CHAPTER 2

2.4K 240 6
                                    

Jung Kook memandang sekelilingnya yang dia rasa sangat asing baginya. Dia berada di dalam tandas,tandas yang tiada satu pun pintu untuk keluar. Memang niat Jung Kook untuk keluar sebab bau hancing yang sangat kuat di sini sehingga terpaksa dia menekup hidung.

"Tolong!"

"Tolong!" dari salah satu unit tandas tandas tersebut;semuanya ada 4 unit kalau tak silap Jung Kook, kedengaran satu suara yang menarik perhatian Jung Kook untuk menuju ke sana.

Dari jauh Jung Kook dapat melihat sekumpulan budak lelaki sedang memukul seorang budak lelaki yang lebih kecil dari mereka.

"Tolong! Jangan pukul aku!"budak lelaki itu menangis teresak esak sambil melutut di kaki budak lelaki gemuk tersebut.

"Lemah!"rambutnya dicengkam kasar. Budak lelaki itu meronta-ronta bila tubuhnya yang kecil itu senang saja diangkat oleh budak yang berbadan gempal dan tinggi itu.

"Takde saper nak tolong kau lah,"jerit budak gemuk itu,menolak budak lelaki itu ke dinding. Tiga orang budak lagi;kuncu kuncu budak gemuk itu ketawa mengekeh. Bersama sama mereka mengangkat budak tersebut yang dah pun lemah dengan kepala yang berdarah akibat terhantuk pada dinding tadi.

"Wei budak gemuk! Korang buat apa ni? Asal buli budak tu,"panas hati Jung Kook melihat budak kecil itu dibuli. Berkali kali Jung Kook menjerit cuba memberhentikan mereka,namun suaranya seakan akan tidak dapat didengari oleh mereka. Malah kehadiran Jung Kook di situ pun diorang buat buat tak layan je.

"Korang nak apa lagi dari aku. Apa salah aku,"jerit budak itu merintih dengan khudratnya yang semakin habis. Dia dibawa ke salah satu mangkuk jamban di situ.

"Celup muka dia dalam mangkuk jamban tu,"arah si budak gemuk pada kuncu kuncunya.

Penutup mangkuk jamban dibuka. Kepala budak itu ditarik dari belakang kemudian ditolak kasar. Dengan sisa sisa tenaga yang masih ada,budak itu cuba menahan dengan berpegang erat pada lantai.

"Lancau mana yang berak tak reti nak flush ni. Takpe,hari ni kau bertuah sebab dapat makan tahi,"

Kepalanya terus dicelupkan ke dalam mangkuk jamban berkali kali. Najis berlumuran pada mukanya sehingga ada yang memasuki mulutnya. Mereka gelak saka  bagaikan penyeksaam pada budak tersebut merupakan satu bahan lawak jenaka.

"Makan najis tu," si gemuk  mengarahkan budak itu makan sisa sisa najis yang masih melekat di dalam mangkuk jamban.

Budak itu menggeleng lemah.

"Aku cakap makan sekarang!"si gemuk terus menendang belakang tubuh budak itu. Bila Jung Kook cuba menyentuh budak gemuk itu  dari belakang untuk menghalang,tangannya menembusi tubuh tersebut. Jung Kook kesal. Niatnya memang dia nak sangat tolong budak itu. Dia dah tak sanggup untuk melihat budak itu terus diseksa.

"Tak nak!"dia geleng lagi dan tubuhnya ditendang lagi dengan sangat kuat,sehingga dia dapat rasa tulang tulang di belakangnya ada yang patah.

"Baik kau ikut cakap aku kalau kau tak nak mampos aku kerjakan,"si gemuk menghantukkan kepala budak itu pada mangkuk jamban. Hidung budak tersebut patah,darah keluar dengan banyak. Tidak sanggup menahan sakit lagi,dia turuti saja apa yang si gemuk itu suruh. Dikutip sisa sisa najis dalam mangkuk jamban itu. Dengan memejam rapat matanya,dia masukkan najis itu ke dalam mulut dan menelannya.

"Bagusnya anak anjing aku ni. Dah gais,masa bermain dah tamat. Jom blah!"si gemuk dan kuncu kuncunya keluar dari tandas,pergi meninggalkan budak tersebut.

Aikk,pelik bagi Jung Kook,bukan tadi takde pintu ke,mana diorang jumpa pintu.

