Bab 1: Perempuan

6.2K 214 12
                                    

"Tak payah nak tolong sangat lah. Lelaki ni cuma tahu nak ambil kesempatan je." Marah Wati.

"Jadi perempuan tu tak payah lah nak sombong sangat." Kata Izwan sambil menjeling kepada Wati.

"Aku bukan menyombong, aku perempuan yang ada maruah diri. Tak salah pun kalau lelaki nak tolong, tapi biarlah kena dengan situasi." Balas Wati lalu mengendong Iman pergi.

Izwan yang ditinggalkan begitu sahaja berasa bengang seketika. Ialah mana tidaknya, niat di hati cuma nak menghulurkan bantuan, alih alih dimarah pula. Tercabar rasanya naluri Izwan sebagai seorang lelaki.

"Kau tunggulah nanti aku jumpa kau lagi. Tahulah apa yang aku nak buat!" Monolog Izwan sendiri melepaskan geram yang berbuku di hati.

-0-0-0-0-

Petang itu, seharian Iman hanya berbaring di atas katil. Wati yang risau akan keadaan Iman, sering menjengah ke arah Iman dari sisi mejanya. Almaklumlah, hentakan bola di kepada Iman tadi agak kuat sebenarnya. Risau sahaja ada kecederaan dalaman di kepalanya.

"Betul ni Iman tak nak ke klinik?" Tanya Wati memecah sunyi bilik mereka.

"Betul lah Wati, Iman tak ada apa apa. Cuma pening sikit je ni. Lepas berehat rasanya baik lah ni." Balas Iman yang sedang berbaring di atas katilnya.

"Wati ni risau kan keadaan Iman je. Kalau Iman perlukan apa apa, bagitahu Wati ye. Jangan diam diam je." Kata Wati dengan nada risau.

"Iye, Wati jangan risau." Jawab Iman ringkas lalu memalingkan badannya ke arah dinding bilik mereka.

"Tapi kan Wati, Iman sebenarnya hairan. Kenapa Wati marah dekat budak lelaki tadi tu. Mungkin niat dia betul, nak tolong kita je." Tanya Iman yang tiba-tiba memalingkan wajahnya semula ke arah Wati.

"Iman, orang lelaki ni semuanya sama je. Kalau betul dia nak tolong, bukan tu caranya. Iman, haram tu tetap haram. Mana boleh dia saja saja je nak pegang Iman. Lagipun kan Wati ada. Memang dia tu sengaja nak ambil kesempatan je tadi." Terang Wati panjang.

Iman yang tidak sanggup lagi mendengar bebelan Wati hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah luar jendela bilik mereka. Memang sudah diagak olehnya bahawa Wati itu memang bencikan lelaki. Sebab apa? Itu masih lagi menjadi satu rahsia. Masih lagi menjadi satu teka teki yang harus Iman ketahui.

-0-0-0-0-

Jam menunjukkan tepat pukul tujuh pagi. Seusai solat subuh tadi lagi, Wati sudah bersiap-siap untuk ke kelas. Hari ini merupakan hari yang penting bagi Wati kerana dia akan membuat perbentangan bagi tugasan akhir nya untuk subjek perhubungan awam.

Dan seperti biasa, tiada langsung solekan yang dikenakan di wajahnya. Sekadar segaris tipis celak di bawah kelopak mata dan secalit pelembap bibir agar bibirnya tidak kering sepanjang hari itu. Baju kurung berwarna merah jambu menjadi pilihan Wati. Tudung labuh yang menutupi dada dan bahagian belakang badannya disarung lembut, melengkapkan pakaiannya hari ini.

"Wahhh, Cantiknya Wati hari ini." Sapa Iman yang juga sedang bersiap hendak ke kelas.

"Eh mana ada. Iman lagi cantik. Siap bersolek lagi tu." Wati cuba memuji Iman yang turut berbaju kurung hari ini.

"Eh, mana ada. Iman nampak cantik sebab solekan. Tapi Wati ni haaaa, tak bersolek pun cantik tau. hihi. Haaaaa, btw Wati punya perbentangan hari ni kan?" Soal Iman padanya.

"A'ah Iman, ni yang Wati nak cepat ni. Takut terlepas bas pulak. InsyaAllah nanti kalau Wati siap awal, kita makan tengahari sama sama ye." Kata Wati yang baru sahaja selesai menyarung stokin dan kasut nya.

"Ok Wati. Good luck tau! Iman doakan segalanya berjalan lancar." Kata Iman sambil tersenyum lebar pada Wati.

"InsyaAllah, aamiin. Wati pergi dulu ye, Assalamualaikum" Kata Wati sebelum daun pintu bilik mereka ditutup rapat.

"Waalaikumsalam." Jawab Iman perlahan.

-0-0-0-0-

Wati terus berlari keluar dari dewan itu. Air mata yang tidak lagi mampu tertahan dilepaskan jua akhirnya. Langkah Wati rupanya tidak sendiri, Izwan ada di belakang cuba mengejari.

"Hei tunggu kejap." Teriak Izwan yang cuba memberhentikan langkah Wati.

"Apa lagi yang kau nak? Kalau niat kau nak malukan aku depan kawan2 kau, Tahniah! Kau dah berjaya." Kata Wati sambil teresak esak dia menangis.

"Aku tak ada niat pun nak malukan kau, tadi tu aku cuma bergurau je." Izwan cuba meredakan keadaan.

"Bergurau kau kata? Professor dah pandang aku lain macam tadi. Kalau aku gagal subjek ni, sampai bila bila aku tak akan maafkan kau." Kata Wati lalu terus menuju ke tandas wanita.

Izwan sekali lagi terpaku. Tubuhnya diam membisu. Tidak pernah lagi dia buat perempuan sehingga menangis begitu. Dia rasa sungguh bersalah. Memang dia ada berdendam kepada Wati kerana kejadian tempoh hari, namun tidak lah dia sangka bahawa tindakannya tadi itu bisa membuatkan Wati menangis sehingga begitu sekali.

Izwan buntu. Apa yang harus dia lakukan sekarang agar Wati memafkannya. Atau adakah patut dia membiarkan sahaja Wati begitu sebagai balasan atas apa yang telah Wati lakukan padanya semalam. Lalu kedengaran perlahanIzwan mengeluh. 

"Inilah perempuan, semua sama je. Haishhh." Monolog Izwan sendirian.

Bersambung...

Cinta Yang Halal (Completed)Where stories live. Discover now