Aadi tetapi dia menolak sekeras-kerasnya. Huh tak mungkin dia mahu terhutang budi dengan lelaki itu.

Setibanya di KLIA, mereka sekeluarga pusing-pusing dahulu memandangkan hari pendaftaran adalah pada lusa, Isnin. Kalau boleh seluruh Kuala Lumpur ingin mereka pergi. Dua hari berturut-turut mereka ronda-ronda KL. Ke kedai-kedai mewah hinggalah ke kedai runcit. Semua diserang. Hinggalah tiba hari pendaftaran.

Amaniy sudah tak senang duduk. Risau. Gelabah nak mulakan hidup baru sebagai pelajar universiti.

"Alah apa yang nak dinervouskan sangat? Niy dulu masa darjah 1 tak ada nak nervous pun." Encik Amin menegur anak perempuannya apabila dilihat dari cermin pandang belakang anaknya tak habis mengesat peluh di dahi, padahal dia dah bukak aircond kuat semacam, itupun kerana Amaniy mengeluh panas. Padahal dia gelabah, tu berpeluh tu.

Sampai di sana, tanpa pengetahuannya, Encik Amin dan Puan Yani berjanji untuk berjumpa dengan Aadi disana. Amaniy hanya buat tidak nampak akan figura di depannya yang langsung tiada beza dari setahun lalu.

"Niy pergilah daftar dengan Aadi, kami nak pergi kafe jap, dahaga." Puan Yani beralasan tapi penuh yakin dan meyakinkan. Siap gosok-gosok tekak, dahaga sangat. Belum sempat Amaniy membantah, mereka suami isteri sudah hilang di celah-celah orang ramai.

Mereka berdua berjalan, dengan Amaniy di belakang dan Aadi di depan, ke tempat pendaftaran. Setibanya di dewan terbuka yang menempatkan beberapa kaunter pendaftaran yang diasingkan mengikut fakulti masing-masing. Mereka berdua menuju ke kaunter yang mempunyai papan tanda yang bertulis Faculty of Law tergantung betul-betul di atas kepala lelaki yang bertugas.

Aadi terus mengambil tempat memandangkan saat itu kerusi tersebut kosong. Amaniy hanya berdiri di belakang memandangkan hanya terdapat satu kerusi.

"Nama dik?" tanya petugas tersebut yang Amaniy percaya merupakan senior disitu.

"Aadi Sufyan." Amaniy mengerut dahi apabila Aadi menyebut namanya. Bergurau tak kena tempat betul dia ni. Kat sini pun perangai nak prank orang tu nak buat jugak.

Petugas tersebut mencari nama yang disebutkan pada kertas A4 di depannya. Apabila telah jumpa, dia meminta kepastian, "Bin Ahmad kan?" Aadi mengiyakan kemudian petugas itu tick di bahagian tepi nama Aadi. Lagilah Amaniy hairan. Kenapa wujud nama Aadi disitu sedangkan Aadi sepatutnya sudah merupakan pelajar tahun kedua tahun itu?

Selesai urusan Aadi dengan lelaki itu, petugas tersebut memandang Amaniy. "Adik yang ni pun nak daftar ke?" Amaniy tersentak dan sesaat kemudian dia mengangguk. Aadi bangkit memberi tempat untuk Amaniy duduk.

"Nama?"

"Amaniy binti Amin." Dia jawab dengan kepalanya yang masih sarat dengan persoalan mengapa Aadi turut mendaftar sama.

Selesai semua jenis urusan pendaftaran, Aadi mengajak Amaniy ke kafe untuk mencari kedua-dua ibubapanya. Puas ditawaf kafe itu, batang gigi mereka berdua langsung tak kelihatan. Nombor Puan Yani didail, diangkat.

"Sayang... dah siap daftar ke?" suara ibunya ceria bertanya.

"Haah dah siap. Ibu kat mana ni?" Amaniy mengesat peluh di dahi. Kali ni bukan sebab gelabah, tapi memang betul-betul panas duk pusing kafe 2, 3 kali.

"On the way ke airport." Selamba Puan Yani menuturkan. Sambil tergelak lagi. Dahi Amaniy berkerut.

"Ibu, serius lah?" dahinya dikerutkan lagi.

Puan Yani gelak lagi, kali ini diiringi gelak Encik Amin sekali. Maknanya ibunya memasang speaker. Prank apakah yang ibubapanya tengah buat ni?

"Alah kami dah tak diperlukan dah, Aadi kan dah ada tolong tengok-tengokkan anak kesayangan kami ni. Lagi satu, barang-barang ada dekat kereta Aadi. Okay lah, Papa tengah drive ni, mana boleh jawab call. Bye. Assalamualaikum." Talian dimatikan.

"Bu-" Amaniy merenung telefonnya. Sejak bila kalau orang lain tengah memandu, kita dekat bahagian tempat duduk penumpang tak boleh jawab panggilan? Ibu ni...

"Kenapa Niy?" tanya Aadi yang sedari tadi memerhati gelagat Amaniy yang terkerut-kerut bercakap dengan ibunya.

"Diorang dah on the way nak ke airport balik Pahang."

Aadi terdiam sejenak mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Amaniy. Sesaat kemudian dia tergelak besar sambil hentak-hentak lantai kafe lagi.

"Tak sangka ibu dengan papa kau serious pasal tu." Ujar Aadi saat dia sudah berjaya menenangkan separuh perasaan geli hatinya.

Lagi-lagi, Amaniy mengerutkan dahinya. Aadi berhenti ketawa. "Jom lah minum-minum kejap. Aku ada hal jugak nak explain kat kau ni." Amaniy menolak. Atas alasan relevan apa dia perlu terima ajakan lelaki itu? Dia dah nekad nak abaikan lelaki itu.

"Tak nak tahu ke asal aku pun daftar sekali?" Aadi memancing.

Amaniy yang sudah berpaling untuk pergi berhenti berjalan. "Tak nak." Dia keraskan hati sebelum menyambung langkah namun kemudian dia teringat sesuatu, terus dengan langkah berat dia berpatah balik.

"Kereta kau mana? Barang-barang aku ada kat sana, ibu bagitahu."

Aadi menyeluk tangan ke dalam poket sambil tersengih. "Kita minum dulu."

"Tak nak."

"Tak payah lah barang-barang kau."

"Aku nak."

"Minum dengan aku lah."

"Tak nak lah."

"Barang nak?"

"Nak lah."

"Kena minum dengan aku dulu lah."

"Tak nak lah tak faham ke?"

"Dah barang nak?"

"Nakkk..."

"Nak barang kena minum dengan aku dulu."

"Tak nak."

"Tak nak barang?"

"Tak nak minum dengan kau."

"Tak nak barang lah tu ibaratnya."

"Fine fine! Suku jam je." Amaniy akhirnya mengalah. Kalau diteruskan egonya, sampai kesudah tak habis. Dia mengalah kerana dia tahu lelaki itu tak akan mengalah.

xxx

Vote/Thanks for reading

Janji tetap JanjiWhere stories live. Discover now