Usya kau sepanjang waktu

542 21 0
                                    

"RO!! Jom gerak surau jom." Wana da sedia tunggu depan pintu bilik aku.

"Ayuh kita mbak!!" Sahut ku.

"Cepat tan si dong!! Udah lama aku nungguin kamu."

"Bentar buk.!!" Kataku sambil buat muka minta penampar first class punya.

Malam ini ada perjumpaan dengan warden kat surau.Islam jer.Solat jemaah semua.

Aku tengok kakak-kakak tengah beratur nak buat apa ntah.Zuzu pun ajak aku beratur ambik attendance.

Kena jumpa bertiga-tiga dan tiga-tiga mesti satu bilik.

Warden ni dok usya je budak pompuan pakai pakaian sopan ke tak.Zuzu dengan Alia dah pakai baju yang berkain dah sebab warden ni nak perempuan pakai baju macam hari raya punya baju.

Dan aku...allergic dengan baju kurung dan seangkatnnya memang taklah nak pakai kain-kain ni semua.

Aku pakai tracksuit jer dengan selipar jamban aku. Warden ni pandang je aku dengan pandangan pelik.Eh menyirap pulak aku!!

"Baju raya mana??"tanya warden nih.Muka pun macam muka gatal jer.

"Takde.Saya dah bawak balik rumah."jawab ku selamba badak. Jangan cakap aku keturunan badak air okay??

"Haishhh...kamu nih.Cuba pakai baju kurung." Aku buat muka tempe je bila dengar dia cakap.sukati aku lah.

Hmmm..dia pun tanda kedatangan.Dan dia tanya, lagi

"Sapa Hana Rose??"

"Saya encik." Jawabku selamba.

"Nak duduk Bukit Naga ker??" Peh dia nih.Aku rasa dia usya kedatangan aku yang takde dua minggu lepas.Dua minggu lepas okay???

Minggu lepas aku dah bagitahu kan yang aku tatau camne nak ambik attendannce.Hish dia nih.Nak jugak ungkit cerita minggu lepas.

Tampar jugak pakcik ni kang.Mintak kaki betul.Dah lama hidup ker???!!!

Aku menyirap betul.Last-last aku pandang jer guard lalu lalang naik motor.Bukanlah guard tuh hensem sebenarnya.Tapi aku ni rasa nak bunuh je orang depan mata ku nih.

Dan kitorang pun blah lepas dia habis membebel apa ntah.

Ceramah agama sedang berlangsung.Dengarkan lah seruan agama itu.

Setelah azan isyak berkumandang,kami pun solat isyak berjemaah dan diteruskan dengan kebosanan abadi tahap dewa 19.Iaitu perjumpaan warden!!

Tapi ni warden lain.Bukan yang mintak kena bunuh tadi. Tapi bosan tetap bosan dowh.Anti betullah kena bebel nih.

Aku usya je pelajar-pelajar kat sini.Yang pompuan aku tengok ada yang dah berborak sesama seendiri.Ada yang bermain phone dan ada yang tidur.Contohnya,Zuzu yang kat sebelah aku nih.Baik punya lentok.

Aku tengok pulak pelajar lain dan entah kenapa aku rasa macam nak pandang satu tempat.Lalu aku terus je pandang.

'Weyh hati,amende yang ko nak aku tengok??' Kata mata kepada hati.

'Tengok je lah arah sini.Aku nak tahu amende yang aku rasa nih.' Balas hati pula.

Dan mata aku terpandang satu susuk tubuh yang macam kenal jer.Aku pandang rambut dia.
Okay aku rasa macam kenal jer rambut tuh.

Tangannya sedang menyelak rambutnya yang smart ke belakang.Rambut itu mengganggu pandangannya mungkin? Atau memang tabiatnya macam tuh.

'Owh..mamat tuh' kata otak ku.

'Hah...siapa tuh??siapa tuh??' Tanya si mata dan si hati.

'Lahh takkan korang tatau apa yang si Hana ni rasa dan selalu pandang??' Tanya otak semula.

'Amende yang dia selalu...owh mamat tuh..'kata si hati.

'Sape dowh???' Mata kian putus asa mengingat kembali memori si Hana Rose ini.Bukan kerja dia pun nak ingat memori Hana.

'Haishhh..Fairytale lah!!!' Kata si otak yang makin bengang dengan mata.

'Owh..yang hensem tuh ker??'

'Yelah mata.Fairytale.'

Maka si otak,mata dan hati hanya memerhati saja Fairytale yang sedang berbual dengan kawannya.

Tangan dan kaki aku diam je tak berkutik memandangkan hati dan otak bekerjasama untuk menyertai aku usya Fairytale di sepanjang waktu perjumpaan nih.

'Hana,kami bahagia dengan apa yang awak rasa sekarang.' Kata hati.Dan otak pula mengangguk tanda setuju.Mata pula dari tadi berkhayal.Setann betul!!

Putera FairytaleWhere stories live. Discover now