Hahaha, U R My Love

843 56 6
                                    

~JUNGKOOK IMAGINE~

(yn) dan Jungkook sudah lama berkahwin padahal mereka berdua masih bersekolah. Perkahwinan ini hanya diketahui oleh kaum keluarga dan juga kawan-kawan baik. Jungkook, semestinya BTS tahu pasal ini. Jungkook sangat romantik pada (yn).

Dulu (yn) sangat bencikan dia kerana omma (yn) memaksa (yn) kahwin dengannya tapi kini (yn) jatuh hati pada dia yg sangat baik. Yalah, sarapan pun Jungkook sediakan. Tak romantikkah itu? Hahaha....

Hari bertambah hari, (yn) sangat menyayanginya. Begitu juga dengan Jungkook. Di sekolah (yn) berdua berpura-pura seperti pasangan kekasih padahal pasangan suami isteri. (yn) agak byuntae tambah lagi jika melihat Jungkook baru selesai mandi. Ada sahaja sesuatu di fikirannya.

Hari inilah hari ulangtahun perkahwinan (yn) dan Jungkook yg pertama. 1 tahun sudah berkahwin. (yn) mula memikirkan sesuatu .(yn) ingin membuat kejutan kepada Jungkook. (yn) segera mengambil sehelai kertas untuk menulis sesuatu.

(yn) masuk ke dalam bilik Jungkook dan meletakkan kertas itu di atas meja. Jungkook masih mandi. (yn) segera bersembunyi di dalam almari. Memandangkan badan(yn) yg kecil, senang sahaja (yn) bersembunyi di dalam almari itu.

Selepas beberapa minit, Jungkook keluar dengan tuala di lehernya. Sungguh seksi,tapi (yn) cuba untuk menahan tahap byuntae (yn) tuh. Di dalam hatinya, mahu sahaja dia keluar dari almari ini dan pergi memeluk Jungkook yg kelihatan amat seksi itu. (yn) menekup mulut supaya (yn) tak keluarkan apa-apa bunyi.

Jungkook menghampiri katilnya. Matanya kemudian menangkap pada sekeping surat di atas meja. Dia terus menggapai surat itu. Dia baca isi surat itu.

'Ke hadapan Jungkook,
Saya mintak maaf sangat-sangat. Saya pergi tanpa beritahu awak. Saya dah tahu semuanya. Awak curang dengan perempuan lain. Terima kasih kerana dah kahwini saya.'

Jungkook tersenyum sinis tatkala membaca surat itu. Tiada riak sedih langsung. Dia terus bangun dari katil dan melompat gembira.
Jungkook: Yes, akhirnya aku dah bebas!!!

Jungkook terus bangun dan menuju ke meja mekap. Dia ambil telefon bimbitnya yg diletakkan di meja mekap itu. Dia kemudian mendail no. seseorang. Mukanya masih lagi tersenyum gembira. Selepas beberapa
saat, Jungkook mula bercakap.

Jungkook: Halla, sayang? Oh, berita baik sayangku... Sekarang ni, perempuan bodoh tu dah tahu semuanya. Bagus kan? Senanglah kita... Tak payah nak berlakon. I pun dan muak tengok muka dia... Geli tau berlakon romantik dengan dia. Kalau dengan sayang tak apalah... Btw jom kita keluar... Nanti I ambik sayang.

Selepas itu Jungkook mematikan talian. Dia kemudian bangun dan memakai baju yg cantik dan kemas. Dia memakai minyak wangi yg diberikan oleh (yn). Dia kemudian terus keluar dari rumahnya.

(yn) yg mendengar segala-galanya perlaha-lahan keluar dari almari itu. Air mata tak henti-henti mengalir dari tubir mata (yn). Jungkook hanya berpura-pura? Terasa mahu cabut sahaja jantungnya tatkala itu. Jungkook memang ada perempuan lain? Sampai hati Jungkook.

(yn) segera berlari masuk ke dalam bliknya. Dia capai telefon yg berada di
atas katilnya. Dia mendail no.V. Selepas beberapa saat, terdengar suara V di corong telefon.

