chapter 6

209 20 0
                                    

WAKTU MALAM
Jin tersedar dari tidur akibat dentuman kilat yang kuat. Dia mencari Yoora disebelahnya namun Yoora tiada. Jin menjadi panik dan bingkas bangun untuk mencari Yoora.
Tiba-tiba Jin ternampak Yoora berjalan ke arah balkoni.
Dalam cahaya kilat yang samar-samar, Jin ternampak sesuatu seperti kelibat anak kecil berpakaian gaun putih dan berambut panjang sedang memimpin tangan isterinya menuju ke balkoni.
Dengan segera Jin menarik isterinya yang sedang cuba memanjat balkoni untukmembunuh diri. Kelibat anak kecil tadi tiba-tiba hilang.
"Yoora!!!!" Jin cuba mengejutkan isterinya.
"Ape??? Kenapa saya disini oppa??? Apa dah jadi???" Yoora bertanya dalam keadaan mamai.
"Baguslah awak tak apa-apa...syukurlah.."Jin memeluk Yoora.
Dalam hatinya bertanya..siapakah anak kecil itu.

KEESOKKANNYA
"Hoseok, hal ni dah semakin serius..dia dah sampai tahap nak bunuh isteri aku..sekarang ni aku tinggal Yoora kat rumah omma kau..aku takut sesuatu jadi pada dia..dalam keadaan dia yang tengah sarat lagi.."Jin semakin risau.
"Kau jangan risau..Ni aku dah dapat alamat tuan asal rumah tu..petang nanti kita pergi.." Hoseok menunjukkan alamat lelaki tersebut kepada Jin.

PETANG TERSEBUT
Mereka tiba disebuah rumah yang suram.
"Betul ke ni?? Macam takde orang je.."Jin cuba mengintai halaman rumah tersebut.
"Kalau ikut alamat ni..memang betul lah.."Hoseok merenung balik alamat tersebut.
"Cuba tekan loceng dulu..tengok ada orang tak.."Jin menekan loceng.
Tak lama kemudian pintu terbuka dan seorang lelaki keluar.
"Cari siapa???" Lelaki tersebut bertanya tanpa sebarang reaksi.
"Kim Taehyung Sshi???" Hoseok bertanya.
"Ye saya...kenapa??" Taehyung bertanya dengan serius.
"Kami nak tanya encik tentang rumah banglo encik di Taman Xxxx.
Muka Taehyung berubah.
"Aku tak tahu apa-apa.." Taehyung segera menutup pintunya.
Sebelum sempat Jin menghalang Taehyung, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
"Nae omma..ada apa??" Jin menjawap panggilan dari ommanya.
"Bo???!!! Yoora dah bersalin??? Kat hospital mana??? Baiklah..saya ke sana sekarang.."Jin gembira buat seketika.
"Hoseok..wife aku dah bersalin..aku nak ke hospital..hal ni kita urus kemudian.." Jin segera menuju ke keretanya dan diikuti Hoseok.

DI HOSPITAL
"Chagiya...awak ok??" Jin memeluk Yoora sebaik sahaja sampai.
"Saya ok..tengok anak kita ni oppa...sebiji macam oppa..."Yoora mendukung bayi mereka.
Jin mencium dahi Yoora dan bayi mereka.
"Yoora..buat sementara ni awak tinggal kat rumah omma dulu ye.."Jin mula serius.
"Wae??? Oppa ada masalah ke??" Yoora hairan.
"Ani..oppa takut tinggal chagi sorang-sorang...ikut cakap oppa ya chagiya.."Jin memegang tangan Yoora.
Dalam hatinya hanya berdoa tiada apa-apa berlaku.

The ChildWhere stories live. Discover now