Chapter 8

7.5K 885 178
                                    

Dalam bilik Taehyung...

Taehyung merebahkan badannya ke atas katil. Masih terfikir tentang kejadian yang menimpa mereka bertujuh.

Dia masih terkilan dengan apa yang berlaku kepada JHope hyungnya.

TAP! TAP! TAP!

Taehyung memetik jarinya sambil otaknya ligat berfikir.

TAP! TAP! TAP!

'Apa yang perlu aku buat?'

TAP! TAP! TAP!

'Rumah ni...ani...tingkat ni...tingkat 13 ni...mesti ada something...hem...'

TAP! TAP!

Taehyung berhenti memetik jarinya. Dia bangun dari katil.

***

Taehyung mengetuk pintu bilik. Beberapa saat kemudian, Jungkook menjengulkan kepalanya.

"Nae hyung?"

"Aku rasa kan...semua kejadian ni memang ada kaitan dengan rumah ni. Kita kena siasat hal ni. Kau pergi panggil Jin hyung dengan Jimin. Aku pergi panggil Suga hyung dengan Namjoon hyung." Kata Taehyung. Jungkook mengangguk.

***

Di ruang tamu...

Masing-masing masih mendiamkan diri. Okay...

Jungkook memandang Taehyung, cuba menyuruh Taehyung 'memecahkan' kesunyian yang sangat awkward itu (ayat apakah ini?). Taehyung berdehem perlahan sebelum bersuara.

"Ehem..em...korang..."

Suasana masih senyap.

"Aku rasa kita perlu soal penghuni-penghuni lain kat apartment ni. Mesti diorang tahu something kan?" Kata Taehyung sambil memandang mereka.

Masih tiada respon.

"Hem...kita bahagi kumpulan. Jin hyung pergi dengan Namjoon hyung, aku pergi dengan Jungkook. Suga hyung dengan Jimin."

"Huh? Mwoya? Aku kena pergi dengan budak ni?!" Suga memeluk tubuhnya. Dia menjeling Jimin yang duduk di hadapannya itu. Jimin hanya menundukkan kepalanya. Dia penat nak bergaduh dengan Suga yang asyik tak puas hati aje dengan dia. Lebih baik dia duduk diam.

"Okay. Kita kena lupakan ego kita. Demi JHope. Kita mesti selesaikan misteri ni." Kata Jin, seperti menyindir Suga. Suga mencebir.

"Okay. Jom."

***

Tingkat 12.

Jungkook dan Taehyung berjalan di sepanjang koridor tingkat 12 itu. Jin dan Namjoon di tingkat 11 dan Suga serta Jimin di tingkat 10. Mereka hanya pergi ke tingkat yang hampir dengan tingkat 13.

Setibanya di hadapan sebuah bilik, Jungkook mengetuk pintu bilik/rumah tersebut.

Pintu masih tidak terbuka. Jungkook dan Taehyung saling berpandangan. Kali ini Taehyung pula yang mengetuk pintu.

Pintu terbuka sedikit. Tapi tak ada sesiapa pun di muka pintu. Jungkook dan Taehyung pelik.

"Em...jeogiyo. Sorry sebab mengganggu. Kami cuma nak tanya aje, boleh?" Soal Jungkook.

"Tanya apa?" Jawab si tuan rumah di sebalik pintu.

Baru sahaja Jungkook ingin membalas, tiba-tiba dia terdengar satu suara halus di tepi telinganya.

"Jangan....."

Jungkook menoleh. Huh??? Taehyung menepuk bahu Jungkook.

"Kookie?"

[✔] 13th FLOOR + BTSDonde viven las historias. Descúbrelo ahora