2

4.4K 131 4
                                    

Lelaki itu berdiri menghadap cermin yang memberi pantulan tubuhnya. Bibir itu perlahan-lahan mengukir senyuman sinis. Hujung bibir yang berdarah dikesat dengan belakang tangan.

Rambut yang sudah serabai dibiarkan begitu sahaja. T-shirtnya ditanggalkan. Lantas tubuhnya ditelentangkan di atas katil. Syiling bilik diperhatikan dengan pandangan kosong. Nafasnya masih belum teratur dek mengah berlari.

Matanya dipejam sebentar. Mengingatkan apa yang terjadi sebentar tadi.

"Long time no see, bro." Muazzam sengih hujung bibir. Sekumpulan lelaki dibelakangnya masing-masing memegang batang besbol, kayu, tak tercicir juga dengan parang dan kapak. Ni bukan budak yang bajet-bajet punk, skinhead, gothic dan sebagainya eh. Ni bukan samseng chow kit tau. BUKAN! They are the real killer. Again, KILLER!

Pandangan Mikael masih belum jelas siapa yang berdiri di celah lorong betul-betul di bawah lampu jalan berwarna kuning. Wajah lelaki itu masih belum dapat dikenalpasti apabila hood sweater menutup kepala lelaki itu. Ditambah lagi dengan gelap malam.

"Kau siapa?" Mikael yang sedang melepak dengan kaki terjuntai di atas tong sampah segi empat besar belakang restoran terus jejak lantai dan bergerak ke hadapan sedikit. Mengharap dengan selangkah dia ke hadapan, dia mampu untuk melihat dengan lebih jelas wajah lelaki itu.

Muazzam sengih sinis.

"Takkan dah lupa aku?" kolar T-shirt yang tinggi menutup sedikit mulutnya.

Mikael kerut dahi. "Kau?" penumbuknya sudah dikepal.

"Pergh. Lama betul nak tunggu kau ingat aku kan?" Muazzam ketawa.

"Rindu aku tak?" tambah Muazzam.

Muazzam terus beri isyarat kepada yang lain untuk memulakan serangan apabila Mikael sudah meludah ke kiri. Mikael lebih pantas mengelak setiap serangan.. Ah bukan dia baru hidup sebulan dua. Bukan dia baru kenal Muazzamsehari dua.

Pantas yang lain mengejar. Mikael hanya ketawa sebelum bersiap sedia untuk membuka langkah.

"Budak-budak mentah macam ni kau suruh lawan aku Zam? Seriously?" Mikael hanya ketawa sambil penumbuknya melayang-layang kiri dan kanan tanpa henti. Ada la beberapa kali dia tidak sempat mengelak dari tumbukan padu mengena pipinya membuatkan dalamnya pecah!

"Sampah macam kau ni patut lupus terus dari muka bumi ni!" jerit Muazzam.

Ada dua orang lelaki di hadapan Mikael yang melayangkan penumbuk dan kedua-dua penumbuk itu mampu dielak Mikael. Bahkan mereka pula yang tertunduk menahan perit apabila perut mereka menjadi sasaran Mikael. Atau ketika ini lebih dikenali sebagai Hafez. Ya. Hafez dan Mikael adalah orang yang sama. Cuma yang lain... Identiti!

Kini hanya tinggal Muazzamdan Mikael.

"Sudah-sudahlah Zam. Berhentilah." Sindir Mikael.

"Selagi kau tak mampus, selagi tu aku kejar kau, Mika. Oh no! My bad, Hafez! Kalau Mika, dia takkan serang aku." Muazzam bersiap sedia untuk menyerang Mikael tetapi nampaknya Mikael lebih pantas dalam bab bertumbuk.

Muazzam terbaring ke belakang apabila Mikael sedikit pun tidak menunggu lama untuk menghayunkan penumbuknya.

"Aku tak kacau kau, kenapa kau kena kacau aku! Hah?!" tempik Mikael.

Muazzam ketawa berdekah. "Aku akan kejar kau sampai kau mati." ketawa Muazzam lagi dengan bibir berdarah.

Mikael terjaga dari lamunannya. Badan yang terasa lekit memaksa dirinya untuk bangun ke bilik air dan mandi.

Pili air dipulas hingga air mencurah-curah berlari mengena tubuhnya. Sedang dia termenung dalam keadaan berdiri, kepalanya terasa sakit yang teramat!

SPLITWhere stories live. Discover now