"Arghh!" jerit Mikael. Kakinya hingga lemah dan akhirnya dia terduduk.

Beberapa saat kemudian, kepalanya terasa kosong. Mikael tersedar. Pili air ditutup. Diam meraup wajahnya dengan nafas lega. Sampai ke bibir, dia terasa perit yang amat. Segera dia menoleh ke arah cermin yang tidak jauh dari pili air. Kesan bengkak kelihatan.

"Hafez, apa kau buat lagi ni?" Mikael merengus lemah.

MARYAM memusingkan pensil kayu melalui jari-jemarinya. Kepalanya masih memikirkan hal tadi. Pelik sangat dengan Mikael. Kenapa lelaki itu pandang dia begitu? Pandangan seakan lelaki itu langsung tidak mengenalinya. Dengan pakaian gelap macam tu. Bibirnya..

Maryam tersentak. Darah!

Maryam segera mencapai telefon bimbitnya. Nama Myna dicari. Talian berdering beberapa kali sebelum telefon diangkat.

"Myna Myna Myna!"

"Eh, kenapa makcik ni?" Myna pelik.

"Sorry kacau malam honeymoon you." Sempat Maryam mengusik.

"Eh budak ni kan! Mana adalah. Kenapa?"

"Em.. boleh tolong tanya Akim tak rumah Mikael tingkat berapa and nombor berapa."

Myna tersentak. "Kenapa you nak tahu?"

"Hah?" Maryam garu hidung. 'Ah apa alasan aku nak bagi ni?'

"Tadi I pergi buang sampah. Seems like dia tercicir kunci." Bohong Maryam.

"Oh. I ingatkan apa. Kejap I tanya Akim eh."

Maryam hela nafas lega. Takut juga kalau-kalau Myna nak tanya lebih. Apa pula jawapan yang dia nak kasi?

Beberapa minit kemudian, Maryam menyarung tudungnya dan mencapai satu tube krim Burnol dan sekeping plaster. Dia berlari menuju ke lif.

Nombor 21 ditekan. Kukunya digosok-gosok tanpa sedar. Sesampai sahaja di tingkat 21, Maryam mencari nombor 4. Beberapa kali loceng ditekan. Pintu diketuk-ketuk. Tapi tiada sahutan. Maryam bertambah risau. Kerana sebentar tadi dia baru sahaja perasan ada darah di hujung bibir Mikael.

Maryam cuba menekan loceng lagi. Kali ini pintu terbuka sedikit.

"Siapa?" tanya Mikael.

"Aa. Maryam." Jawab Maryam. Mikael pelik. Jarum jam diperhatikan. Jam sudah hampir berganjak ke angka 12 tengah malam. Daun pintu ditolak lagi luas.

"Macam mana awak tahu saya tinggal sini?" soal Mikael.

"Saya tanya Akim."

"Ada apa?"

"Awak okay ke?" soalan Maryam membuatkan Mikael jungkit kening. Rambutnya yang masih basah tidak bersikat diperhatikan dengan ekor mata Maryam.

"Okay aje. Kenapa?"

"Awak marah saya ke sebab saya tak jawab soalan awak petang tadi? Sebab tu awak buat-buat tak kenal saya waktu jumpa kat luar?" pelbagai soalan yang bermain di dalam kepala Maryam.

"Ha?" Mikael garu kepala. 'Ah sudah. Apa aku nak jawab ni? Hafez! Ergh.'

"Saya tak perasan awak kot."

"Tak perasan? Kenapa dalam lif waktu saya tegur awak, mata awak betul-betul lain pandang saya?"

Mikael merengus. "Sorry okay. Mood saya tak berapa nak baik sekarang ni." Mikael beri alasan.

"Bibir awak dah okay?" Maryam pandang hujung bibir Mikael yang sudah hilang kesan darah itu.

Mikael menyentuh bibirnya. Terasa betul peritnya.

SPLITWhere stories live. Discover now