SUMMER LOVE (ONE SHOT)

639 36 9
                                    

INFO: Halmeoni = nenek Samchon = pakcik

Suga turun dari kereta Lamborghini nya. Cahaya matahari memancar terang. Terasa habanya. Nasib baik Suga memakai cermin mata hitam. Tidaklah silau. Baru sahaja sampai di depan pintu, hendak diketuk, halmeoni nya membuka pintu itu.

"Halmeoni!!", jerit Suga.

Suga ingin memeluk Halmeoni nya, namun Halmeoni nya menolak Suga.

"Budak ni.. beg-beg tu, siapa nak angkat?", tanya Halmeoni nya.

"Samchon kan ada, biarlah dia yang angkat.", kata Suga.

"Ewah, ingat Samchon kamu tu maid kamu ke? Angkat sendiri!", marah Halmeoni nya.

"Eish, yelah! Samchon! Letak beg dekat situ je! Biar Suga yang angkat!", kata Suga.

"Larat ke kamu? Beg kamu ni dah la berat.", kata Samchon nya.

"Laratlah. Suga ada otot. Selalu pergi gym!", angkuh Suga.

Suga meletakkan sebelah tangannya di begnya. Cuba ditarik, namun tak berjaya. Cuba letak kedua-dua tangannya. Beg itu tetap tak bergerak walau seinchi pun.

"Hurm, jinjja berat beg ni!", kata Suga.

"Larat ke tidak? Macam berat sangat cara kamu angkat tu? Nak Samchon tolong tak?", kata Samchon nya.

Suga tak mengaku kalah. Cuba ditarik beg itu sampai dapat. Akhirnya, beg itu bergerak juga. Namun, Suga juga bergerak. Terjatuh Suga. Samchon nya yang dari tadi tahan ketawa, akhirnya ketawa juga.

"Eish, pabo betul lah beg ni!! Ada gajah ke dalam ni?! Berat tahap ikan paus betul!!", marah Suga.

"Kamu yang bawa, pergi tanya pula apa dalam ni. Biar Samchon yang angkat. Setakat pergi gym, bersenam cuma 10 minit, baik tak payah menunjuk.", perli Samchon nya.

Muka Suga sudah memerah malu. Ditendangnya beg itu lalu Suga masuk ke dalam rumah sambil menghentakkan kakinya.

"Apalah nak jadi budak Suga tu. Patutlah eomma dan abeoji nya hantar dia ke kampung.", kata Samchon Suga.

******

Suga masuk ke dalam rumah Halmeoni nya. Suga duduk di sofa sambil kakinya bersilang seperti orang kaya.

"Aduii!!!", jerit Suga.

Kepalanya diusap. Sakit betul kepalanya bila dipukul dengan gulungan surat khabar. Keras gila!

"Kamu ni kan! Masuk rumah buka kasut tu! Kotor lantai Halmeoni! Baru tadi Halmeoni habis sapu dengan mop! Tengok tu! Dah ada kesan hitam!", marah Halmeoni.

Suga memandang lantai itu.

"Mana ada kotor? Bersih je Suga tengok.", kata Suga.

Sekali lagi kepala Suga diketuk.

"Aduii!!", jerit Suga.

"Kamu pakai cermin mata hitam mana kamu nak nampak? Budak bertuah!", kata Halmeoni nya.

Suga membuka cermin mata hitamnya. Baru ternampak kesan hitam di lantai. Suga hanya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Halmeoni nak Suga mop balik lantai ni. Sampai berkilat, suci lagi bersih!", arah Halmeoni nya.

"Mwo?! Tapi, Halmeoni... Suga letih la. Kan baru sampai. Nak tidur..", kata Suga.

"Selagi tak siap kerja yang Halmeoni bagi, kamu tak boleh tidur atau makan!", kata Halmeoni nya.

"Alah, Halmeoni.. bagi masa 3 jam boleh tak? Penat ni..", kata Suga.

"Aniyo! Palli! Ambil mop ni! Mop satu rumah!", tegas Halmeoni nya.

ONE SHOT FF | 📝Where stories live. Discover now