Y.A.M.O.B 8

218 22 1
                                    

Selepas selesai makan sarapan. Aku merehatkan badanku sekejap dalam beberapa minit.

dan selepas beberapa minit aku merehatkan diri selepas makan tadi aku pun mula berdiri dari sofa yang selama ini aku duduki.

"Kau nak pergi mana?" Katanya tiba-tiba apabila aku ingin keluar dari bilik ini.

"Bukan urusan kau." Jawabku.

"Siapa kata bukan urusan aku? Aku sebagai butler kau terpaksa tahu k" katanya memberitahuku mengenai tugasnya.

"Siapa suruh jadi butler aku." Kataku dengan suaraku yang lantang ini.

Dia yang ingin berkata sesuatu ku endahkan dan terus ke mengatur langkahku untuk berjumpa dengan daddy kesayanganku.

Dia pula terpaksa ikut kemana sahaja yang aku pergi. Senang cerita, dimana ada aku disitu ada dia lah.

Sampai ke depan pintu dimana ruang utama untuk aku berjumpa dengan daddy.

Di situ terdapat dua orang pengawal yang sedang berugas dan apabila dua orang itu melihat kehadiranku di sana.

dengan segera mereka membuka pintu utama itu.

Setelah pintu gerbang yang besar itu dibuka, barulah aku masuk ke dalam. Di dalam pula terdapat dua orang juga yang menjaga dan mengawasi pintu tersebut.

Aku pula hanya berjalan lurus ke arah daddy ku yang tengah duduk di atas sebuah kerusi raja bersama dengan pertadbir negara yang lain bersamanya.

Semua orang yang berada di situ keluar dari ruang ini apabila daddy menyuruh mereka keluar sejurus apabila daddy melihatku.

Jadi tinggallah kami berdua di dalam ruang ini. Si dia pula setia berdiri macam tugu negara yang menunggu ku keluar dari bilik ini.

"Ada apa Am nak cari daddy ni?" Daddy membuka perbicaraan diantara aku dan daddy dengan satu pertanyaan yang agak mudah.

"Ummm, pasal butler ni kan daddy. Perlu kah dia ikut Am kemana saja yang Am pergi." Tanyaku pula.

"Memang perlu sangat. Kemana-mana sahaja Am pergi dia mesti ikut dan tahu lepastu dia kena report kat daddy." Kata daddy.

"Huh?! report?" Suaraku bertukar kepada suara terkejut dan secara automatiknya tertinggikan suaraku kepada daddy.

"Yup. Dia terpaksa report apa yang berlaku kepada Am kepada daddy. Macam pagi tadi." Kata daddy lagi dengan senyuman yang diberikan kepadaku.

"Macam pagi ta..di?" Tanyaku.

Aku pun tertelan air liurku sendiri apabila rasa gementar menguasai diriku dan cuba untuk mengawal gelisahku dihadapan daddy.

'Alamak.... Tak kan lah.. hrmm~' Terasa nak nangis sahaja sekarang ni.

"Am tahu kan kesalahan am pagi tadi?" Soal daddy.

Aku hanya menundukkan kepalaku tetapi dari perbuatan ku itu juga daddy sudah tahu jawapannya.

"Am buat apa pergi sana sorang-sorang? Bahaya tau. Lepas ni jangan pergi sana lagi k." Kata daddy menasihatiku.

"Ermm" Jawabku singkat sambil menganggukkan kepalaku ke atas dan ke bawah untuk beberapa kali.

"Daddy? Siapa eh nama dia tu?" Soalku tiba-tiba apabila aku teringat beberapa soalan yang hendak diajukan kepada daddy.

"Kenapa tak tanya dengan dia sendiri?" Soal daddy.

'Daddy ni pun, agak-agaklah kalau aku nak tanya dia. Habis hilang reputasi aku depan dia.' Rungutku sendiri.

"am lupa lah daddy" Jawapan selamat daripada aku.

"Tiada masa" Tambahku lagi.

"Ada-ada sahaja am ni" Kata daddy.

dan aku hanya tersenyum sendiri dengan jawapan itu..

"Nama dia Henry. Umur 24. Kerja sebagai butler am and status single." Jawab daddy dengan menekankan ayat statusnya itu sambil tersenyum seorang diri.

"Am tanya namanya je pun yang daddy jawab soalan yang tak ada kena-mengena buat apa." Kataku pada daddy.

"Alaa, manalah tahu Am nak tahu kan?" Jawab daddy dengan mudah sahaja.

"Tiada masa am nak tahu pasal dia. umm k lah.. kalau macam tu am keluar dulu, am tak nak kacau daddy lagi. Kan daddy busy." Kataku buat kali terakhirnya lalu aku bergerak menuju ke arah pintu gerbang yang besar itu.


♚♔♚♔♚♔♚♔♚♔♚♔♚♔

Hi u allz.. memandangkn cuti bnyk lah sikit yg sya update..mybe klau ada mood sya tulis..sya akn update awal bbrapa hri dri yg sblumnya...hahaa XD

ok then..keep reading my story..
#vote
#comment

♔happy_go_lucky99♔

You Are My Only ButlerTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang