PART 1 : PADA MASA DAHULU...

5.4K 287 11
                                    

15 tahun yang lalu.. (Hyuna berumur 5 tahun)

"Hyuna.. Jangan main jauh-jauh tau!", pesan Jonghyun, appa Hyuna.

"Ne..!", kata Hyuna.

"Jihyun, kamu tak nak bermain dengan Hyuna ke?", tanya Jonghyun.

"Aniyo.. Jihyun nak main dekat rumah je. Sini banyak nyamuk. Jihyun tak suka. Nanti badan Jihyun merah-merah..", kata Jihyun.

Gayoon, iaitu eomma kepada Jihyun dan Hyuna, hanya mengusap lembut rambut Jihyun. Hyuna dan Jihyun memang berbeza walaupun mereka adik-beradik. Jihyun seorang yang amat pentingkan kecantikan, fesyen dan keperempuanan. Semua harus sempurna dan mewah. Hyuna pula seorang yang agak aktif tapi seorang yang baik hati dan agak naif. Jihyun eonni kepada Hyuna.

Jihyun memang agak tidak suka akan Hyuna. Hyuna lebih cantik sedikit daripada dirinya. Bukan itu sahaja, Jonghyun selalu lebihkan Hyuna daripada Jihyun. Manakala, Gayoon selalu lebihkan Jihyun daripada Hyuna. Sebab itu perangai mereka amat berbeza.

"Jom masuk dalam rumah. Eomma sejuk ni. Tolong eomma masak sup ye.", kata Gayoon.

"Ne..", kata Jihyun.

"Awak pun sama. Biarlah Hyuna main dekat luar. Taulah dia nanti.", kata Gayoon.

"Ne.. Hyuna, nanti lepas main, balik rumah ye!", jerit Jonghyun.

Hyuna sudah berlari ke kiri dan ke kanan. Aktif sangat. Terlebih vitamin agaknya. Hyuna menulis sesuatu di tanah menggunakan ranting kayu. Tiba-tiba, Hyuna ternampak seorang yeoja sedang memanggilnya.

"Hyuna.. Sini kejap..", panggil yeoja itu.

"Erm? Eommanim ni siapa? Appa kata jangan cakap dengan orang yang kita tak kenal.", kata Hyuna.

"Eommanim bukan orang jahat. Marilah ke sini. Eommanim ada banyak buah strawberry. Hyuna suka kan? Kalau nak, marilah.", pujuk yeoja itu sambil menunjukkan sebakul buah strawberry yang kelihatan segar.

Hyuna terus berlari ke arah yeoja itu. Hyuna memakan buah strawberry itu dengan laju. Buah strawberry memang kegemarannya. Yeoja itu tersenyum memandang Hyuna. Tiba-tiba, Hyuna ternampak seorang budak yeoja dan dua orang budak namja. Mereka menyorok di belakang pokok.

"Siapa mereka?", tanya Hyuna.

"Tu anak-anak eommanim. Chingu-chingu Hyuna. Kamu semua ke sini. Berkenalan dengan Hyuna.", kata yeoja itu.

Baru sahaja mereka hendak berkenalan, terdengar suara Jonghyun memanggil Hyuna.

"Hyuna! Kamu di mana?! Balik cepat!", panggil Jonghyun.

"Appa Hyuna dah panggil. Hyuna kena balik.", kata Hyuna.

"Nanti!", halang yeoja itu.

"Waeyo?", tanya Hyuna.

"Eommanim ada permintaan. Sebenarnya... kami ni dalam bahaya. Boleh Hyuna lindungi kami semua? Hanya Hyuna je yang eommanim boleh minta tolong..", rayu yeoja itu.

"Tolong macam mana? Hyuna masih kecil..", kata Hyuna.

"Hyuna boleh tolong kami. Eommanim percaya Hyuna boleh.", kata yeoja itu.

Hyuna memandang mereka semua.

"Ne, Hyuna janji. Kita semua chingu kan?", kata Hyuna.

Mereka semua tersenyum. Mereka berpegangan tangan.

"Tapi, sebelum Hyuna balik... Izinkan eommanim untuk hisap darah Hyuna..", kata yeoja itu.

Yeoja itu membenamkan taringnya ke leher Hyuna. Hyuna jatuh pengsan. Yeoja itu dan anak-anaknya lesap ke dalam hutan.

OMG! MY NEIGHBORS ARE VAMPIRES! SEASON 1 | ✔Where stories live. Discover now