Counter-Strike

4.3K 151 20
                                    

"Go go go!"

Bunyi bising di cybercafe dengan bunyi letupan bom dan tembakan sangat kuat sampai bunyinya keluar di luar CC. Ketika itu, beberapa budak yang pakai baju sekolah sedang masuk ke kedai game yang juga berada di dalam cybercafe itu berniat untuk main game SmackDown!, game wrestling yang popular. Budak sekolah itu kemudian terus membatalkan niat untuk bermain SmackDown dan terus bermain game Counter-Strike.

Permainan dia senang. Dua team, terrorist dan counter terrorist bertembak sampai team mana habis dulu. Ada yang kena pasang C4 (sebelum kes Altantuya lagi budak-budak dah tahu kewujudan bom ni) dan selalunya C4 ini dicampak saja, tak digunakan sebab 'tak thrill'.

Perlawanan ini ada beberapa map seperti de_dust atau cs_assault, dan ada beberapa senjata-senjata seperti semi-auto, sniper dan machine gun yang ada berapa ratus peluru.

Game ini sungguh popular sampai pada waktu itu, ada tournament yang dibuat sendiri oleh pemilik cybercafe dengan menawarkan hadiah berupa wang tunai atau barang-barang komputer kepada pemenang tournament.

Setahun sebelum 2000, ada suatu peristiwa yang berlaku di Amerika Syarikat yang amat menggemparkan berita-berita di dunia pada tahun itu.

Eric Harris dan Dylan Klebold telah membunuh budak-budak sekolahnya serta membunuh diri di Sekolah Tinggi Columbine, pada 20 April, 1999.

Setahun kemudian, Eric dan Dylan masih lagi menjadi lagenda kerana behaviour yang anti sekolah, anti sosial yang menjadi buah mulut orang tentang Columbine, sambil bermain Counter-Strike.

"Fire in the hole!"

Bunyi kuat itu tanda seseorang sedang membaling bom. Dan ramai yang cukup jaki dengan sniper yang suka menembak curi dari jauh. Ada cacian dan makian selepas diri ditembak oleh musuh dari jauh.

Tetapi di sebalik permainan ini yang sangat popular pada tahun 2000 ini, Counter-Strike yang sebenar berlaku di pinggir kampung di sebuah daerah di utara Perak.

Pada 2 Julai, 2000, Al-Maunah nekad menceroboh sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh, dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, negeri Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Pada awal pagi 2 Julai 2000, 20 ahli kumpulan Al-Maunah menaiki tiga kenderaan Pajero dan bergerak ke Pos 2 Kem Kuala Rhui pada jam 2.50 pagi dan kemudian ke Kem Bn 304 Rejimen Askar Wataniah pada jam 4.15 pagi.

Mereka berkata kepada pegawai kem tersebut dengan alasan ingin mengadakan pemeriksaan mengejut, dengan memberitahu ingin membuat pemeriksaan kecemasan ke atas jumlah semua peluru yang disimpan di dalam kem tersebut.

Atas pelbagai tekanan yang diberi oleh Amin dan orang-orangnya dan diyakinkan oleh kehadiran tiga kenderaan Pajero yang menggunakan nombor pendaftaran tentera yang bermula dengan huruf 'Z', anggota tentera di dua kem tersebut berjaya diperdayakan dengan membawa mereka masuk ke dalam kem tetapi salah satu daripada pelbagai jenis senjata, peluru dan kelengkapan ketenteraan termasuk peralatan komunikasi dan lain-lain setelah membantu kumpulan itu membawa senjata-senjata itu ke dalam tiga unit kenderaan Pajero.

Mereka berjaya melarikan sejumlah besar senjata api dan imunisasi, iaitu 97 laras raifal M16, dua laras raifal Steyr AUG, empat senjata Mesingan Kegunaan Am (GPMG), enam laras mesingan ringan, lima pelancar bom tangan M203, 182 kelopak M16, lapan laras tambahan mesingan kegunaan am, tiga laras tambahan mesingan ringan, 26 bilah pisau benet, 9,095 butir peluru berkaliber 5.56mm dan 60 butir kartus peluru bom tangan berkaliber 40mm.

