Mila menghembus nafasnya yang dia tidak sedar dia menghela,"Faris,jujur kata,yes. You've hurt me bad. But I've also learned a lesson. Saya tidak akan menafikan lagi. Telah tiba masanya untuk saya berterus terang dengan awak.Biarlah kata-kata yang saya ingin luahkan,diluahkan juga pada malam ini. Let's have a closure." katanya.


"Memang saya suka awak tidak lama selepas kita menjadi pengawas. Saya merahsiakan perasaan saya kerana saya tahu tak mungkin awak suka saya. Saya tahu,saya tidak layak untuk berasa sedih dan cemburu. Namun,kadang kala,saya berharap kita boleh menjadi lebih daripada seorang kawan." Setitis air mata telah alir. Mila cepat-cepat mengesatnya memakai lengan baju kurungnya.


"Saya sedar jodoh itu bukan milik kita. Sudah ternyata di Luh Mahfuz. Faris,sebenarnya,sebahagian daripada hati saya berharap. Berharap awak telah jujur dengan saya sejak dahulu. Tetapi,saya tidak tahu jika saya tabah untuk menghadapi semua itu tanpa Raimi. Selepas saya sedar daripada koma saya,saya membaca inbox awak kat Facebook." katanya. Kali ini matanya bertentangan dengan Faris.


"Pada waktu itu,hati saya amat sakit. Juga amat terkejut. Tak sangka,lekas awak bertunang dengan orang lain selepas panggilan telefon kita yang awak masih tidak dapat lupakan Zahayu. Tapi,saya redha,Faris. Saya tahu semua ini rancangan Allah. Saya tahu,soal cinta ini,soal hati,tidak dapat dikawal. Then,melalui DP awak,saya nampak awak gembira dengan Shaheera. Trust me. Saya turut berasa gembira untuk awak."


"Raimi telah banyak menolong saya. Dia juga yang menyelamatkan saya. Saya membuat keputusan untuk bernikah dengan dia. Agar cinta saya untuk dia,dipupuk selepas nikah. I know a part of me will still care for you. Tapi percayalah kata-kata saya. Saya amat mencintai Raimi. Mungkin,awak akan kata mustahil. Saya dan Raimi bukanlah berkahwin lama sangat. Tetapi,layanan dia terhadap saya membuat saya jatuh cinta dengannya dengan pantas." senyuman kecil diberikan kepada Faris.


"Love is not measured by time. People could be together for two years and yet, are still not in love whereas people could be together for only two weeks and fall in love with each other. Untuk mengakhiri luahan saya,sudah lama saya memaafkan awak,Faris. Saya juga ingin berterima kasih kepada awak." 


Sepanjang kata-kata Mila,Faris hanya menundukkan kepalanya. Kadang kala dia akan bertentangan mata dengan Mila. Dia benar-benar mendengar segala yang keluar daripada mulut Mila. 


"Hmm,I don't really know what to say. Tapi,saya harap persahabatan kita tak akan terjejas,Mila. Terima kasih kerana berada di sisi saya selama ini. Once again,saya minta maaf lagi. Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan kepada korang... Saya akan doakan kebahagiaan awak dengan Raimi hingga hujung hayat korang ." 


Bibir Mila mengukir senyuman,"It's nice to have a closure,Faris.Dengan perbualan ini,bab ini dalam hidup saya telah selesai. Saya juga akan doakan kebahagiaan awak dengan Shaheera. Saya harap dia layan awak dengan baik." kata Mila. Dia berasa sangat lega kerana mampu meluahkan segalanya. 


-


"Zaraa,kenapa termenung tu?" soal Raimi. Dia terbangun daripada tidurnya dan sedar Mila tiada disisinya.


"Abang! Terkejut Zaraa." Tangan diletakkan di atas jantung sambil memandang Raimi.


Raimi meletakkan dagunya di atas kepala Mila,tangannya pula memeluk Mila,"Apa yang Zaraa fikirkan sehingga inda dapat tidur?"


"Perbualan Zaraa dengan Faris tadi." jawabnya. Salah satu rahsia supaya rumah tangga bahagia ialah sentiasa jujur. 


Wajah Raimi berubah muram. Raimi betul-betul berharap Mila tidak ada perasaan dekat Faris lagi. Mila menceritakan Raimi tentang perbualaannya kecuali bahagian yang dia mengaku kepada Faris yang dia sudah cintakan Raimi. Biarlah dia mengungkap perkara itu nanti. Raimi hanya menjadi pendengar setia. Sekali sekala dia akan mengangguk.


"Dia akan mendoakan kebahagiaan kita,abang. Kita juga doakan terbaik untuk mereka,bukan sahaja mereka tetapi umat-umat Islam yang lain juga." Mila mengakhiri ceritanya. 


Raimi duduk bertentangan dengan sofa dan menyandar arah jendela lalu memandang Mila. Sinaran bulan pada malam itu menerangi bilik hotel mereka yang agak gelap. Kedua belah tangan Mila digenggam dan satu kucupan mendarat di dahi Mila.


"Abang,ingat tak,Zaraa masih tinggal satu soalan?" soalnya. Agaknya,waktu ini amat sesuai.


Raimi mengangguk,"Baiklah. Abang,Zaraa nak tanya abang sesuatu. Abang nak tahu tak perasaan Zaraa terhadap abang?" soal Mila.


Genggaman dikuatkan oleh Raimi lalu dia mengangguk. Dia berasa gelisah untuk mendengar jawapan Mila. Dengan izin Allah,dia ingin rumahtangga yang baru dibina kekal hingga Jannah. 


Mila mempamerkan senyum yang amat manis,"Saya,Zaraa Camilla binti Dato Ibrahim telah pun jatuh cinta dengan abang,Pengiran Raimi Arshad bin Pengiran Ahmad Zafri. Secara ringkas,Zaraa amat mencintai abang. Bukan Faris Zakaria lagi. Tetapi Raimi Arshad. Dan kekal Raimi Arshad." Akhirnya Mila mengungkapnya juga. 


Selepas Raimi mendengar kata-kata Zaraa,senyuman yang lebar terus dikoyak oleh bibir,"Raimi Arshad amat mencintai Zaraa Camilla juga." Kalimah Alhamdulillah diucapkan oleh Raimi berkali-kali dalam hati. Tanpa Raimi sedari,terdapat setitis air mata yang mengalir.


Mila memeluk Raimi. Pelukan tersebut dieratkan lagi oleh Raimi. Biarlah malam menjadi saksi atas segalanya.


-


NOTE


Bab ini merupakan bab terakhir CSUA. Huhu,tak sanggup pula meninggalkan cerita ni. :{ Tinggal satu epilog je dan cerita ini dh habis :')


Apa apa pun,terima kasih atas segala sokongan korang! <3 Sy benar-benar menghargai :). 


Jika korang ada sebarang soalan,bolehlah tanya sy :)










Cinta Saya Untuk AwakWhere stories live. Discover now