Mantera Perasuk Chapter 1

2.2K 104 5
                                    

Dihujung Pekan terkenal dengan sebuah cerita , kata orang tempatan kisah seorang budak perempuan berumur 9 tahun dan namanya tidak boleh disebut nanti rohnya akan menjelma dan meminta supaya di teman .

Jam di dinding menunjuk pada jam 3 pagi , Tiqah dan Ofia masih lagi menjalankan sesi mengulang kaji , manakala Syifa' menumpang di bilik Sharmine . Untuk mematahkan kesunyian di malam itu , 

"Tsk..Tsk... Tiqah you tidak mahu tidur lagi ke?" Tanya Ofia dengan matanya terkebil-kebil

"Boleh juga , saya pun dah ngantuk ni" jawabnya , Tiqah bangun dari meja belajarnya dan menuju kearah katil untuk tidur .

Ofia menuju kearah katil Tiqah dan duduk di bucu katil itu , sambil dia berkata "Tiqah , You dari KL kan , you nak tahu tak cirita tentang seorang budak di hujung pekan ? Nama dia orang kata jangan disebut , atau malam nanti kita terpaksa 'menemani' dia" .

"Mana you tahu ni Ofia ? " Tanya Tiqah diselubungi dengan perasaan ketakutan .

"Aiyaaa. i kan orang sini , mestilah i tahu . Apalah dia ini .Meh i cirita sama you . Nama dia .."

"Nama dia I.L.D.Y.A , mati pada umur 9 tahun . 'Dia' boleh dikatakan setiap hari ditinggalkan di rumah. Mak dan ayahnya selalu saja 'outstation', takhairan lah kalau 'dia' ada hobi yang misteri dan pelik berbanding anak-anak seusianya . 'Dia' suka main 'Spirit of the coin' berseorangan , ada yang kata masa mereka nampak dia main seperti dia bermain dalam kumpulan . Bukan tu saja , lepas dia mati di dalam biliknya , mereka temui bermacam-macam jenis barang pemujaan dalam bilik dia . Yang paling seram 'dia' suka menulis 'Mantera pemujaan' dan 'Mantera Perasuk' . Lepas kematian 'dia' , Ibu 'dia' hilang kewarasan mencari 'dia' yang telah mati . Ibunya seringkali menggali lubang menggunakan tangan dan seolah-olah membaca sesuatu . Lepas 2 tahun kematian dia , seorang pemuda berpindah ke rumah tu tanpa mengetahui cerita dan latar belakang rumah tersebut .Setiap pukul 4 pagi dia akan dikejutkan oleh sesuatu 'benda' dengan cara membuka televisyen dengan suara gelak tawa seorang kanak-kanak perempuan .."

Belum sempat Ofia menyambung , Tiqah memotong bicaraan mereka. " Jadi apa yang menakutkan sangat? 'Ildya' ni memang cara dia Cliche kan , sama macam hantu-hantu lain." Kata Tiqah dengan penuh sombong dan angkuhnya.

"Kalau you taknak dengar tidak mengapalah, baik kita tidur sahaja" kata Ofia dengan merendah diri .

Ofia kembali ke katilnya untuk tidur , dan Tiqah sudah memejamkan mata dan berfikir tentang cerita yang didengarinya tadi .

Jam di dinding menujukkan tepat pada 4 pagi , tingkap bilik mereka di buka dan di tutup berulang-ulang kali . Ia menganggu Tiqah untuk tidur . Tiqah hanya memekakkan telinga kerana teringat Ofia sedang tidur dan bilik mereka berada di tingkat paling tinggi (tingkat 5) . Perlahan-lahan dia merasa seolah-olah sesuatu sedang merangkak didalam selimutnya . 

Tiqah mendengar sesuatu ayat dari dalam selimutnya ,"Kakak , tadi kakak panggil Ildya ke ?" 

Mantera PerasukWhere stories live. Discover now