bab 49

2.3K 124 2
                                    

"Ryan nak cancel plan? Kenapa?" Puan Liza terkejut mendengar permintaan Ryan. Terbantut niatnya nak minum air tadi. Hm, kalau dia minum air awal awal tadi, alamatnya tersembur dekat dua orang ni.

"Saya tak rasa saya dan Ari sesuai. Aunty, I don't think I'm the one for her. She deserves better."

Puan Liza menggeleng kepala, jelas tidak setuju dengan kata-katanya. "Aunty tak rasa tu sebabnya. Mesti ada sebab lain kan ni? Cuba bagitahu ibu kenapa." Kalini dia memandang wajah anaknya sendiri.

Ryan memandang Ariana, bagaikan berkata, 'nak bagitahu ke?'

Ariana menelan air liur. Dia tak tahu dia nak kata apa. Ibunya memang cekap bab bab detect penipuan ni. Dia senang baca fikiran orang.

"Betullah ibu. Kitorang rasa kitorang tak serasi. Ari sebenarnya... suka orang lain." Jawabnya jujur. Tak sanggup nak menipu, mak sendiri kot. Lagipun apa point nak menipu dalam hal ni?

"Siapa lelaki tu? Ari serious dengan dia?" abah mula bersuara. Dari tadi abah diam, Ariana mula risau.

"Um.. kitorang sebenarnya dah break." Uh, kenapalah abah dia tanya soalan macam tu? Memang hancur ah jawapan dia. Cuba tanya lelaki tu baik ke tak, hensem ke tak, kuikui.

"Siapa yang mintak break?" abah menyoal dengan muka yang ketat. Ariana mula kecut. Rasa menyesal pulak bila cakap macam tu. Patutnya dia kata je yang diorang kawan ke apa ke. Ni break?! Memang peluang dapat approval 0.0000001% lah kan.

"Dia."

"Dia tu siapa? Cuba letak nama, orangnya wujud kan. Tak payah nak rahsia rahsia dengan abah." Balas abah dengan nada sarkastik.

"Farish."

Ibunya mengangguk. Dia kenal budak tu. Abahnya tak. Ariana jarang cerita dekat abah pasal lelaki walaupun dia rapat dengan abah tapi soal hati dan perasaan dia lebih banyak bercerita dengan ibu.

"Dia yang mintak break, habis tu Ari yang nak kejar dia balik? Macam tu ke? Ari, there are many good guys out there. Ramai lagi yang lebih baik daripada dia. Ryan ada depan mata, kenapa nak dia? Dia yang tinggalkan Ari. Takda guna Ari kejar dia." Abahnya berceramah.

"Tapi abah-"

"No, listen to me. Kalau pun Ari kejar dia, Ari yakin dia nak dekat Ari balik? After all, dia yang tinggalkan Ari."

Ariana akhirnya terdiam. Dia tak sanggup nak melawan kata kata abahnya.

Malam tu dia duduk termenung dalam bilik tak tahu nak buat apa. Dahlah tertekan sebab assignment banyak gila nak mati, deadline dah dekat. Tambah pulak dengan stress pasal plan parents dia. Haih, kalau hari hari stres macam ni, silap haribulan putih rambut dia.

Ariana decide nak tenangkan diri. Dia cuma mengambil sweaternya bersama lalu mengambil kunci dan menuju ke ruang tamu. Nasib baik ibunya ada di ruang tamu, tengah membaca majalah.

"Ibu, Ari keluar kejap boleh?" pintanya yang sudah menuju ke pintu.

Puan Liza mengangkat muka daripada majalah. "Pergi mana?"

Ariana terhenti langkah. Kenapa nada ibunya macam abah pulak ni? Tegas semacam. Eh, mesti lah tegas dah kalau anak perempuannya nak keluar malam malam.

"Pergi.. mall kejap? Nak hilangkan stress, banyak assignment sangatlah ibu." jawabnya sambil membuat muka mintak simpati.

Ibunya tersenyum. Dalam hatinya berfikir, 'stress pasal assignment ke pasal..cinta? Kesian anak aku sorang ni.'

"Ha, pergilah. Tapi balik awal sikit. Nanti abah marah. Bawak kereta elok elok. Jaga keselamatan." pesan ibunya secara ringkas. Kalau abah yang pesan, mahu panjang berjela macam buat sesi ceramah.

SunshineWhere stories live. Discover now