Raihan yang melihat kelakuan comel Qasrina,ketawa kecil.'Cute nya dia'.Peluh-peluh halus di dahi yang terbit akibat sinaran matahari,dikesat.

"So how?please..awak kan dah terima lamaran saya,jadi mesti lah awak kena ikut jumpa family saya", Raihan masih cuba memujuk Qasrina.

Qasrina berfikir lama.Nak tak nak?kalau aku pergi,takut nanti tak pasal-pasal pulak dia menangis depan semua orang bila tengok Rayyan dan Nia bersanding.Buat malu je.Tapi kalau tak nak,nanti apa pulak kata Raihan?padahal dia dah terima lamaran tu.Argh!stress lah macam ni.

"Er..", Qasrina masih belum memberi jawapan pada Raihan yang sabar menanti di hadapan nya.

'Pergi je lah.Kau kena kuat.Kau nak lupakan Rayyan kan?kau pergi sana pun bukan nya kau kena jumpa dengan dia.Kau cuma nak jumpa cik Faz,ingat?'.

Qasrina memandang Raihan."Okay..saya pergi", dia senyum.Raihan di sebelah nya turut sama tersenyum sebelum dia tiba-tiba bangun dari duduk nya.

"Jom..",

Qasrina mengangkat muka.Kedua mata nya mengecil disebabkan silauan matahari yang berada betul-betul di hadapan mereka.Raihan ni lah.Ada ke patut ajak dia berjumpa di bawah cahaya matahari macam ni?kang habis terbakar kulit dia.Dah lah lupa pakai sunburnt.

"Jom ke mana?", Qasrina menyoal Raihan."Ikut je dulu.Nanti awak tahu lah", Raihan mengenyitkan sekali mata nya.Dia masih menunggu Qasrina untuk bangun.Lambat betul.Nasib baik dia pakai baju hitam.Kalau tak,habis nampak belakang baju nya yang dah basah lencun dek kerana dia bermandi peluh.

Qasrina tetap akur.Dia bangun dan mengekori langkah Raihan menuju ke sebuah kereta Nissan Teana putih milik Raihan.

'Dia nak bawak aku pergi mana?khawin kat Siam ke?'.

'Hishh!apesal lah tiba-tiba die nak seret kau ke Siam asalkan nanti dia nak bawak kau jumpa mak die.Fikir logik sikit boleh?'.

~~~ √ ~~~

WAJAH Raihan yang sedang tersenyum dan koleksi baju-baju gaun muslimah di hadapan nya dipandang silih berganti.Dia masih terkaku di hadapan sebuah butik.Air liur nya bagaikan tersekat di kerongkong melihat apa yang dihadapan nya sekarang ini.Biar betik?

Raihan pula sudah masuk kali ketiga dia ketawa kecil apabila melihat muka terkejut dari Qasrina."Kenapa awak buat muka macam tu?",soal Raihan dengan tawa yang masih bersisa.

"Kenapa awak bawak saya datang sini?", Qasrina menyoal Raihan dalam keadaan berbisik.Mahu dia tak terkejut bila tiba-tiba sahaja Raihan membawa nya ke butik mahal begini.Ni confirm harga sehelai baju saje dah boleh buat duit nya berterbangan di awangan.Koleksi baju di butik Lyn pun lebih berganda murah harga nya.

"Saya nak awak beli baju baru",

Dahi Qasrina yang tadi nya sudah berkerut semakin bertambah kerutan."Apa maksud awak suruh saya beli baju baru?baju yang saya pakai ni buruk sangat ke?", dia menjatuhkan pandangan nya pada blouse putih dan kain hitam yang tersarung pada tubuh nya.Buruk ke?okay lah kan?takkan dia kena pakai dress yang sarat dengan manik bila keluar berjumpa dengan Raihan?

"Tak lah.Saya tak cakap pun buruk.Cantik sangat memandangkan awak memang dah cantik.Tapi..saya nak awak pakai baju yang baru bila kite pergi jumpa ibu saya nanti", pujian Raihan nampak ikhlas.Memang di mata nya Qasrina seorang yang cantik.Nampak ayu.

Qasrina yang jenis pantang dipuji itu sudah kembang kempis mendengar pujian dari Raihan.Kembang semangkuk dia bila dapat pujian dari orang handsome.

"Tapi kenapa?dalam almari saya tu banyak baju yang cantik dan saya belum pernah pakai lagi.Tak payah lah beli lain.Membazir je.Lgipun duit gaji saya belum keluar lagi", gila ke apa nak junpa bakal mak mentua sampai kena pakai baju yang beratus-ratus?lagipun ni bukan kali pertama dia berjumpa dengan Puan Fazila.Dah banyak kali dah.Dulu dia selamba badak air je pakai tracksuit dan t-shirt bila berjumpa dengan Puan Fazila.No hal je.

Raihan melepaskan tawa kecil.Memang Qasrina ni sering mencuit hati nya.Setiap hari,mesti dia akan terhibur dengan kelakuan dan percakapan Qasrina.

"Jangan risau lah.Saya belanja awak.Awak pilih je yang mana satu awak suka", Raihan melemparkan senyuman kejap buat seorang perkerja wanita di hadapan nya yang juga sedang tersenyum pada mereka berdua.

"Eh takpelah.Tak payah susah-susah", Qaseina menolak lembut.Dia ni memang spesis yang tak suka berhutang dengan orang.Melainkan kalau dah terdesak.Tapi sekarang ni dia langsung tak terdesak.

"Rina..saya tak pernah bagi awak apa-apa hadiah pun selama ni.So please..terima lah.Saya ikhlas", Raihan memujuk Qasrina.

Mahu atau tidak,terpaksalah Qasrina akur.Die terima tawaran Raihan yang nak sangat belanja nya.Alang-alang dah ada orang belanja,baik pilih yang mahal-mahal sikit kan?bukan selalu ada orang yang bermurah hati nak belanja kita.He he he..

Selepas beberapa minit mencari dan mencuba,keputusan dibuat.Qasrina memilih baju gaun labuh berwarna biru turquoise dan dihiasi dengan corak parsley pada nya.Simple and elegant!

Baju ini akan dipakai ketika bertemu dengan Puan Fazila nanti.Alah,leceh sangat ayat tu.Pendek kata,baju ini akan dipakai pada majlis perkhawinan Rayyan nanti.Easy,right?Hmph..

**bersambung di bab seterus nya**

Love you,Mr Add Math!जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें