Bab 2

16.7K 492 0
                                    

Medina leka dalam mengurus bunga-bungaannya. Entah kenapa dia berasa nyaman ketika berada di dalam rumah kaca itu.

Dia mengeluh panjang. Hidup sendiri bukanlah senang. Kepemergian kedua orang tuanya sejak 10 tahun yang lalu membuatkan dia berputus asa untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Namun, dia berusaha untuk kuat di hadapan khayalak ramai walaupun sebenarnya dia takut menjalani kehidupannya tanpa keluarga.

Pada saat dia sudah berputus asa, tuhan menghantar seorang gadis yang selalu ceria iaitu Kinan. Yah !! Gadis itulah yang membantunya untuk tetap berdiri walaupun dia terkadang rapuh.

Memikirkan Kinan, matanya melilau mencari gadis itu. Keningnya berkerut.

Dia belum datang? Dah jam berapa ni? Bisik Medina.

Dalam sibuk memikir kawannya itu, tanpa disedari seorang lelaki berkemeja polo menghampirinya.

" Sorry, bunga yang saya tempah dah selesai?" soal lelaki itu dengan nada yang ragu.

Medina tersenyum. Inilah lelaki yang menempah bunga ros putih kelmarin. Lelaki yang kacak dan mempunyai auranya yang tersendiri. "Dah!" sahut Medina dengan nada gembiranya.

Mata lelaki itu tajam melihat Medina. Senyuman itu. Senyuman yang penuh dengan kepura-puraan. Dia akan menggantikan senyuman itu dengan tangisan.

Tunggu selepas kau jadi milikku Medina.

Hurt !!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang