BAB 1

1.1K 18 7
                                        

"Akak,thanks tau sebab belanja Sya pergi shopping ni.Dah lama Sya tak keluar jalan-jalan dengan akak.Rindu rasanya."katanya sambil tersenyum gembira.

"Hei,takde hal lah.Lagipun Sya tu kan adik akak."Kak Long Hasna mengusap lembut kepala adiknya.

Tiba-tiba dia terasa ingin menjadi rasa sebak dalam hatinya mengenangkan nasib adiknya.

"Adik,along harap adik banyakkan bersabar yer.Along doakan adik akan dapat kasih sayang yang adik dambakan selama ni."getus Kak Long Hasna dalam hatinya.Sungguh dia sedih melihat Airisya.Andai dia dapat menggantikan tempat Airisya.

"Alamak,dah pukul 10:00 malam dah.Jom balik kak,nanti mama marah pulak."Kak Long Hasna menggelengkan kepalanya kerana hairan melihat adiknya yang begitu taat dan menyayangi ibu mereka.

Namun,ibunya tidak pernah mempedulikan dan menyayangi Airisya seperti ibu orang lain.Dia hanya mampu berdoa agar ahli keluarganya dapat menerima Airisya Nabella.Dia sudah terlalu lama menderita.

"Assalamualaikum."ujar Airisya dan Kak Long Hasna serentak.Mereka melihat kelibat tiga orang manusia yang sedang menonton televisyen bersama-sama.Ketiga-tiga orang itu ialah mama,papa dan kakak keduanya iaitu Aliya Natasya.

Datin Anisa lantas bangun dan berjalan menuju kearah Airisya.Dia sudah dapat menganggak apa yang bakal dilakukan ibunya kepadanya.

"Awal kau balik."perli Datin Anisa sambil tersenyum sinis.

Airisya tidak mampu untuk membalas mahupun memandang wajah Datin Anisa yang kian membengis itu.

"Hei,jawablah aku tanya ni.Asal kau diam,hah?!."Datin Anisa menunjal-nunjal kepala Airisya banyak kali kerana berang dengannya kerana tidak menjawab persoalannya.

"Sya keluar pergi mall dengan Kak Long."Airisya menjawab dengan tergagap-gagap.

Aliya Natasya lantas bangun dari duduk dari sofa lalu menarik kuat rambut Airisya.

"Akak,sakit kak.Sya minta maaf.Sya janji tak buat dah kak."Airisya hanya mampu menjerit kesakitan didalam hati apabila rambutnya ditarik kuat oleh Aliya.Air mata mula bergenang di mata Airisya.

Kak Long Hasna sudah tidak mampu berdiam diri lagi apabila melihat adiknya diperbuat sebegitu oleh ahli keluarganya sendiri.Dia segera berlari menuju kearah Airisya dan Aliya untuk menolong Airisya.

"Angah,dah-dahlah tu.Kesian dekat adik ni.Kenapa korang suka buat kat dia macam ni.Apa salah yang dia dah buat kat korang berdua sampai layan dia teruk macam ni sekali?!."bahas Kak Long Hasna kemudian lantas memimpin Airisya naik ke bilik di tingkat atas.

Sesampainya di bilik ,Kak Long Hasna membawa Airisya duduk di atas katil.

"Kak Long,apa sebenarnya salah Sya sampai diorang benci Sya macam tu sekali?."Soal Airisya sambil terhinjut-hinjut menangis.

"Maafkan kak long,Sya.Kak long tak boleh nak bagitahu Sya sebabnya.Suatu hari nanti Sya akan tau jugak.Kak long pasti dan Kak long harap Sya tabah terima semua dugaan ni."getus Kak Long Hasna dalam hati.

Sebenarnya dia juga tumpang sedih dengan nasib yang menimpa Airisya.Apa yang keluarganya tidak puas hati dengan Airisya pun dia tidak tahu.

Cinta Yang BermaknaWhere stories live. Discover now