Bab 8- Kenapa ditanya?

21 1 0
                                    

"Apa perisa Yakult favourite awak?"

Aku berfikir seketika. "Yang purple lah! Okay my turn. Sukan yang paling awak suka apa?" Tanyaku mulai berseronok bermain permainan '21 questions' ini.

"Purple? Betul-betul suka ke, awak biased eh?" Gurau Farrieal menjelir lidahnya sebelum menyambung, "Hmm banyak sangat, table tennis, bola, basketball, bowl-"

"Paling suka lah hello! Means pilih satu je!" Tegasku.

"Fine... Soccer!"

Kilauan matanya ketika itu membawa aku ke masa lalu.

"Hi Lisa! Thanks for coming, lepas ni lunch jom?"

"Of course, takkan lah Lisa tak datang support Abang! You kena menang okay?" Aku tak mampu menahan kegembiraan tatkala melihat Danish beraksi di padang.

"Mestilah Abang menang, kan Lisa ada," dia tertawa kecil.

"Hello makcik, asik termenung je?"

"Mana ada!" Lawanku tersedar dari lamunan. Kelihatannya, Farrieal tidak mempercayai kata-kataku sepenuhnya. Tapi dia tetap menyambung, "Okay my turn. Kenapa awak nak pergi Phuket? Sorang pulak tu."

Sesuatu terdetik di hatiku. Ah, he struck me right in the feels. Sedang asyik melayan perasaan, aku hanya tersedar pabila aku menyedari Farrieal masih menanti jawapan dariku.

"Saja je, nak... holiday?" Aku menipu dengan teruknya.

"Mmhm," Farrieal mula lebih fokus terhadap aku. Dia seakan masih mahu mendengar, walaupun tiada sebarang paksaan pun darinya.

"Er..."

Aku tak mampu menceritakan segalanya. Masih terlalu muda, luka didalam hati ini. Aku cuba beberapa kali untuk berbicara namun aku gagal. Walaupun Farrieal begitu tekun menanti jawapanku, aku terpaksa menggelengkan kepala menandakan bahawa aku tak akan menjawab soalan itu.

"Okay, since awak tak boleh nak ceritakan, maknanya saya menang kan?" Tanya Farrieal kepadaku.

Aku mengangguk lemah. Tetapi kata-katanya itu telah membuat aku sedar bahawa sepedih mana rasa hati, ia tak mungkin boleh difahami orang lain. Buktinya? Aku terkial-kial hendak mengungkap kebenaran tetapi Farrieal dengan mudahnya membawa kembali dimensi permainan dalam perbualan kami.

Diam tak diam, tinggal 3 jam sahaja lagi sehingga kami sampai ke destinasi. Banyak dah aku belajar tentang Farrieal, dan yang paling best, dia banyak menceritakan tentang Dania semasa kecil dahulu. Ternyata, mereka rapat sejak Dania dilahirkan lagi. Sehingga kini, Farrieal mengaku Dania sebagai adik kandungnya, kerana Dania merupakan saudara kesayangannya.

Dia banyak menjaga aku, walaupun pada mulanya memang aku tak ingin pun ada yang menemani. Sekarang, aku tak boleh membayangkan perjalanan sejauh ini tanpa telatahnya. Dan semakin hampir kami ke Phuket, semakin gementar rasa diriku.

Bukan apa, aku benar-benar rasa seronok bertemankan Farrieal, tapi kenyataannya kita baru sahaja berkawan. Ah, cakap pasal baru berkawan...

"Oh, awak pulak kenapa pergi Phuket seorang diri?" Aku mengajukan soalan yang sama kepadanya.

"Hmm... awak nak jawapan senang ke jawapan penuh?"

"Yang penuh lah!"

"Tak payah lah, cerita panjang sangat, nanti awak tertidur," usiknya.

"Alah, tak nak cerita cakap je lah, ok lah, jawapan senang," aku mengalah.

"Saya pun cuti jugak macam awak," jawapnya ringkas.

Aku mengeluh dramatis sambil menjeling. "Bagusnya jawapan awak, tak cliché langsung!"

Kami berdua tertawa, lalu berganjak memperbualkan bermacam-macam topik lagi.

Misi cantas cinta...lagi?Where stories live. Discover now