BAB 6

2K 177 6
                                    

Taehyung menoleh ke arah Hera, Wajah mulus itu diamatinya.

'Cheap' satu ungkapan halus keluar dari mulut Taehyung. Riak mukanya sukar untuk ditafsirkan , tidak marah tidak juga gembira.

Jantung Hera seperti hendak gugur, nampaknya doanya sebentar tadi tidak dikabulkan oleh tuhan. Lelaki itu atau lebih tepat bakal suaminya itu dengar apa yang dia katakan sebentar tadi.

Kenapa dia kata cheap. Bukankah cheap tu maksudnya murah. Jangan-jangan dia tahu yang aku beli gaun ni dengan harga yang murah. Mata Hera terbeliak, tidak sangka bakal suaminya ada kelebihan seperti itu, dapat membezakan harga sesuatu barang dengan hanya sekali pandang sahaja. Sungguh luar biasa.

Majlis disudahi dengan ciuman antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan bagi menandakan yang mereka sudah sah menjadi suami isteri.

Hera kaku, matanya melirik sedikit ke arah Taehyung untuk melihat respon lelaki itu. Ternyata Taehyung juga kaku berdiri di situ. Wajahnya masam mencuka dari awal majlis.

'Tae, tunggu apa lagi?' Ucap Puan Min di bawah pentas dewan dengan satu senyuman manis, lega bila semuanya sudah selesai. Wanita itu nampak cantik bila didandan walaupun agak pucat sedikit.

Taehyung mula mendekati Hera, Hera mengetap bibir lalu memejamkan mata. Terasa aroma jantan Taehyung menusuk di rongga hidungnya menandakan yang jarak mereka berdua tinggal satu sentimiter sahaja lagi. Tangannya mengenggam erat bila dia terasa bibirnya seperti digesel sesuatu yang lembut. Kini dia sudah sah menjadi isteri kepada lelaki yang bernama Kim Taehyung.

 Kini dia sudah sah menjadi isteri kepada lelaki yang bernama Kim Taehyung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia tidak tahu apa perasaannya sekarang ini. Sukar untuk ditafsirkan.

Hera segera membawa keluar beg galasnya untuk dimasukkan kedalam bonet kereta. Rasa bersalah untuk meninggalkan ibunya bersendirian di rumah, dia sudah mempelawa ibunya untuk ikut serta ke kota seoul tapi ibunya menolak, bimbang dengan rumah mereka.

Air mata Hera bergelinangan sebaik sahaja ibunya memeluknya erat. Air mata Puan Yoji turut mengalir, dia sudah cuba sedaya upaya untuk tampil kuat dihadapan anak gadisnya itu tapi kesedihannya saat ini jelas menunjukkan yang dia sangat sedih dengan kepergian anak gadisnya.

Tunggu Hera mama.. Hera janji akan pulang dan tinggal dengan mama seperti dahulu.

Hera menyekat air mata yang masih bersisa, perjalanan dari rumahnya untuk ke kediaman bakal suaminya itu mengambil masa lebih kurang 3 jam, eloklah dia tidur dahulu.

Hera mengambil posisi selesa dibangku kereta itu lalu memejamkan matanya, berharap agar semuanya dalam keadaan baik bila dia bangun nanti.

'Puan kim, kita sudah sampai' kata pemuda itu.

Hera cuba membuka matanya dengan perlahan-lahan, Puan Kim? Siapa Puan Kim.. dia masih lagi dalam keadaan mamai.

'Saya kat mana ni? ' tanya Hera dengan dahi berkerut.

Evil Husband Where stories live. Discover now