Mantera Perasuk Chapter 4 : Janin Keguguran

1.4K 77 3
                                    

"bonda berada di hospital kerana kemalangan ke tempat kamu , dan bonda keguguran dia berada di hospital Viceery" - Ayahanda tercinta

"Derhakakah aku ? Tidak mempercayai ibu ku sendiri ? Kerana aku tidak mempercayai bonda , kerana aku .. kerana aku bonda kemalangan dan keguguran ! Aku bersalah ! Aku berdosa ! Maaf bonda .. Maaf  " Titisan air mata gadis itu jatuh membasahi pipi  dan tudungnya dengan desiran penyesalan , Tiqah menyalahkan dirinya tanpa henti .


Tiqah berdiri disisi bustop menunggu kedatangan Ayahanda untuk menjemputnya , pandangan Tiqah ditundukkan sama ada semasa berjalan atau semasa berdiri . Berbisik di hati "Tabah hati tabah" . Semasa ayahanda sampai untuk menjemput Tiqah ,  terpandang sekilas tubuh seorang budak memegang tangan Tiqah , Ayahanda hanya meanggap dirinya dalam kesedihan dan itu hanyalah halusinasinya kerana kehilangan bayi .


"Ayahanda akan turunkan kamu ke Lobi utama dan kamu terus ke bilik bonda" Arah ayahanda Tiqah


Setiap langkah semakin mengecil , hanya mampu menahan deraian air mata dari jatuh ke bumi , ombakkan dada semakin kencang , fikirannya dipenuhi "Ya allah , macam mana aku nak hadap muka bonda ."


Puan Sharifah Ummi (bonda) telah selamat menjalani prosedur D&C (mengeluarkan janin yang keguguran dari rahim) . Puan Sharifah Ummi ditempatkan di wad utama , katil disebelah tingkap yang menghadap bangunan terbengkalai 


Tiqah berdiri kaku , deraian air mata yang ditahan mula menitis setitik demi setitik tanda penyesalan, perlahan-lahan Tiqah membuka langkah menghampiri puan Sharifah ummi yang sedang merenung ke luar jendela dengan mata yang sembam  . 


"Bonda .. Assalamualaikum  .. ni Tiqah anak bonda .. Maaf semua ni salah Tiqah .. Maaf bondaa"  Serak basah suaranya menandakan Tiqah menahan kesedihan dari menguasai diri.


"Siapa Kau ? Aku tak ada anak nama Tiqah .. Dia dah mati .. mati" Kata Puan Sharifah Ummi yang tertumpu pada bangunan lama bersebelahan Hospital . Sekilas pun matanya tidak kearah Tiqah yang diselubungi kesedihan


Tiqah bangkit dari melutut , dia merasakan bahawa bonda telah membuangnya dan meinginkan supaya dia menjauhkan diri . Seorang jururawat yang melihat situasi tersebut menghampiri Tiqah dan membawa Tiqah ke hall tingkat berkenaan . 


Melihat pada tag nama juru rawat berkenaan tertulis Nabilah 


Nabilah  dan Tiqah duduk di salah satu barisan bangku , " Dari pandangan orang luar , saya tahu cik sedih , Dato' Sharifah baru merasakan kehilangan jadi tidak musykil lah kalau dia bersikap lain atau luar biasa . Cik jangan putus asa , cik kena selalu berada disamping dia dan cik kena pastikan dia yang cik adalah anak dia .  Saya merupakan salah satu staff Hospital Viceery batu 3 yang paling lama, dulu ada sebuah keluarga yang ibunya keguguran di tempatkan di wad berkenaan atau lebih tepat di katil ibu cik. Hospital membenarkan ibu itu keluar kurang dari jangkaan ,  minggu pertama kesemua ahli keluarga mengalami mimpi yang sama , dimana kesemua mereka dibunuh untuk  satu  upacara  menghidupkan  roh orang sudah mati dan 3 bulan selepas itu kesemua mereka dijumpai dikerat dan dicampur di letakkan ke dalam sebuah  kawah .... Polis mengesyaki pembunuh adalah si ibu , kerana  mayat si ibu dijumpai didalam bilik posisi menikam dirinya sendiri " 


Siren Hospital dibunyikan dan kesemua guard turun ke groundfloor , salah seorang dari mereka menyuruh kesemua bergegas kerana seorang wanita membawa lari janin yang keguguran kepunyaan katil 5B-20 (katil Dato' Sharifah Ummi) 


Mantera PerasukWhere stories live. Discover now