Bab 7

1.4K 62 2
                                    

A woman can change a man's heart.

"Kenapa tiba-tiba rajin nak hantar nasi briyani dekat dia orang?"

Pelik sungguh tengok kawan-kawan aku ni. Terlebih rajin masak dan nak pergi bagi anak bujang bertiga tu makan. Tak pasal-pasal dengan aku sekali kena paksa buat Blueberry crepe. Selalunya kalau bab-bab delivery ni memang jangan harap. Kalau ada apa-apa yang nak dibagi pun dia orang akan telefon suruh budak bertiga tu datang.

"Sekali sekala tak salahkan kalau kita pergi hantar. Dah niat nak bagi orang makan kena la ikhlas."

Erk?! Kenapa macam pelik je? Cik Salwa tersenyum simpul sambil bawa Tupperware yang penuh dengan nasi briyani dan ayam masak merah. Bukan main gigih Cik Salwa dan Cik Tim bersilat dekat dapur. Aku juga yang masih blur tak tahu apa.

"Aku tahulah kena ikhlas bagai. Tapi dengan keadaan cuaca macam ni alangkah baiknya kalau cik-cik adik sekalian menyuruh si bujang lapok tu datang ambil dekat rumah kita je. Kan senang. Tak payah la korang nak heret sama aku yang tak tahu apa ni."

Bengang! Darah menggelegak dekat dalam. Bibir automatik tarik senyum yang maha sarkastik.

Dia orang senyum tiba-tiba. Aik? Ini dah kes pelik bin ajaib ni. Aku sindir sikit punya kaw boleh senyum lagi? Demam kepialu ke apa dia orang ni. Bukan setakat sorang je buat perangai pelik, tapi dua-dua bantai buat perangai luar alam. Akhirnya sampai ke depan rumah dia orang pun aku masih tak tahu alasan budak dua orang ni.

"Eh? Tu bukan Aidan ke?"

Tiba-tiba Tim muncungkan mulut ke arah bangku yang terletak seberang jalan rumah dia orang. Dari susuk tubuh memang sah tu Aidan. Bersembang dengan mamat rambut jagung sambil uh?

Tiba-tiba nampak asap sepoi-sepoi yang tak berapa nak bahasa keluar dari celah jari dia. Sekejapan nampak asap berhembus keluar dari hidung dengan bibir dia. Aiseyh...sejak bila jadi perokok? Selama ni aku tak pernah nampak pun dia merokok.

"Weh...Aidan smoking ke?"

Tiba-tiba keluar ayat tanda soal dari Tim. Aku ingat aku yang tertinggal tram, rupanya sangkaan tu salah. Bila aku kalih pandang muka dia orang berdua, masing-masing tayang muka am-I-having-myopia?

"Entah! Tak pernah tahu pun." Salwa jungkit bahu. Tak ada muka kura-kura dalam perahu kat situ. Memang sah dia tak tahu.

"Aku tengok makin berserabut Aidan tu."

Komen Tim bila mamat rambut jagung berlalu dari tempat Aidan duduk. Rokok yang terkepit dekat tangan dah hilang tapi diganti pula dengan gitar yang memang tersandar dekat bangku tempat dia duduk sejak dari tadi.

"Something is not right." Tak sempat nak tahan ayat tu laju je meluncur keluar dari mulut. Ceh...mulut tak pakai filter selalu cenggini. Aku rasa mata ni kena pusing pandang tempat lain supaya mulut ni tak keluar lagi ayat semiconscious.

Tapi...semua tu dah terlambat. Budak berdua sebelah aku dah pandang semacam sambil jungkit kening penuh maksud tersirat.

"Kenapa tak naik? Penat aku tunggu nasi briyani ayam masak merah. Aku ni dah polyphagia tau."

Serentak kami bertiga berpaling ke arah pintu. Acab dengan Rais dah tercegat dekat situ dengan rupa macam tak makan setahun.

"Apa hal pula nak polyphagia bagai? Kau PMS ke? Atau tiba-tiba dapat KLS (Kleine-Levin Syndrome)?"

Bernafas TanpamuWhere stories live. Discover now