Bab 1

17.1K 356 31
                                    

Datin Kamaliya mengusap rambut suaminya, Dato' Addrian Zulkiflee. Air matanya mengalir deras sehingga menitis di pipi mulus suaminya itu. Sungguh sayu hatinya melihat suami tercinta itu ditebuk dengan pelbagai wayar. Malah hitungan pada mesin itu juga asyik turun sahaja dan garisannya semakin rata. Dahlia yang sedang berada dalam pelukan abangnya, Daniel, tidak berhenti menangis. Daniel juga menangis bila dikenangkan peluang ayahnya untuk hidup amat tipis.

"Sayang." Suara Dato'Addrian Zulkiflee sayup-sayup kedengaran memanggil nama isteri tercinta, Datin Kamaliya merendahkan sedikit tubuhnya supaya dapat mendengar kata-kata suaminya. "Bila abang tak ada nanti, please jaga anak-anak kita macam mana awak jaga diri awak. Jangan biarkan mereka rasa sunyi, tak kira bila mereka sedih mahupun senang.." Datin Kamaliya menggeleng-gelengkan kepalanya. "No! Abang pasti sembuh! Please abang jangan cakap macam tu! Abang kena kuat, demi saya, demi anak-anak kita! Impian abang kan nak tengok Niel dan Lia membesar. Abang kena penuhi impian abang!"

Dato'Addrian Zulkiflee menguntum senyuman, "Awak kan tahu, peluang saya untuk hidup amatlah tipis. Biar awak ja yang penuhi impian saya. Saya cuma nak awak tahu, saya bahagia ada isteri macam awak. Ada anak-anak macam mereka. Dan saya nak awak tahu, saya sayang mereka sangat-sangat. Sama macam saya sayang awak. Awak penyeri hidup saya. Awak selalu hiasi siang dan malam saya. Awak pelengkap hidup saya. Terima kasih sebab didik saya untuk keluar dari sejarah hitam. Tanpa awak, saya mesti dah terpesong jauh dalam najis dadah tu. Awak memang sangat tabah. Thanks Kamaliya. I love you so much."

Datin Kamaliya terus mencium dahi suaminya, diiringi air mata yang mengalir deras di pipi. "I love you too." Bisik Datin Kamaliya sambil menyembamkan mukanya pada leher suaminya itu. "Mana.. Daniel.. Dahlia.." Datin Kamaliya mengangkat mukanya lalu memanggil putra dan putri kesayangan mereka. Daniel dan Dahlia mendekati ayah mereka yang sedang uzur, direndahkan sedikit tubuh mereka supaya dapat mendengar dengan lebih jelas kata-kata Dato'Addrian Zulkiflee.

"Anak-anak daddy. Please, jaga mummy, macam mana kamu jaga diri sendiri. Jangan biarkan mummy rasa sunyi, dan rasa kehilangan. Lia, maafkan daddy sebab tak dapat tengok kamu ambil result UPSR." Dahlia terus mencium tangan ayahnya yang ditebuk wayar itu, "Tak apa daddy! Tak apa.." air mata itu mengalir di tangan ayahnya. Sebaknya tidak mampu ditahan lagi, terasa bagai ada sebilah pisau yang menikam hatinya apabila mengetahui peluang ayahnya untuk hidup amat tipis. "Daddy nak kamu tahu, daddy sayang sangat dengan kamu bertiga. Daniel, tolong dengar cakap mummy. Patuhi semuanya selagi tidak bercanggah. Jangan melawan. Be a good leader okey? Kamu lelaki, kamu kena jadi ketua keluarga yang baik. Maaf, daddy tak dapat tengok Niel dan Lia membesar. Allah tak izinkan."