Jung Kook mendekati budak itu yang menangis teresak esak.

"Kenapa kau tak tolong aku,"budak itu pandang Jung Kook dengan wajah sayu.

"Kau boleh nampak aku,"soal Jung Kook. Budak itu angguk.

"Kau sepatutnya lindungi aku. Tapi,kau langsung tak buat apa apa. Kau dah mungkir janji kau pada aku. Aku benci kau!"jerit budak tersebut, membuatkan Jung Kook jadi bingun. Banyak persoalan yang bermain di fikirannya.

"Kau kenal aku?"

"Jeon Jung Kook!" mata budak tersebut menjadi hitam pekat,tiada mata putih. Darah mengalir keluar dari pelupuk matanya,menitik di atas lantai. Dia senyum lebar. Tangannya menggenggam erat lehernya. Nafasnya turun naik.

"Kau buat apa ni?"Jung Kook cemas bila budak tu cekik lehernya sendiri. Jung Kook cuba halang,tapi keadaannya sama seperti dia menyentuh budak gemuk tadi.

Prakk! Budak tersebut memematahkan lehernya. Jung Kook yang ketakutan terus berundur menjauhi budak tersebut.

"Wei Jung Kook bangunanlah!!!" Jin menggoncang tubuh Jung Kook kasar sambil tangannya menepuk pipi Jung Kook berkali kali. Jung Kook masih lagi meracau racau. Jin terus ke bilik air. Dengan baldi kecil yang dibawa bersamanya keluar dari bilik air,disimbahkan air dalam baldi itu ke muka Jung Kook.

Jung Kook tersedar,terbatuk batuk sambil mengesat mukanya yang basah kuyup.

"Aku kat mana ni???"soal Jung Kook,terpinga-pingga memandang Jin.

"Kau tetiba je meracau tadi. Hyung cuba kejutkan kau,tapi still kau tak bangun. So,hyung simbah je lah dengan air. Mian.."sengih Jin sambil hulurkan tuala pada Jung Kook untuk Jung Kook keringkan mukanya.

"Jung Kook mimpi tadi,"balas Jung Kook.

"Kamu penat sangat tu kot,tu yang sampai mimpi benda bukan bukan. Dah,pergi basuh kaki sekarang,lepas tu sambung tidur. Esok kan pagi pagi lagi kita nak bertolak ke Jeju,"Jin tepuk belakang tubuh Jung Kook.

"Auchh!"Jung Kook menjerit kecil,terus ditepis tangan Jin. Bila Jin sentuh belakang tubuhnya tadi,rasa sangat sakit.

"Kenapa ni?"soal Jin pelik.

"Takde apa. Jung Kook ok. Hyung pergila tido. Sorryla kalau Jung Kook jerit sampai ganggu hyung tadi,"Jung Kook senyum tawar.

"It's okay,"Jin pergi ke katilnya dan sambung tidur balik. Jung Kook turun dari katil,menuju ke bilik air. Pintu bilik dikunci rapat. Jung Kook selak belakang bajunya lalu dihalakan pada cermin. Ada beberapa kesan lebam biru unggu pada belakangnya.

Tikk

Tompokkan merah menitik di atas sinki. Hidung Jung Kook terasa panas,terasa cecair hangat mengalir dari rongga hidungnya. Jung Kook kesat hidungnya. Cecair merah mewarnai jarinya. Wajah Jung Kook terus pucat lesi. Dipandang wajahnya pada cermin,kelihatan darah keluar dengan banyak dari hidungnya dan luka di kepalanya.

"Jung Kook!"

Dari cermin itu juga,terimbas satu susuk tubuh berdiri di belakang Jung Kook. Budak lelaki yang muncul dalam mimpi Jung Kook tadi. Dia tersenyum ke arah Jung Kook dengan mata hitamnya yang mengeluarkan darah.

Ff ni sedang diedit. Beberapa scene terpaksa dihapuskan dan ditukar dengan scene baru. Mungkin akan berlaku sedikit perubahn pd plot crita tpi tidak secara keseluruhannya mengubah jalan cerita asal.

Author nak ucapkan bnyk bnyk terima kasih kpd Bae_Syaa kerana buatkan cover yg cantik utk ff author ni. sebutkan seorang pengguna

WHO ARE YOU?Where stories live. Discover now