SWM 1

10.4K 204 0
                                    

Kringgg!!! Bunyi jam loceng menggamatkan suasana. Qrisha tersentak dari lena yang panjang. Dia mengeliat seketika sebelum menutup bunyi jam locengnya. Perlahan-lahan matanya kembali terkatup. Dia terus terlelap. Beberapa minit kemudian dia tersedar kembali. Dia seperti teringatkan sesuatu. Matanya membulat. Terus bangun dan mencapai jam loceng di kepala katil.

"Alamak, macam mana aku boleh lupa ni? Dah lambat dah ni. Aku kena cepat." Qrisha meninggalkan jam loceng di atas katil yang menunjukkan pukul 6.30 pagi. Dia menarik tuala mandi dari penyidai dan terus masuk ke dalam bilik air.

Setelah menunaikan solat subuh dan bersiap sedia untuk ke sekolah, Qrisha keluar dari bilik. Terkocoh-kocoh dia menghampiri ibunya.

"Ibu, Qrish pergi dulu ya! Dah lambat ni." Qrisha menyalami ibunya.

"Minum dulu Qrish. Ibu dah tuangkan air dalam cawan tu!"

Qrisha cepat-cepat mengambil cawan yang berisi air dan meminumnya. Setelah itu dia terus menghampiri Almari kasut. Kasut sekolah dicapai.

"Bawa basikal tu elok-elok dan hati-hati ya Qrish!" Ibunya memesan lagi.

"Yelah bu! Qrish tahu tu. O.k ibu, bye! Assalamualaikum!"

Qrisha mengusung basikalnya menuju ke luar pagar. Kemudian menunggang sehingga ke sekolah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Iskandar tersergam indah di atas bukit. Para pelajarnya terdiri daripada pebagai kaum. Qrisha amat bertuah belajar di sekolah itu. Ini kerana sekolah itu dilengkapi dengan peralatan pengajaran yang lengkap. Setiap kelas pula dilengkapi dengan papan putih. Di sekolah itu juga tersedia beberapa bilik makmal sains dan bilik-bilik khusus untuk mata pelajaran lain.

Stay With MeWhere stories live. Discover now