Bab 2

3.3K 93 2
                                    

"Fuhh leganya, akhirnya sampai juga. Farha aku nak tidur sat na nanti nak asaq kejut tau"

"Ye lah Cik Kizat oiii" Farhannah yang baru sahaja keluar dari dapur sambil membawa secawan milo panas terus duduk di sofa yang berada di ruang tamu.

Matanya meliar melihat ruangan itu. Sudah lama rasanya tidak datang ke sini. Banyak sungguh perubahan yang berlaku.Maksunya masih belum berumah tangga,kerana itu dia dan sepupunya rajin duduk disitu. Sudah terbiasa lah katakan. Kalau bukan mereka siapa lagi yang mahu memenuhi detik-detik hari maksunya Roslia.

Dia terus tersandar lesu sambil tangan kanannya dilekapkan pada dahi.

Tiba-tiba saja iphone 6 nya berbunyi yang menunjukkan notification masuk,pantas saja telefon itu diambil .

"alaa instagram rupanya" terus dicampak perlahan telefonnya itu. Matanya masih meliar memandang ruangan itu. Cukup santai. Bertemakan ala-ala classic walaupun hiasannya yang sederhana tapi tampak mewah. 'Pandai, siapa lah yang decorate ni'

Farhannah terpandang sepucuk surat, teragak-agak dia mahu mengambil surat itu. Tapi hatinya meronta-ronta ingin tahu apa yang ada disebalik surat itu.

Ditekadkan juga diri untuk mengambil walaupun dia bukannya jenis yang suka ambil tahu.

Sampul surat itu dibeleknya. 'Dari Ungku Far.Haa siapa Ungku Far ni?'

Farhannah terus saja membuka sampul itu dan didapati sekeping kad berwarna biru. Terus dibaca tulisan yang didapati pada surat itu.

Assalamualaikum, harap dirimu masih mengenali diriku.

"Eeee, jiwangya" terus saja kad berwarna biru itu dimasukkan ke dalam sampul tadi. Loya terus tekaknya, mata sudah mahu terbeliak walaupun baru sepotong ayat yang dibaca di dalam surat itu.

'Sudahlah jangan busy body hal orang Farha' sudut kecil hatinya berkata.

Abang Atau Adik?? --- Tunggu Seminit!Where stories live. Discover now