"No daddy! Daddy akan sembuh! Please daddy! Be strong!" Daniel mengetap giginya bagi menahan air mata yang bertakung, namun ia tetap mengalir di pipi. Dato'Addrian Zulkiflee cuma mampu tersenyum segaris mendengar kata-kata Daniel. Matanya melirik memandang Datin Kamaliya yang sedang menangis. "Janganlah menangis sayang. Lepas ni, saya dah tak ada nak kesatkan air mata awak tu. Bila rindu saya, mengadu pada dia. Dia ada. Sentiasa mahu mendengar luahan hamba-hambanya. Jaga solat tau. Be a good mother. Awakkan, power bank saya dan anak-anak." Datin Kamaliya, Daniel dan Dahlia terus memeluk Dato'Addrian Zulkiflee. Mereka menangis teresak-esak, Dato'Addrian Zulkiflee juga turut mengalirkan air mata.

Dia tahu masanya sudah tiba. Hanya beberapa saat sahaja lagi dia akan meninggalkan dunia yang sementara ini. Kedua-dua tangannya diletakkan di atas perut, air matanya perlahan-lahan mengalir. "Ya Allah, andai ini takdirnya aku terima. Kau perihala lah keluarga ku ini. Kuatkan iman mereka, tabahkan hati mereka untuk menempuhi segala dugaan." Matanya kemudian dipejam rapat. Hembusan nafasnya semakin tidak teratur, hitungan juga menurun, garisan pada mesin tersebut telah rata. Datin Kamaliya memandang wajah suaminya. "Abang.."

Teeettt....

"Daddy!" Daniel segera bangkit, dengan sisa-sisa tenaga yang ada, dia berlari keluar untuk mencari doktor. Dahlia dan Datin Kamaliya menggoncang tubuh yang sudah tidak bernyawa itu. Tangisan Dahlia semakin kuat kedengaran. Akhirnya, Daniel tiba bersama Dr.Ariff dan dua orang nurse. Dr. Ariff menghampiri katil tersebut, stateskop dilekapkan pada dada kiri Dato'Addrian Zulkiflee, kemudian nadinya diperiksa. Hambar, dia gagal mencari denyutan nadi tersebut. "Innalillahi wa inna ilaihirajiun."

Daniel terus terduduk di atas lantai, Dahlia menangis semahu-mahunya sambil muka dilekapkan pada katil itu. Datin Kamaliya memandang wajah suaminya, tenang sahaja wajah itu dipandangnya. Perlahan-lahan dia menghampiri telinga kiri suaminya itu. "Abang rehatlah. Tunggu sayang dekat syurga tau. I love you abang" sebuah kucupan singgah di pipi kanan suaminya itu beserta dengan air mata. Selimut putih ditarik sehingga menutupi seluruh tubuh Dato'Addrian Zulkiflee. Tiada apa yang mampu dilakukan Datin Kamaliya, hanya mampu redha, kerana semuanya sudah tertulis oleh Allah yang maha esa.

****

Pengebumian daddy telah selesai pada pukul 10 pagi, ramai ahli keluarga yang datang berkumpul. Kini mereka beransur-ansur pulang. Namun aku, mummy, dan Lia masih setia di kubur daddy. Yassin kami bacakan untuknya buat kali kedua. Seorang insan yang sudah lama berperang dengan penyakit buah pinggangnya. Namun akhirnya tewas, dan sudah tiba masanya untuk daddy berehat. Mudah-mudahan daddy di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.

Daddy, Daniel janji akan ikut kata-kata mummy, dan insyaAllah menjadi ketua keluarga yang baik. Dan, Daniel akan belajar dengan bersungguh-sungguh kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negara macam yang daddy impikan. InsyaAllah daddy, Daniel akan tunaikan semuanya untuk daddy. InsyaAllah dengan izinnya.

Tamat Bab 1
#IamSabahan

Ok.. its my third novel after MLC and RC haha.. igtkn nak publish lps PT3, tapi errghh... sesungguhnya publish itu sangat menggoda -,-

Haha.. so, enjoy okey? *tayang sengih*

Calon Menantu Untuk MummyWhere stories live. Discover now