Kau pernah dengar tentang satu drama? Drama Melayu yang konon-kononnya sangat hebat. Okay cliche. Drama Melayu semua konon hebat. Yang aku nak ceritakan ialah bagaimana drama-drama ini tidak sedikit pun berpijak di bumi yang nyata. Contohnya la kan, cerita pukul tujuh yang tangah ditayangkan sekarang ni. Hampeh! Ada ke doktor dan askar yang macam tu punya free?
Tolong cuba buat cerita yang sedikit ada kaitan dengan realiti? Contohnya tentang pelajar yang susah payah mencari kerja untuk membayar pinjaman pelajar atau tentang seorang usahawan yang bermula dari bawah untuk cuba membina empayar tetapi asyik gagal dan ditipu? Banyak lagi cerita masyarakat yang boleh diambil.
Sebenarnya mereka takut. Nanti akibat terlalu realiti drama tak mendapat rating yang tinggi. Tapi tolonglah sekurang-kurangnya jaga kualiti!
Okay, yang sebenarnya aku dah tak tahu nak tulis apa, sesiapa yang terbaca ini, Selamat Datang ke Dunia Ainun Qalbi, ranting tak sudah dari mata hati seorang guru tadika yang bercita-cita nak tawan dunia.
