Mantera Perasuk Chapter8 : Mantera Si Perasuk

1.1K 51 8
                                    

Tiqah POV :


Aku bagaikan dibuai mimpi yang nyata , merasai keperitan di setiap rongga badan bahkan aku tidak tahu apa dan darimana kesakitan ini datang . Penglihatan aku terlalu kabur hinggakan aku  tidak sedar apa yang telah berlaku . Dalam keadaan separuh mati ini , aku terdengar suatu suara yang kuat seolah-olah suara itu dirasuk ketakutan , bahkan aku terdengar juga jeritan-jeritan yang kuat memohon aku supaya teruskan perjuangan .



     Mulanya aku tidak mengerti mengapakah aku perlu teruskan perjuangan? Apakah perjuangan yang aku memperjuangkan ini? dan mengapa aku berada disituasi begini? Lalu muncullah suatu cahaya keluarnya dari kegelapan , maka hanya suatu suara yang jelas dan nyata dapatku dengar apabila suara jeritan dan yg lain lesap kesepian.



.................................mati 


Aku tersedar dari mimpi yang menggerunkan, tiada sepatah perkataan yang mampu mengungkapkan perasaan itu . Namun, hati berasa tenang semula apabila mereka (para sukarelawan) memutuskan untuk menghantar aku pulang pada bonda dan ayahanda




Keesokan harinya ..... 


walaupun kecederaan ini tidak sembuh sepenuhnya
aku memutuskan untuk pulang hari ini juga ,  lalu salah seorang dari sukarelawaan menghantar aku ke jeti . 


Dan aku teringat yang aku memutuskan untuk bertanya pada dia tentang apa yang aku dengar semalam semasa aku dirasuk. 


"Meniti titi biar sampai ke detinasi . Jika berhenti maka kamu mati "



Namun dia hanya menjawab "jika titi itu usang , nyawa sipeniti  itu dalam bahaya . Maka jika berhenti separuh jalan , maka nyawa peniti itu akan tamat kerana jatuh "



Aku dengan hairan nya menjawab "titi selalunya digunakan pada tempat yang tidak bergitu tinggi lubangnya"


"Jangan disangka longkang yang kecil, tidak dalam ."Kata Dia dengan jelingan mata yang tajam.




Kerisauan semakin membuak , namun aku terus menabahkan hati dengan dugaan yang menimpa . Sudah jatuh ditimpa tangga pula , perjalanan yang tadi menaiki sampan hingga ke jeti  telah berakhir disusuli pula dengan teksi yang akan membawa aku ke lapangan terbang . 


Semasa menaiki teksi .



Aku menyedari apabila kaki ku menjejaki kedalam teksi bewarna merah itu , mulut si pemandu seperti membaca sesuatu , raut wajahnya seakan gusar . Aku berbisik pada hati . "Sejak kebelakangan ini , aku selalu memikirkan tentang apa yang terjadi . Mungkin kerana tekanan aku hanya memikirkan benda yang negetif , aku harus menggelakkan perkara ini" 



Pemandu : pish pesh ** , cik mahu ke lapangan terbang ke? 



Aku dengan terujanya menjawab "YA , macam mana pakcik tahu?"



"Pakcik tinggal di ALAM ini lebih lama dari kamu , kalau orang yang baru datang ke ALAM ini , pakcik tahu kemana dia ingin pergi" kata pemandu teksi itu dengan senyuman dibibir .



"HAHAHAHA pakcik , jangan la takutkan saya ! nanti susah pula nak tidur" aku menegurnya sambil ketawa 



"Haha maafkan pakcik , belakang tempat duduk itu ada buku , bacalah . Dekat sini susah nak dapat line kalau main handphone" 




Tangan ku mengapai satu buku , tajuknya ialah "Mantera" , aku terus membelek mukasurat buku berkenaan . Dengan Terkejutnya




"Dik , jangan baca buku yang bertajuk mantera , kamu akan menyesal" kata pemandu teksi itu .





Dengan gigilan ditangan tidakdapat dikawal aku meletakkan semula buku itu , bukan kerana disuruh tetapi terkejut melihat nama ILDYA tertulis dalam buku itu , tidak lain dan tidak bukan itu ILDYA yang pernah menghantui aku.










Mantera PerasukWhere stories live. Discover now