Bab 6

1.6K 29 0
                                    

         

Cinta kami berputik di sebuah kelab di Changkat Bukit Bintang. Sebelum itu aku hanya mengenalinya sebagai Jeremy si budak IT. Kami tidak banyak berbual, hanya sesekali bila dia datang ingin membetulkan komputer atau mengemaskini program. Bahasa Melayu-nya fasih, mungkin kerana dia orang utara, tetapi dia lebih gemar mencampur-adukkannya dengan bahasa Inggeris, terutamanya ketika berbual dengan rakan-rakan sebangsanya sendiri. Aku tidak pasti samada dia tidak tahu bertutur dalam bahasa Mandarin, Kantonis, Hokkien atau apa.

    Malam itu malam annual dinner. Kebanyakan rakan sekerja semuanya hadir untuk makan besar dan seterusnya majlis penyampaian anugerah. Aku seperti biasa, hanya datang untuk memberi sokongan. Selesai majlis, kami beramai-ramai turun pula dari tempat makan menuju ke dance floor. Aku hanya duduk di sofa, bertemankan rakan-rakan yang tidak reti atau malas menari. Jeremy dan rakan-rakannya pula mabuk dan terkinja-kinja seperti orang gila. Riuh-rendah suasana waktu itu. Kami semuanya terhibur melihat gelagat masing-masing yang telah lupa diri.

    Tak lama kemudian, Jeremy datang duduk di sebelah. Dia berpeluh-peluh. Kancing bajunya sudah terbuka dua-tiga butang menampakkan dadanya yang berketak. Rakan-rakan yang duduk di situ tadi, ada yang telah pulang dan yang lainnya hilang entah ke mana. Aku sendirian di situ.

"Tak menari?" jeritnya. Bunyi bingit dari muzik menyukarkan perbualan kami.

Aku hanya menggeleng.

"Tak minum?" Dia mengangkat gelas berisi Coke dan whiskey.

Aku hanya mengangkat gelas berisi Coke.

Sebatang rokok dinyalakan. "Do you have a lighter?"

Aku menghulurkan pemetik api di atas meja.

"Hisaplah sebatang lagi..."

Aku mengambil rokok dari dalam poket dan menurut.

"Jeremy." Dia memperkenalkan diri.

Aku kenal siapa dia, cuma aku kurang pasti samada dia mengenali aku atau tidak. "Syamil."

"Syamsul?"

"Nope. Syamil."

"Syamil. Can I have your number?"

"What?"

"Your number?" Telefon bimbitnya dihulur.

Mulanya aku sangsi untuk memberi. Pertama, kerana dia kelihatan sudah terlalu mabuk untuk mengingati apa yang telah berlaku malam itu di keesokan harinya. Kedua, dia terlalu comel dan aku bukan jenis yang suka merampas hak orang. Ketiga, dia nampak maskulin untuk menjadi lelaki gay dan aku tidak tahu tujuan dia meminta nombor itu adalah untuk berkenalan, atau ingin menjual produk MLM, atau ingin mengenakanku saja. Dan keempat, dia Cina. Aku tidak pernah terlintas lagi di dalam fikiran untuk berkenalan dengan orang bukan Melayu.

Telefon bimbitnya dipegang. Aku letakkan nombor yang salah.

"I'll call you tomorrow?"

"Sure," jawabku sepatah.

*******

    Hari Isnin, sebaik saja aku sampai di pejabat, telefon di atas mejaku berdering. Hati sudah berkata-kata sejak dari rumah yang mungkin aku akan dimarahi Jeremy kerana memberinya nombor yang bukan-bukan. Nombor yang aku sendiri tidak tahu kewujudannya. Bimbang juga jika nombor itu milik pembunuh bersiri. Tidak pasal-pasal pula dia mati dibunuh.

Aku mengangkat telefon itu dengan penuh doa.

    "Is this Syamil?" tanya satu suara.

    "Yes."

LELAKI SESUATU ITU - sebuah cerpan Shaz JoharWhere stories live. Discover now