Y.A.M.O.B 4

387 29 1
                                    

Dalam beberapa jam atau minit. Aku mula tersedar dari bangunku. Aku yang masih dalam keadaan separuh sedar itu memerhatikan sekelilingku.

'Aw~ sakitnya kepalaku ni.. Eh? Aku di mana ni' Fikirku dengan kepalaku yang masih sakit. Aku masih tak tahu apa yang berlaku tetapi setelah beberapa minit, barulah aku teringat semula kejadian tadi.

Bila aku perhatikan betul-betul, aku kini terbaring di atas rumput dan berada di dalam hutan yang berada jauh dari kerajaanku.

dan aku terdengar ada bunyi bising di sekelilingku ini dan mencari dari mana bunyi tersebut.

Akhirnya, aku terlihat apa yang menyebabkan bunyi tersebut. Terdapat dua orang yang sedang bertarung. Aku yang masih dalam keadaan yang sangat lemah, tidak dapat berbuat apa-apa dan sukar untuk menggerakkan tubuhku ini.

Bilaku melihat dua orang yang sedang bertarung itu, aku baru teringat. 'Dia yang culik aku kan? Aku pasti tentang tu. Tapi, siapa orang yang bertarung dengan si penculik tu?' bisik hatiku.

'Tak kesahlah, yang penting aku harap dia selamatkan aku' Bisik hatiku lagi.

Setelah lama mereka bertarung akhirnya orang yang aku tidak kenali itu menang dengan menghalakan tangannya tepat pada jantungnya dan mengeluarkan laser merah dari tangannya itu. Akhirnya si penculik itu tadi rebah ke tanah.

Lalu, dia datang menuju ke arah ku. Tanpa berkata apa-apa, dia hanya mengangkatku dengan cara bridal style.

Dia melompat tinggi ke atas pokok yang tinggi untuk mencari arah pulang ke kerajaan ku.. Semasa berada di atas pokok ini, aku sempat melihat wajahnya dengan bantuan cahaya bulan. Aku meneliti setiap inci wajahnya. hehe.

'Wow, boleh tahan juga dia ni.' Kataku sendiri. Setelah dia mendapatkan hala tuju yang ingin dicari, akhirnya memulakan langkahnya. Dia melompat dari pokok ini dan .....

'Eh!? Dia boleh terbang juga' Terkejutku dibuatnya. Tak sangkah yang dia boleh terbang.
Setahu aku, memang sukar untuk seseorang itu mempuanyai kuasa terbang ni. Siapa dia?

'pape je lah' kataku sendiri. Dalam beberapa minit, aku telah masuk ke dunia ku sendiri. Langsung tidak tahu apa kejadian yang berlaku selepas itu.

♀♂♀♂♀♂♀♂

Aku bangun dari tidurku. Lalu sekali lagi aku memerhatikan sekelilingku. Aku kini berada di dalam bilikku sendiri.

Tiba-tiba daddy masuk ke bilikku. "Amy ok tak?" Tanya daddyku.

"hrmm" Jawabku ringkas.

"Macam mana Amy boleh kena culik? Kenapa tak guna kuasa Amy?" Soal daddy lagi.

"Entah, lagipun ni salah kuasa Amy lah. Kuasa Amy tak nak keluar, biasanya akan keluar tapi kali ni tak nak keluar." Jawabku lagi.

"Nasib baik ada yang nak selamatkan Amy, kalau tak, memang nangislah Amy kat sana." Kata daddyku.

"Ah! cakap tentang orang yang selamatkan Amy tu, daddy kenal tak siapa orang tu? di mana dia sekarang?" Soalku. Aku mahu tahu juga siapa yang selamatkan aku dari orang yang menculikku itu.

"Kenapa nak tahu sangat fasal dia ni? Takpa, Amy simpanlah dulu soalan Amy tu. sebelum tu daddy nak kenalkan Amy dengan satu orang ni. Lepas ni, tanyalah puas-puas." Kata daddyku.

"Masuk!" Arah daddy ku kepada seseorang dan akhirnya pintu itu terbuka sedikit demi sedikit. Setelah buka sepenuhnya dia masuk ke bilikku ini.

'Dia!' hampir sahaja aku mengelurkan secara terang. Buat malu aku je kalau buat macam tu.

"Amy tahu sudah kan dia yang selamatkan Amy tempoh hari?" Kata daddyku.

"ya" Jawabku sambil mengangguk perlahan kepalaku.

"Tapi Amy tahu tak, yang dia ialah butler Amy?" Kata daddyku lagi.

"Huh! Dia?! Dia butler Amy" Kataku dengan nada yang memang terkejut sambil jari telunjukku menghala kepadanya dan aku yang tadinya bersandar di katiku secara tiba-tiba terduduk tegak apabila daddy beritahuku dialah butler aku.

"Yalah, kan Amy kena ada butler, jadi daddy dah pilihkan Amy butler yang sesuai untuk Amy." Kata daddyku lagi.

"Tap..." Aku terberhenti apabila daddy memotong ayat ku.

"Takde tapi-tapi, daddy tak nak lagi kejadian tempoh hari terulang." Tegas daddyku.

Aku terdiam. 'betul juga apa daddy cakap tu' kataku sendiri. hrmm~' fikirku.

♚♔♚♔♚♔♚♔♚♔♚♔♚♔

just enjoy the story... :)

♔happy_go_lucky♔

You Are My Only ButlerWhere stories live. Discover now