Bahagian 1

409 24 0
                                    

Suasana sepi. Hanya angin malam berhembus. Sejuk menyelubungi tubuh Maizatul. Dia hampir menggeletar namun cepat-cepat dia menyelimuti tubuhnya dengan selimut tebal milik Khairul. Dalam kegelapan malam yang hanya diterangi cahaya bulan purnama kemerahan jingga, Maizatul cuba untuk bangun daripada terus terbaring di atas katil bersaiz king di dalam kamar tidurnya. Dia duduk seketika di tepi katil sambil mindanya mengingati mimpi yang baru dialaminya.

Maizatul bangun dari katil dan mencapai sarung kaki berwarna biru muda yang berada di bawah katil. Dia menyarungkan sarung kaki itu ke kakinya. Sebelum itu sempat juga dia menggeliat, merenggangkan sendi-sendi badannya setelah beberapa jam lena dibuai mimpi. Badannya sudah berpeluh-peluh. Kesemua lampu di dalam kamar itu sudah terpadam. Di fikirannya sekarang, hanyalah satu, untuk menyalakan lampu utama di dalam bilik setor.

Perlahan-lahan dia melangkah mencari sesuatu di laci almari berdekatan katil. Segugus kunci bersama lampu suluh dicapai. Semasa menuruni tangga ke tingkat bawah, pipinya disentuh angin luar yang berpuput masuk melalui jendela-jendela rumahnya yang tidak ditutup. Aduh, lupalah pula nak tutup tingkap-tingkap ni, rungut hati kecilnya.

Dia perlu turun ke tingkat bawah untuk ke bilik stor. Dentuman kilat yang kuat menyebabkan bekalan elektrik terputus. Setelah pintu setor dibuka, suis utama ditolak ke atas. Cahaya lampu menerangi seluruh sudut rumahnya. Hatinya begitu gembira. Namun tidak sampai lima minit berada dalam kemeriahan lampu memancar-mancar, suis utama tertolak ke bawah semula.

"HAH!!" Maizatul menjerit ketakutan.

Suaranya bergema di seluruh ruang rumah. Hembusan nafasnya jelas kedengaran. Jantungnya berdetak laju. Dia menaikkan kembali suis utama itu. Kali ini, dia menahan suis itu daripada tertolak ke bawah kembali. Apabila semuanya sudah stabil, dia melepaskan suis perlahan-lahan. Suis itu tidak beranjak sedikit pun dan berjaya sudah misinya pada malam itu. Malam?, hatinya tertanya-tanya. Dia melihat jam di dinding. Jarum pendek menunjukkan pukul tiga dan jarum panjang lagi lima belas minit untuk ke pukul empat. Mana abang ni?, keluh hatinya menanti kepulangan suami tercinta. Dia menutup pintu bilik stor dan menguncinya kembali. Dia kembali ke tingkat atas, satu persatu anak tangga dinaiki, dari satu tingkat ke satu tingkat yang lain. Besar juga rumah aku ni, kata hatinya dan dia tersenyum.

***

"Kenapa abang beli rumah besar-besar, tiga tingkat pula tu padahal kita bertiga je yang tinggal dalam rumah ni?"tanya Maizatul kepada suaminya.

"Sebabnya abang sayang Mai dan Shafiqah" jawab Khairul dengan lembut.

"Tapi tak semestinya rumah perlu besar, kita kan boleh hidup di rumah lama kita yang dulu"

"Sayang" Khairul seakan memujuk.

"Ya abang"

"Sayang tak bersyukur dengan kurniaan Allah?" Khairul memandang wajah isterinya dengan penuh kasih.

"Maafkan sayang tapi abang, sayang letih nak kemas semua ni, abang bukannya nak ambil orang gaji kemaskan semua ni"

"Sayang tahu kisah Saidina Ali dan kekasih halalnya, Saidatina Fatimah Az-Zahra? Walaupun mereka meminta budak yang ayahanda mereka baru dapat, namun Rasulullah tak mengizinkannya. Rasulullah nak anaknya, Saidatina Fatimah mendapat pahala sebab menjaga rumah tangga yang dibina. Rasulullah mengajar anaknya membaca tasbih sebanyak 33 kali, tahmid sebanyak 33 kali, dan takbir sebanyak 34 kali, sehingga genap 100 setiap kali sebelum tidur, kata Rasulullah nescaya kamu akan bahagia dan rezeki akan melimpah ruah" nasihat Khairul pada Maizatul.

"Yalah, lepas ni sayang ikut apa yang Nabi suruh buat tu, kita baca sama-sama ya"

"Macam tulah isteri abang, abang nak isteri abang ni dapat pahala sebab jaga rumah tangganya, nanti abang bantu sekali ya" puji Khairul sambil memegang lembut hidung Maizatul.

"Terima kasih abang"

"Sama-sama, abang sayang Mai" kata Khairul lalu mencium dahi dan memeluk Maizatul dengan erat.

***

Kata-kata itu bermain di benak mindanya sewaktu menaiki tangga. Dia sudah berada di dalam kamar tidurnya. Khairul masih belum pulang dari tempat kerjanya, bekerja lebih masa. Sebelum tidur, Maizatul mengambil wuduk dan menunaikan solat tahajud. Alang-alang dah bangun tengah malam, buatlah solat tahajud untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Lampu ditutup dan pendingin hawa dipasang. Badan Maizatul diluruskan di atas tilam yang empuk dan selimut ditarik menutup dadanya. Matanya dipejam sambil berzikir di dalam hatinya.




Doa Kudus Bidadari HatikuWhere stories live. Discover now