Part 1

19.6K 830 54
                                    

"KAMU nak ke mana tu? Malam-ii macam ni pon masih nak keluar?" tanya Puan Jung

Langkah Yoora terhenti sebaik sahaja melihat ibunya di ruang tamu itu

"Mama..Yoora ingatkan mama dah tidur" jawab Yoora

"Mama tak boleh nak tidur. Tu yang turun minum air kejap" kata Puan Jung pula

Yoora cuma mengangguk sambil garu kepala

"Ni kamu nih. Nak ke mana malam-ii ni? Kamu tak tau ke sekarang ni pukul berapa?" Puan Jung menyilangkan tangan ke dada. Mata sempat menilik pakaian anak perempuannya itu. Bukan dia tak tau ke mana Yoora selalu pergi dengan pakaian macam ni. Hampir setiap malam dia keluar rumah tanpa pengetahuan mereka

"Tau. Pukul 11"

"Dah tu. Tak reti nak duduk rumah? Mama ikat kaki kamu kat katil karang baru tahu"

"Alah mama ni. Dah memang setiap malam Yoora keluar kan. Macam tak biasa pulak. Lagipun bukannya Yoora pergi mana-ii pun" rungut Yoora perlahan. Kaki cuba melangkah tapi dihalang oleh ibunya

"Tak pergi mana-ii kamu cakap? Kamu ingat elok ke pergi tempat macam tu? Berfoya sana sini. Mama penat lah asyik nak nasihatkan kamu je"

Yoora merengus kasar.

"Tapi Mama, kawan Yoora semua dah tunggu ni. Takkan Yoora nak—"

"Sudah. Mama tak kira. Kawan kamu ke, nenek kamu ke, atau sesapa pon. Mama tetap takkan benarkan kamu pergi. Faham?! Tak habis-ii dengan clubbing. Pergi tempat yang baik takpe jugak. Pergi masuk bilik kamu sekarang!" Terpaksa juga Puan Jung meninggikan suara.

Yoora terdiam terus. Kepala ditunduk sambil menjuih bibir. Lantas dia berlari naik ke bilik tanpa memandang ibunya

Badan dihempas ke atas katil lmegeluarkan phone dari beg tangan dan mendail no Mina

"Weh, sorryla. Aku tak dapat nak join korang malam ni"

From : Mina

"Asal? Kitorang dah tunggu lama ni"

"Alah. Kau tau lah mama aku tu macam mana"

From : Mina

"Yelah. Aku faham. Malam esok macam mana? Kau join tak?"

Yoora termenung sekejap sebelum bibirnya menyenget sinis

"Aku try cari jalan. Pape nanti aku call"

From : Mina

"Baguslah tu. Jumpa nanti"

Yoora melepaskan keluhan kecil. Henfon dicampak ke tepi lalu dia memandang siling sambil letak tangan atas dahi. Setelah agak lama dia termenung, akhirnya dia terlelap juga

***

PERLAHAN lahan Yoora membuka mata sebaik sahaja cahaya matahari menembusi tingkap biliknya. Dengan malas dia bangun dari pembaringan lalu langkahnya diatur ke arah bilik air

[ Edit ] Mine + JiminWhere stories live. Discover now