Lorong berliku

60 0 0
                                    

Jalan jumlah 73,
tetap dipilih satu,
dalam banyak jalan agama,
dipilih juga satu,
bagaimana bisa ada tamak,
ingin menguasai semuanya,
sedang satu masih umbang,
ambing bisa jatuh longkang,
baiah itu sifatnya satu,
pada yang satu,
panduannya guru,
cubalah cuba hai diri,
kaifiyatnya masih sukar didapati,
masih khayal dalam diri,
masih ada keinginan naluri,
bagaimana mahu kenal Ilahi,
dengan tulus ikhlas hati.

Hai guru,
lihatlah jiwa daku,
tamak bersamaku,
haloba disampingku,
tolong aku guru,
tolong aku.

Puisi Jalanan SufiOnde as histórias ganham vida. Descobre agora