Chapter 3

9.1K 1K 174
                                    

Waktu sarapan...

Jin sedang menyiapkan sarapan di dapur.

Jimin keluar dari bilik. Taehyung, Namjoon dan JHope sudah berada di meja makan. Jimin menyertai mereka.

"Morning Jimin!" Taehyung tersenyum mesra kepada Jimin.

"Morning juga Taehyung, JHope hyung, Namjoon hyung..." balas Jimin.

"Nae. Morning." Namjoon dan JHope membalas serentak.

Jin datang sambil membawa sepinggan omelete.

Sambil-sambil makan tu...

"Oh ya! Aku masih belum tahu lagi kerja korang semua apa." Kata Jimin sambil mengunyah roti bakar.

"Hyung doktor. Taehyung pula penyiasat persendirian. Detektif. Namjoon dia lift man(?) kat hotel selang dua blok dari apartment kita ni. JHope pula racer. Car racer." Kata Jin bagi pihak 'adik-adiknya' yang lain.

"Ooo...em..korang semua dah berapa lama duduk kat sini?" Soal Jimin.

"Baru dua minggu. Jin hyung orang pertama yang pindah sini. Lepas tu Namjoon, Taehyung, Jungkook, Suga hyung dan yang terakhir aku." JHope meneguk jus oren.

Jungkook keluar dari biliknya, lengkap berpakaian seragam polis. Suga juga keluar dari biliknya. Jimin terpandang mereka.

"Jungkook polis?"

"Waeyo?" Soal Jungkook lalu duduk di hadapan Jimin.

"Tak ada apa-apa. Suga hyung pula?" Jimin mengalihkan pandangan ke arah Suga.

"Aku pilot. Tapi hari ni jadual aku free. Esok baru ada flight." Balas Suga sambil mencapai sekeping roti.

"Ooo..." Jimin mengangguk kepala macam budak kecil.

"Kau tanya kitorang, kau pula kerja apa sebenarnya?"

"Aku kerja kerani aje." Mereka berenam mengangguk.

*****

Namjoon, Jungkook, Taehyung, Jin dan Jimin bersiap-siap nak pergi kerja. JHope dan Suga pula menuju ke ruang tamu. Nak tengok movie katanya.

*****

Di depan lif.

"Kau pergi dengan kitorang ya Jimin." Jin memegang bahu Jimin.

"Nae?"

"Kau tumpang kitorang. Jin hyung selalu hantar kitorang pergi kerja sebab tempat kerja kitorang dekat-dekat aje. Pejabat kau kat mana?" Soal Taehyung sambil membetulkan begnya.

"Syarikat M. Dekat dengan Hospital Seoul."

"Hospital Seoul? Hah! Tu tempat hyung kerja. Dekat aje la. Hyung hantar kau sekali." Jin menepuk bahu Jimin.

Jimin tersenyum. Housematenya baik-baik belaka. Dulu sebelum berpindah masuk,dia sempat berfikir yang semua housematenya berlagak, kasar, sombong em...Suga hyung yang mula-mula dingin dengannya (sebab 'benda' tu la...) juga telah berubah. Lebih mesra alam sikit dengannya.

TINK!

Lif pun sampai. Mereka masuk ke dalam lif sambil berbual-bual kosong.

**********

JHope dan Suga bersedia nak tengok movie. DVD dah ada kat atas meja. Movie apa? Maze Runner: The Scorch Trials...hahaha

JHope masih di dapur, mencari snek untuk dimakan sepanjang menonton movie. Heh~ tak ada apa-apa ke? Mana best kalau tengok movie tak makan something. Huhu...

"JHope! Cepat la!" Panggil Suga dari ruang tamu.

"Kejap la! Aku tengah cari something untuk dimakan sambil tengok movie." Laung JHope pula dari dapur. Kemudian dia menuju ke ruang tamu semula. Dah tak ada apa-apa...

"Ada tak?"

"Tak ada. Hem...aku nak pergi pasar raya la. Nak beli snek. Hyung nak?" JHope sudah bergerak ke pintu.

"Beli je la apa-apa."

"Tak nak ikut ke hyung?"

"Tak nak. Malas la." Suga meletakkan kakinya ke atas meja sambil meletakkan kepalanya di sofa. Matanya ditutup perlahan.(boleh bayang tak? XD).

"Okay." Perlahan-lahan pintu ditutup.

Beberapa minit kemudian, Suga membuka matanya. Sunyi la pula. Masuk bilik la dulu. Boleh landing-landing atas katil sikit. Haha.

Suga masuk ke dalam bilik. Tutup pintu. BUM! Mendarat di atas katil.

Sambil-sambil tu dia bermain dengan telefonnya. Layan Youtube.

***

Sedang asyik mendengar lagu, tiba-tiba Suga terdengar bunyi ketukan.

TOK...TOK...TOK!

Bunyi ketukan tu bukannya bertalu-talu, tapi satu-satu. Suga tak pakai earphone jadi dia boleh dengar dengan jelas. Dia bangun dari katil dan membuka pintu biliknya. Tak ada sape-sape pun? Dia menuju pula ke pintu utama. Buka pintu. Eh? Tak ada juga? Habis tu? Ketukan tu? Tingkat 13 ni ada satu rumah/unit(?) aje. Suga terus menutup pintu. Dia menuju semula ke biliknya. Tutup pintu. Ah! Biarkan aje!

Sambung dengar lagu.

TOK...TOK...TOK!

Kali ini bunyi ketukan di dinding pula. Suga bangun. Bunyi dari bilik sebelah. Biliknya terletak bersebelahan dengan bilik JHope. Suga mengeluh. JHope dah balik ke? Main ketuk-ketuk dinding pula...(sebab JHope suka menyakat.)

Suga bertindak mengetuk kembali dinding. Nak main kan? Okay...

TOK...TOK...TOK...

Ketukan dibalas. Baru sahaja Suga ingin membalas kembali...

BLINK!

Notification dari LINE. Ada mesej. Suga membuka peti mesej. Hem...mesej dari...J...Hope???

-Hyung...nak air apa? Coke?-

Suga tersentap. Mwo? Dia segera membalas mesej tersebut.

-Kau masih ada kat pasar raya ke?- SEND!

Beberapa saat kemudian...

BLINK!

-Yela. Aku tengah nak cari air pula. Waeyo hyung?-

Suga menelan air liur. Tangannya mula menggigil. Habis tu...siapa yang bermain ketuk dinding dengannya tadi???

TOK...TOK...TOK...

Bunyi ketukan kedengaran lagi. Suga terus mencapai selimut dan berkelubung di dalamnya. Badannya tiba-tiba terasa panas. Berpeluh. Hobi....cepat la balik...

TOK...TOK...TOK...

Bunyi ketukan itu masih kedengaran....

TBC

-Sori kalau typo

Annyeong...sorry for the late update...takde idea..huhu...btw i know..chapter yang ni boring. Kurang pula seramnya..tapi authornim akan cuba sedaya upaya untuk menyeramkan lagi ff ni..thanks for reading..love all of you..♡♡♡ pai pai! (><)




[✔] 13th FLOOR + BTSWhere stories live. Discover now