Ya A Aw!

2.2K 71 5
                                    

Dua orang ini, Malique dan Joe Flizzow bakal membawa hip hop ke satu tanda aras yang baru di Malaysia.

Apabila kita bercakap tentang proto-hiphop di Malaysia, secara mainstream mesti orang sebut KRU. Itulah yang paling hiphop pada awal 90an dulu. Tetapi ada ramai lagi hoppers pada zaman itu, yang bergerak secara underground, sebelum Positive Tone menerbitkan album dari kumpulan Poetic Ammo.

Boleh dikatakan scene mainstream hiphop di Malaysia ini dimulakan Poetic Ammo, tapi hiphop masih lagi belum menjengah radio ERA pada masa itu.

Apabila dua orang dari Johor Bahru ini datang dengan lagu "Freak To The Beat", atau dikenali oleh orang Melayu sebagai "Anak Ayam", yang kebetulan kebangkitan hiphop dalam arena mainstream diteraju oleh Eminem, menyebabkan kumpulan Too Phat ini mulai popular pada sekitar 2000 dan 2001.

Kebangkitan Too Phat yang masuk dalam radio ERA, radio paling utama dalam hidup orang Melayu pada masa itu menyebabkan bila balik kampung pada raya 2001, dah ada dah orang kampung dah pakai seluar baggy. Gelanggang sepak takraw kini menjadi target golongan b-boyz menari break dance, di kampung dan pinggir bandar.

Muzik hiphop mula diterima oleh orang Melayu.

Dengan menggunakan sample lagu Sharifah Aini dan lagu iklan Arab Malaysian punya bank (yang aku tak ingat siapa penyanyi asal), hiphop party menjadi alternatif kepada gig underground circa 2001.

Seperti yang aku pernah tulis dalam artikel Seluar Baggy sebelum ini, Eminem memecahkan tembok halangan bahawa hiphop ini eksklusif untuk kulit hitam (yang Beastie Boys mulakan dulu), Too Phat pula membawa kaum Melayu mula menikmati muzik ini.

Selepas Too Phat, kumpulan hiphop mula tumbuh bagai cendawan. Phlowtron, Teh Tarik Crewz, dan Ruffedge (yang ni acah-acah, tapi ramai juga peminat dia) mula namanya meniti di bibir orang Melayu.

Timbul persaingan antara budak underground dengan hoppers dalam mencari awek-awek, dan akhirnya hoppers mendahului dan memenangi genre mainstream muzik tanah air dalam kebosanan scene New Boyz atau Siti Nurhaliza.

Maka, yang dulu layan New Boyz pun beralih arah ke Too Phat dan mengaku dah minat Tupac dan Notorious BIG sejak lahir.

Sebelum album Plan B meletup bagai pisang panas masa tahun 2001, album whatthadilly sudah muncul pada tahun 2000.

Namun dengan kewujudan CD cetak rompak yang begitu rancak perniagaan pada ketika itu, kedua-dua album itu mula mendapat sambutan hangat.

Album Plan B mencapai 45,000 unit penjualan, walaupun aku percaya ia lebih banyak dari itu jika dikira penjualan album cetak rompak.

Kebangkitan scene CD pada lewat 90an menggantikan kaset menyebabkan orang pada masa ini lebih gemar guna CD, kerana ada satu software bernama Nero yang boleh burn CD dengan mudah.

Cari mp3 di dalam Internet, kemudian download dalam Winamp, kemudian jika mahu mendengarnya dalam Discman, cuma burn sahaja CD kosong yang dijual berlambak di kedai.

Kebangkitan binatang bernama CD ini membunuh dua benda lain, kaset dan floppy disc, yang dikenali oleh orang Melayu sebagai disket.

Generasi millennials yang belajar buat mixtape dari generasi sebelumnya, mula mengaplikasi teknologi Nero ini sebagai satu trend baru pada ketika itu.

Bak kata Joe Flizzow: kita jadikan hiphop satu kerjaya, kerana ketika itu semasa lagu Freak To The Beat ini dibuat, tiada siapa fikir Melayu akan layan hiphop. Ingat lagu lentok cintan cintun je boleh layan.

Tapi favourite hiphop band Malaysia aku masih lagi Poetic Ammo. Sorry...

2000sWhere stories live. Discover now