(yn): Yeoboseyo?

V: Nae... (yn)-ah wae?

(yn): Hikhik.. Amek aq kt umah....

Selepas selesai bercakap dengan V, (yn) mematikan panggilan telefon. Dia kemudian bangun dan menuju ke arah almari. Dia memakai baju yg selesa dan bersiap. Selepas beberapa ketika, terdengar bunyi hon kereta. (yn) bergegas turun dan menuju keluar.

//DI DALAM KERETA V//
(yn) masuk ke dalam kereta mewah V itu. Mukanya masih lagi masam. Tidak seperti biasa. Ceria selalu. V melihat ke arahnya. Tak berani hendak bertanya. Kereta mewah V kemudian perlahan-lahan melunsur pergi dari perkarangan rumah Jungkook dan (yn).

V memandu keretanya ke suatu tempat. Tempat itu agak sunyi. Kelihatan seperti pantai pun ada. (yn) yg sedari tadi diam mula berasa takut. Dia melihat sekeliling tiada sesiapa. Dia menelan liur.

Matanya mula membulat tatkala V sudah menekan brek. Tangan V kemudian menarik handbreak. (yn) menelan liur. V kelihatan agak berbeza. (yn) mula menggit bibir bawahnya. Takut juga.

(yn): Mana kau bawak aku ni hah?

V hanya tersenyum sinis. Bertambah lagi ketakutan (yn) kepada V. Dengan pantas (yn) membuka pintu dan cuba lari dari V. Dia berlari sekuat hati.

Tiba-tiba, dia terlihat ada cahaya-cahaya. Dia segera berlari ke arah cahaya itu. Matanya terus membulat tatkala sampai di situ. Mulutnya ternganga. Jungkook ada di situ.

Jungkook: Kenapa? Terkejut ke sayangku?

Jungkook menghampiri (yn) yg masih ternganga. Ada sebuah meja. Dan di sekelilingnya ada lilin wangi. Ada banyak bentuk love. (yn) membaca tulisan di papan tanda. 'Happy our 1st Anniversary!'.

(yn) kelu tidak berkata-kata. Jungkook yg datang segera diitolaknya. Air mata perlahan-lahan mengalir di pipi gebu (yn) itu.

(yn): Hikhik.. Awak jahat... Awak pura-pura... Awak curang...

Jungkook: Hahaha... Alolo dia ni...

(yn): Apa awak ni!

Jungkook: Kalau awak nak tahu itu semuanya tipu.. Sebenarnya masa saya baca surat tuh, saya nampak kaki awak dekat almari tuh... So, saya pura-puralah... Tak sangka awak percaya...

(yn): Ha? Awak mainkan saya lah ni?

Jungkook: Hahaha... A'a... Awak ingat saya tertipu dengan awak.. Awak yg kena... Hahaha...

(yn): Ta...Tapi awak.. Tadi V.. Saya takut...

Jungkook: Oh, V... Dia pun sebahagian dari rancangan gak... Saya tahu
kalau awak ada masalah mesti awak cari V kan.. So saya suruh V hantar awak kat sini.. And begitulah...

(yn) mengalirkan air mata terharu. Tak sangka Jungkook begitu romantik. Dia tersenyum gembira.

Jungkook: Sayangku, awak sahaja yg saya sayang sampai bila-bila... Happy anniversary sayang...

(yn) terus memeluk Jungkook dengan erat. Jungkook juga membalas pelukan itu. (yn) sungguh terharu dengan apa yg dilakukan oleh Jungkook. Tak sangka dia sangat romantik.

Selepas itu, (yn) dan Jungkook melepaskan pelukan. Jungkook terus mencium bibir (yn) tanda dia sayang. Mereka kelihatan sangat comel... Jungkook dan (yn) kemudiannya menyambut ulangtahun perkahwinan mereka dengan romantik.

Candle light dinner.. Wa... (yn) hanya tersenyum dengan tingkah laku Jungkook. Anniversary yg sangat wow... Hahaha...
THE END

[Completed] (Oneshoot) Hahaha, U R My LoveWhere stories live. Discover now