Part 2

20.2K 208 53
                                    

Monday, 3/3 Summer

Kelas pertama untuk semester kali ni dah mula.. aku pergi ke kelas naik basikal.. pada hari ni kelas mula jam pukul 11 pagi.. aku bangun lewat sikit.. bangun je dari tidur nak pergi bilik mandi keadaan rumah sudah sunyi.. kedua-dua teman serumah aku, Rahman dan Badri awal-awal lagi dah pergi ke kelas..

Tidak ada apa-apa yang begitu penting yang berlaku di kelas pada hari ni.. ada beberapa kawan aku yang bertanyakan keadaan aku yang baru sahaja tinggal menyewa di luar universiti.. aku balas, untuk setakat ini tak ada masalah sangat pun.. Cuma mungkin masih terasa janggal untuk membiasakan diri dengan aktiviti harian yang kini berbeza berbanding dengan kehidupan aku di kolej kediaman pada tahun lepas.. kalau dulu boleh bangun lewat sikit.. tapi sekarang terpaksa bangun lebih awal untuk pergi ke kelas kerana jarak tempat tinggal aku yang kini lebih jauh berbanding dulu.. selesai kelas, aku mula berangkat pulang ke rumah..

Menjelang malam, seperti apa yang telah diberi tahu sebelum ini, ada giliran memasak.. tapi hari ni adalah giliran Rahman untuk memasak.. tak sabar pula nak merasakan masakan Rahman.. mesti sedap! Rahman sudah pun mula memasak sebelum kami mula menunaikan solat maghrib bersama-sama... kali ni Badri pula yang menjadi imam.. hurmm... boleh tahan juga lah abang Bad jadi imam.. tapi aku lagi suka dengan bacaan dari abang Man..

Selesai solat, ketiga-tiga kami mula berkumpul di dapur untuk menjamu selera dengan masakan Rahman.. menghidu bau sudah cukup menaikan selera.. rasa tak sabar pula untuk makan.. aku menolong Rahman untuk menyediakan hidangan yang masih lagi panas.. saje nak tunjuk sikap ringan tulang sikit.. aku kan masih lagi orang baru dalam rumah ni, kena lah tunjuk perangai yang baik sikit..

Makan malam telah pun tersedia, masing-masing mula mengambil tempat duduk di meja makan agak kecil yang berbentuk empat segi tepat.. Rahman duduk di sebelah kanan aku, manakala Badri duduk di hadapan aku.. rasa tak sabar untuk makan bila menghidu bau dari hidangan yang ada di depan mata.. aku biarkan dahulu kedua-dua mereka untuk mengambil dahulu hidangan yang tersedia.. setelah itu baru aku pula mengisikan pinggan aku dengan hidangan yang ada..

Aku makan dengan sudu.. satu suap ke mulut.. hmmm.. sedapnya! satu suap lagi.. hmmm.. memang sedap lah! Abang Man ni memang boleh tahan juga dalam bab memasak.. terleka seketika menikmati hidangan yang membuka selera aku sampai tak perasan ada mata yang memandang.. dengan renungan mata yang tajam, Badri yang fokus melihat aku.. tanpa menyedarinya, aku terus menikmati masakan dari abang Man itu..

Satu suap lagi ke mulut.. pada saat ini mula aku perasan yang Badri sedang merenung aku.. terasa pelik melihatnya yang tajam merenung aku, lalu aku berhenti dari makan..

"kau makan makan memang pakai sudu ke?" tiba-tiba Badri bersuara..

"ermmmm.. kenapa ye?" berkerut dahi aku bertanya balik..

"kalau dalam rumah pun kau memang makan pakai sudu ke? Tak pandai makan guna tangan?" tanya Badri lagi.. nada yang serius..

Aku tergamam.. tersentak dengan soalan dari Badri tu..

"biarkan je lah, Bad.. kalau dia nak pakai sudu, biar lah dia pakai.." kali ni Rahman pula yang bersuara..

Masih lagi tergamam, aku hanya berdiamkan diri.. lantas, aku letakkan sudu yang aku pegang ke atas pinggan aku..

"laaa.. aku tanya je.. kalau kau nak guna sudu, guna je lah.." kata Badri..

Masih berdiam diri, hati aku mula rasa tak kena.. tak tahu macam mana nak jelaskan perasaan aku pada saat ini.. tanpa menjawab soalan Badri, aku mula meneruskan makan.. kali ni makan menggunakan tangan..

"tengok.. dah makan guna tangan.. kalau kau nak guna sudu, pakai je lah.. kalau kau rasa selesa macam tu.. aku sekadar bertanya.. tapi aku kalau kat rumah je, makan guna tangan je lah.." kata Badri lagi dengan wajah yang tersengih-sengih..

Abang Bad - The StoryWhere stories live. Discover now