27 orang ahli tersebut kemudiannya menyembunyikan diri di dalam hutan Bukit Jenalik, Sauk, negeri Perak. Amin mengagih-agihkan semua senjata-senjata yang dilarikan tersebut kepada orang-orangnya untuk dilatih. Bunyi tembakan yang jarang di dengar oleh penduduk kampong hasil daripada tembakan senjata api tersebut telah menarik perhatian polis. Kumpulan tersebut membuat persediaan untuk menjayakan rancangan mereka, termasuk mengumpul bekalan makanan dan membawanya ke dalam pengkalan mereka di Bukit Jenalik.

Bekalan makanan yang diperolehi itu hanya cukup untuk tiga bulan sahaja. Mereka juga turut memperolehi senjata lain seperti parang dan senjata senapang panah untuk menjayakan misi mereka.

Sepasukan polis dihantar mengepung Bukit Jenalik untuk menyekat pergerakan mereka. Sejumlah anggota pasukan keselamatan dihantar untuk menyusup masuk ke dalam perkhemahan Al-Ma'unah. Dua anggota polis iaitu Sarjan Mohd Shah bin Ahmad dan Koperal Detektif Sanghadevan, serta penduduk kampung Jaafar bin Puteh dan seorang anggota komando ATM, Truper Matthews anak Medan, telah dijadikan tebusan oleh Al-Ma'unah.

Dalam radio komunikasi yang digunakan oleh kumpulan itu, mereka memaklumkan bahawa mereka akan menyerang Kuala Lumpur sekiranya tuntutan ke atas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan dalam masa 24 jam tidak dipenuhi.

Pada pagi 5 Julai 2000, seorang anggota Al Ma'unah, Abu Bakar bin Ismail telah ditembak oleh pasukan keselamatan. Sebagai tindak balas, Amin dan rakan-rakannya bertindak membalas tembakan. Semasa tembak-menembak tersebut, Sanghadevan telah ditembak mati.

Kumpulan Al-Ma'unah kemudiannya menyerah diri, dan pemimpin yang dikatakan orang yang mendalangi percubaan untuk "melancarkan pemberontakan menggulingkan Raja".

Dianggarkan tiga orang telah terkorban sebelum kumpulan tersebut menyerah diri. Detektif Koperal R. Sanghadevan daripada Cawangan Khas PDRM dibunuh, sebahagiannya mendakwa beliau terbunuh, semasa pengepungan oleh 59 anggota polis dan tentera. Pengganas militan tersebut turut membunuh seorang anggota komando, Truper Mathew anak Medan dari Grup Gerak Khas ATM, yang mana beliau ditembak mati oleh Jemari Jusoh. Kesemuanya diseksa sebelum dibunuh. Orang ketiga yang terbunuh adalah seorang daripada ahli kumpulan tersebut dimana beliau ditembak mati apabila beliau enggan menyerah diri.

Mohamed Amin turut menghantar rakannya untuk meletupkan kilang minuman keras Anchor dan Carlsberg di Petaling Jaya berhampiran Kuala Lumpur dan kuil Hindu di Batu Caves. Serangan itu menyebabkan hanya kerosakan kecil sahaja. Ahli kumpulan tersebut, Shahidi dan Khairul Anuar, kemudiannya diarahkan untuk meletupkan kilang Carlsberg di pinggir kota Kuala Lumpur dengan senjata pelancar bom tangan yang dirampas daripada kem tentera.

Pada sepanjang bulan Julai tahun itu, dan kemudian Ogos, nama al_maunah dalam nickname Counter-Strike sangat popular, terutamanya kalau mak bapaknya penyokong PAS atau KeADILan yang bencikan kerajaan autokratik Dr Mahathir.

--
Game ini sungguh popular sampai pada waktu itu, ada tournament yang dibuat sendiri oleh pemilik cybercafe dengan menawarkan hadiah berupa wang tunai atau barang-barang komputer kepada pemenang tournament.

--

Ada yang mengatakan apa yang berlaku di Bukit Jenalik itu merupakan satu sandiwara untuk menyelamatkan karier politik Dr. Mahathir. Kebanyakan dari mulut yang bercakap ini datangnya dari mulut pembangkang, penyokong-penyokong Barisan Alternatif, dan ada di kalangan orang yang tidak berpihak pada mana-mana.

Mungkin apa yang berlaku di Bukit Jenalik itu sebenarnya permainan Counter-Strike, versi ahli politik dan cukong berkepentingan, siapa tahu?

Dan pemenangnya akan menerima habuan, seperti menang tournament Counter-Strike di sebuah cybercafe Ah Beng di Cheras.

"Terrorist wins!"

2000sWhere stories live. Discover now