'Kita dah sampai kat rumah Encik Kim Taehyung' ditekannya sedikit perkataan Kim Taehyung itu agar wanita dihadapannya sedar dari mamainya.

Hera meraup wajahnya berkali-kali, macam mana dia boleh terlupa yang dia telahpun berkahwin tengah hari tadi. Hera tersengih lalu tunduk malu dihadapan pemandu itu.

'Waaaah' luas mulut Hera mengangah apabila melihat landskap luar banglo mertuanya yang berkonsepkan moden kontemporari itu. Warna sapuan cat yang dipilih juga sangat bersesuaian dengan saiz rumah ini, warna krim dipadankan dengan warna kuning emas. Memang perfect sekali! Taman buatan manusia di belah kiri banglo itu sungguh mententeramkan hati buat sesiapa yang memandangnya. Hebat sungguh cetusan idea arkitek yang dipilih oleh mertuanya ini. Terdapat kolam renang moden yang bertingkat-tingkat di sudut kiri banglo itu. Sungguh mengagumkan!

Hera mula mendekati kolam renang itu, dia sudah lama mengidamkan kolam renang seperti ini. Matanya dijegilkan sedikit, cuba memerhati seseorang yang berada di kolam renang itu. Pantas dia tunduk sedikit bila terlihat lelaki itu seperti ingin keluar dari kolam itu. Ternyata itu suaminya. Taehyung yang hanya memakai seluar pendek jenama Armani paras paha itu menuju masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan sekelilingnya.

Ketibaan Hera disambut mesra oleh ibu dan ayah mertuanya, Hera tertunduk malu. Terasa kerdil pula rasanya bila di sisi mereka.

'Jemput masuk sayang' Puan Min tersenyum manis bila melihat Hera sudah berada di perkarangan rumah mereka.

Hera mengangguk lalu tersenyum, dia cuba sedaya upaya kelihatan tenang di hadapan kedua mertuanya tapi di dalam hati hanya tuhan saja yang tahu. Jantungnya berdegup kencang, lebih kencang dari sewaktu dia di majlis perkahwinannya tadi. Inilah kali pertama dia duduk berasingan dengan ibunya. Baru berapa jam berpisah dia sudah mula rasa rindu dengan ibunya, macam mana lah nasibnya nanti.

Hera melangkah perlahan-lahan memasuki banglo itu melalui pintu utama, maklumlah terdapat 5 pintu di banglo ini, semuanya direka khas untuk memudahkan mereka keluar dari perut banglo itu dengan cepat dan selamat. Mulut Hera terlopong melihat susun atur rumah itu.

'Ini istana ker rumah' gumam Hera dalam hati.

Lamunan Hera terhenti bila Puan Min dan seorang wanita yang lengkap memakai uniform pembantu rumah ala-ala British mula mendekatinya. Hampir tergelak Hera dibuatnya, tapi cuba ditahan.

'Hera , kamu boleh ikut dia.. dia akan tunjukkan di mana bilik kamu dan Taehyung' ucap Puan Min kepada Hera sambil tersenyum manis. Puan Min memang tidak lari dengan senyuman, mungkin itu salah satu rahsianya untuk kekal cantik.

'Bilik saya dengan siapa?' Tiba-tiba pertanyaan berani mati itu terlepas dari mulut Hera tanpa diduga. Hari ini, dah masuk dua kali mulutnya terlepas kata, jangan-jangan aku kena sampuk jin kot. Cepat-cepat Hera menempis andaian buruk itu. Jin apa yang nak rasuk aku, takkanlah jin kahwin. Hera tersenyum sendiri.

'Kenapa Hera tersengih-sengih ni?' Tanya Puan Min sambil tersenyum.

Pipi Hera mula berona merah, tidak sangka pula yang Puan Min nampak dia tersengih tadi, apa pula ibu mertuanya itu fikirkan nanti. Malunya!

Puan Min saya senyum bukan sebab saya akan sebilik dengan anak puan, tapi sebab saya berangan tadi. Jangan salah sangka okey.

gumam Hera didalam hati, bibirnya seperti tidak mampu mengungkapkan baris ayat tadi.

Hera hanya tunduk malu, berharap sangat yang Puan Min tiba-tiba lupa ingatan, lalu melupakan perkara yang berlaku sebentar tadi.

'Biasalah tu, orang baru kahwin.. Aunty pun muda-muda dulu macam tu juga, macam mana dengan anak Aunty, handsome tak?' Kali ini bukan bibir Puan Min sahaja yang mengukir senyuman , kakak pembantu rumah disebelah Puan Min turut sama tersenyum.

Ya Tuhan.. tolong aku, di mana aku nak sembunyikan muka aku ni.

Hera tiba-tiba rasa pitam pula bila mendengar 'statement' dari ibu mertuanya itu. Nak jawab apa ni, otaknya buntu memikirkan apa yang perlu dijawabnya. Pura-pura pengsanlah! lagipun sekarang ni aku ada rasa pitam sikit.

Buuk!!

'Eeh.. Hera' Puan Min terkejut bila melihat anak menantunya itu tiba-tiba rebah dihadapan mereka.

Berkat pertolongan pembantu rumah itu, mampu juga dia mengangkat Hera ke tingkat atas.

Taehyung yang dari tadi membaca buku memandang pelik ke arah ibunya dan pembantu rumahnya yang sekuat hati mengusung Hera memasuki biliknya, lagak seperti mengangkat beg plastik pun ada. Mana tidaknya, kedua pergelangan tangan Hera diangkat oleh ibunya manakala bahagian kaki Hera pula diangkat oleh pembantu rumahnya.

Seperti menyesal pula dia berpura-pura pengsan tadi, tangan dan kakinya seperti ditarik-tarik, tidak menyangka pula yang ibu mertuanya dan pembantu rumah itu mengangkatnya seperti itu. Dalam perjalanan menaiki anak tangga tadi, dia juga terasa seperti bibirnya menyentuh lantai rumah, tapi dia terpaksa berdiam diri demi meneruskan lakonan. Ini mungkin pembalasan tuhan bila susahkan orang yang lebih dewasa darinya.

'Mama kan doktor dah pesan jangan buat kerja berat' Taehyung mula bersuara.

Dia cakap aku berat. Hera yang pengsan itu mula mengetap bibir.

'Kamu ni, apa pula cakap macam tu.. Kamu tak nampak ker isteri kamu tengah pengsan ni' ucap Puan Min sambil membetulkan pakaian yang disarungnya.

Taehyung mengangguk , dia mengambil semula buku yang diletakkan ditepi meja tadi, lalu meneruskan pembacaannya.

Bersambung..

Evil Husband Where stories live. Discover now