Bab 9

1.6K 57 5
                                    


Perginya cinta dengan izinNya, datangnya cinta dengan kehendakNya.

"Tak nak ambil gambar ke?" Tiba-tiba dia berdiri sebelah aku sambil menghadap pemandangan Lautan Atlantik.

"Cukup-cukuplah. Tak larat nak posing lagi. Kalah orang nak shoot gambar magazine."

Serentak aku dengan dia berpaling ke arah dua sekawan yang tak habis-habis melompat. Yang lagi dua orang tukang tangkap gambar dan membebel. Sebab giliran dia orang tak sudah lagi.

Aku dengan Aidan tergelak kecil. Kecoh!

Lepas tu masing-masing terdiam. Angin yang dingin buat tubuh aku terasa menggigil. Tapi hati belum puas lagi melihat panorama yang indah terbentang luas di depan mata. Bunyi ombak dan deruan angin buat aku tak mahu lepaskan peluang untuk menikmati ciptaan Ilahi ini.

 Bunyi ombak dan deruan angin buat aku tak mahu lepaskan peluang untuk menikmati ciptaan Ilahi ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cliffs of Moher, 120 meter tinggi dari permukaan Lautan Atlantik di Hag's head. Satu tempat yang wajib dilawati bila berada di bumi Ireland. Terletak di County Clare dan mengambil masa lebih kurang satu jam lebih perjalanan dari Galway dengan menaiki kereta.

Salah satu sebab kenapa tempat ni menjadi tarikan pelancong sebab tempat ni pernah jadi lokasi pengambaran filem seperti Harry Potter dan klip video untuk artis popular contohnya, Westlife. Hmm...terkenang Westlife, teringat zaman aku membesar dengan lagu-lagu dia orang. Tak pernah sangka satu hari aku dapat peluang belajar di bumi Eire ni.

Dulu pandai berangan je dan siapa sangka kerana angan-angan tulah aku berada di tahap ni. Tanpa angan-angan impian takkan tercipta. Dan tanpa impian usaha takkan wujud. Jadi tak salah kalau nak berangan asalkan yang baik dan ada usaha untuk menjadikannya satu kenyataan.

"Don't be a stranger, Fi."

Tersentak. Aduh! Jauh kau mengelamun Fi. Entah dari mana pucuk pangkal ayat dia pun aku tak tahu. Tiba-tiba keluar statement luar kotak.

Aku alihkan pandangan ke arah dia, tapi dia langsung tak pandang aku. Pandangan masih statik di depan. Mata aku pun mula nak menganalisa si dia.

Kumis dan jambang halus mula tumbuh meliar di sekitar pipi dan rahang dia. Tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ni aku nampak penampilan Aidan lebih 'kasar', tegap dan macho. Aura mat jiwang yang meleleh macam dah tak ada.

"Admiring the view?"

Erk? Hadoiii!!! Mana nak letak muka ni?

Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke depan. Muka terasa pijar tiba-tiba. Dari ekor mata aku nampak dia dah berpaling ke arah aku dengan senyuman yang boleh buat degupan jantung aku bertukar irama.

"Gorgeous, isn't it?"

Macam double meaning je soalan dia tu. Huh! Relaks Fi. Tak payah nak gelabah sangat la.

Bernafas TanpamuWhere stories live. Discover now