Prolog 2

121 1 0
                                    

Pintu tiba-tiba dibuka. Mereka seraya berpaling ke arah pintu. Dr. Jannah dan Inspektor Taufiq tersenyum. Detektif Suhaimi terlopong. Sosok itu kelihatan segak dalam persalinan celoreng tentera. Tubuhnya sasa, dan memakai kaca mata merah Ray Ban Wayfarer. Yang penting, sosok yang baru masuk itu sangat dikenalinya!

'Welcome back, Kyle,' Inspektor Taufiq memeluk Kyle dengan penuh rasa hormat.

'Dah 7 tahun saya guna nama sebenar saya, Nik Fikri. But then, Kyle is back,'

Detektif Suhaimi berasa kagum dengan pertemuan tersebut. Tak pernah dia sangka Kyle akan kembali, kali ini betul-betul berada di depannya.

'I need an explanation, I guess,' Detektif Suhaimi bertanya.

Inspektor Taufiq tersenyum.

'Saya kenal benar dengan Kyle; bekas seorang anggota komando VAT 69 yang gagah berani, tetapi panas baran. Dulu dia pernah terlibat dengan operasi pemutihan lanun yang mengganas di perairan berhampiran Tok Bali sekali dengan saya dan Dr. Jannah tetapi mengalami kecederaan serius pada kedua-dua belah mata akibat terkena tembakan volt.

Kesannya, lensa matanya melecur teruk. Hasil perbincangan pihak atasan, satu pembedahan sulit diketuai oleh Dr Jannah terpaksa dilakukan. Lensa matanya terpaksa digantikan dengan lensa yang baru yang dicipta hasil inovasi teknologi ketenteraan, lebih tahan lasak dan dikatakan mampu melihat menembusi sebarang halangan legap pada jarak hampir 2 kilometer jika pemiliknya menggunakan daya fokus yang tinggi. Dan saya 100% yakin dengan kelebihan lensa tersebut sejurus selepas melihat kecekapan Kyle menumpaskan serangan tebuan jahat, 7 tahun lampau. Namun selepas itu, Kyle gagal dikesan. Missing in action. Tak sangka kini, Kyle 'lahir' kembali. Maafkan saya Su kerana tak cerita hal ini dari dahulu lagi. Saya terpaksa rahsiakan perkara ini atas faktor keselamatan. You knows, tak siapa tahu saya ni sebenarnya seorang professor,' Sempat Inspektor Taufiq berseloroh.

Tiba-tiba, muka Jannah merah padam. Dahinya berkerut. Dia dapat mengesan sesuatu yang buruk sedang berlaku.

'Janne, kenapa?' tanya Kyle.

'Wad 1 Berlian. Wad bersalin. Ada sesuatu yang buruk berlaku!'

'Nirrajim!' Kyle marah. Mukanya habis merah padam. Tangannya dikepal-kepal sehingga timbul urat-urat jantan di lengan.

'Better we go now, sayang. Makhluk terkutuk ini ada agenda lain selain rompakan biasa,' Jannah bergegas menukar pakaian. Tak lama kemudian dia kembali dengan sut putih yang dari tadi tersangkut. Huruf 'J' besar kelihatan di dada sut. Rambutnya dilepaskan ke sisi. Nampak jelita.

'Prof, please go to my place, take Aiman and bring him to the safehouse. Parent I ada bersama. Bring them along. Nah, ini kunci safehouse. Passcode macam biasa. And you, Su, jaga mereka baik-baik. No police around,' Jannah memberi kunci berbentuk kad untuk di swap semasa tiba di safehouse nanti. Inspektor Taufiq sekadar mengangguk. Begitu juga dengan Detektif Suhaimi. Mereka bergegas pergi meninggalkan tempat tersebut.

Keadaan di luar hospital hiruk-pikuk. Masing-masing anda dengan apa yang baru terjadi. Alat penggera berbunyi. Para doktor serta jururawat masing-masing sibuk membantu pesakit untuk segera keluar meninggalkan bangunan hospital, walaupun mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Kyle memandang Jannah, dan Jannah turut memandang Kyle. Dan mereka saling berbalas ciuman.

'Ich liebe dich (saya cinta awak),' Ucap Jannah, penuh bermakna.

'Jom sayang, bandar ini perlukan kita,' Kyle bingkas memimpin tangan isterinya untuk ke tempat serangan. Mereka perlu berganding bahu, kerana mereka tahu Kubang Kerian kembali bergolak; dan mereka perlu hadir pada waktu yang tepat.

Kyle is back!

JarumOnde histórias criam vida. Descubra agora