Bab 33

1.5K 47 8
                                        

Sedar tidak sedar sudah hampir tiga bulan hubungan asmara aku dan Shamsul. kami wujudkan alam kami sendiri. kemesraan kami sendiri. kalau dulu aku hanya mengenali Shamsul, kini aku mengenali sahabat rapatnya Reza, Ahyan dan dua pupu aku abang Zul sahabat baik Shamsul dari kecil lagi.
Kadang-kadang apabila aku bersama mereka ada mata-mata jelek memerhati kami tapi aku tidak pedulikan semua itu.

"Dila, nak ikut tak esok?", tanya Zul.

"Ke mana?", tanyaku.

"Mandi waterfall", Ahyan menjawab.

"Siapa juga pergi?", tanyaku.

Mereka semua mengangkat tangan termasuk Shamsul di sebelahku.
"korang je?", aku meminta kepastian.

"Zura", kata Reza.

"Pergilah,ikut", aku mengangkat tangan.

"Tak payah pergilah. lelaki aje", Shamsul membantah.

"Kalau tak nak saya pergi jangan pergi", kataku.

"Tak boleh Sul, kau mesti pergi, angkut aje Dila", kata Zul.

"Awak nanti ummi awak marah. kata saya bawa awak. tak payah ikutlah", katanya lagi.

"Zura ikut boleh pulak. keputusannya saya ikut. Jangan ingat saya bodoh Sul. Saya kata saya tak suka dia. Dia ada agenda", kataku.

Reza melihat wajah aku.

"Sorry Rez, memang dia kakak kau. tapi aku tahu kau tahu apa niat dia kan?", kataku.

Reza tunduk. kakaknya memang menyukai Shamsul lebih dulu daripada aku. Dulu aku fikir tiada siapa yang akan merebut Shamsul dari aku. Ramalanku silap.

"Esok 2 petang. Mari saya hantar awak balik", kata Shamsul.

aku senyum.

"Saya tak suka awak ikutlah Dila. Awak ni dah bercampur juga dengan kawan-kawan saya. Saya tak suka orang tengok awak dengan pandangan menyakitkan hati. Tolong faham Dila", terang Shamsul.

"Ada saya peduli? Itu risiko bersama awak Shamsul. Saya tak peduli", aku membentak geram.

"Awak tak peduli tapi saya peduli Dila. Saya sayang awak terlalu sayang. Saya tak nak orang pandang rendah pada awak", Shamsul melemahkan suaranya.

"Dahlah. Pedulikan semua tu. Saya tak pentingkan pandangan orang tentang hubungan kita. Saya pentingkan awak", kataku lalu memaut lengannya.

"Shamsul, boleh tak awak jangan sibuk risaukan pandangan orang. Keadaan ini jejaskan antara saya dan awak. Awak jadi dingin. Awak sedar atau tidak?", tanya ku.

"Ok sayang. Saya janji tak akan sibuk dengan pandangan orang lagi yang penting awak. Awak kebahagian saya Adila", Shamsul mencuit hidungku.

Aku senyum.

"Esok saya tunggu di depan rumah Zul, ok?", katanya mengucup dahiku.

"yalah. tunggu saya. kalau saya kata pergi memang saya akan pergi", tegasku.

"Balik lah.. Shooo.. shoo..", halaunya.

"Berani awak halau saya", aku memeluknya tengkuknya ku gigit.

"Sakitlah Dila, nanti orang tengok. tuu ummi dpn rumah", tunjuknya.

"Mana?", wajah ku bertukar gementar.

"tau pun takut", Shamsul gelak.

"Ishh.. baliklah. jumpa esok", aku berlalu pergi.

Saat aku masuk di pintu rumah wajah ummi dan abah sedang menunggu aku di ruang tamu.

"Adila, sini ummi nak cakap sikit", pinta ummi.

"Adila. Sampai bila kamu nak macam ni Dila? Kamu tak penat ke? Apa yang seronok sangat di luar tu?", tanya ummi.

"Tak da apalah ummi. ummi jangan risau. Dila tahu jaga diri", kataku.

"Itulah jawapan kamu semua kamu tahu Adila. Semua kamu hebat", Abah menyindirku.

"Apa masalahnya sekarang ummi?", aku memerhati wajah ummi meminta dia menyejukan kepanasan di ruang tamu ini sebelum semuanya menjadi berantakan.

"Masalahnya sekarang kamu dah jadi kelawar. Bercampur dengan kutu rayau. kamu nak jadi apa Adila?", Abah membidas perbuatan aku selama ini.

aku pandang wajah ummi. Meminta simpati. Tiada. Ummi tidak pedulikan wajah aku. Pandangan ummi kali ini sepi.

"Ok, pukul berapa jam sekarang?", aku dongakan kepala melihat jam di dinding.

"Belum pukul sembilan, Adila dah balik kan? kalau Dila kupu-kupu malam tengah malam nanti Dila balik. kalau kawan Dila kutu rayau dia orang tak akan suruh Dila balik waktu ni. Kalau nak sangat Dila jadi kutu malam. ok. ", aku melangkah keluar rumah kembali.

"Kamu nak ke mana lagi Adila?", ummi bersuara.

"Ummi tunggulah kupu-kupu malam ummi balik. kalau Dila nak balik Dila balik", kataku menyarung sarung kaki.

ummi memaut tanganku. "Adila, abah tak bermaksud macam tu, jom masuk", pujuk ummi.

"Adila kalau kamu keluar juga jangan balik", teriak abah.

"Sudahlah abang. nanti saya cakap elok-elok dengan dia", ummi menyejukan hati abah.

"jom Dila, ummi hantar Dila ke bilik ya", ummi memegang tanganku.

aku melangkah mengiringi ummi. segaris senyum aku ukirkan. Aku tidak bersalah aku pasti itu.

ummi duduk disisiku di atas katil.

"Adila, sampai bila Dila nak hidup begini Dila? Setiap malam Dila keluar. Ummi tahu Dila keluar sekejap tapi itu semua tak sesuai buat maruah Dila. Dila perempuan. Ummi tak nak orang pandang rendah pada Dila", ummi berbicara lembut.

"Nanti Dila cuba kurangkan aktiviti Dila ummi. Ummi, percayakan Dila atau orang lain?", wajah ummi aku tenung.

"Memang ummi percayakan Dila. tapi bukan semua orang percayakan Adila. Pernahkah Adila fikir apa perasaan ummi dengar Dila dicanang berkawan dengan kutu rayau?", tanya ummi.

aku diam seketika.

"Maafkan Dila ummi. Dila babitkan ummi dalam perbuatan Dila. Tapi, Dila tetap tak peduli ummi. Dila tahu apa yang betul dan salah. Maafkan Dila", sedikit terbit rasa bersalah aku pada ummi.

"Kerasnya hati Dila. Langsung Dila tak kasihankan ummi", rajuk ummi.

"Ummi, kalau ummi lebih perlukan kata orang daripada Dila, Dila boleh pergi dari ummi. kalau itu yang lebih ummi perlu", pujukan aku tidak akan jalan aku mula mengugut memberi pilihan.

Ummi memeluk ku. "Jangan beri ummi pilihan Adila, jangan ugut ummi kasih sayang ummi pada Dila memang tiada batas. tapi Dila jangan melampau. selama ummi masih boleh bertahan, ummi tetap bertahan", bisik ummi.

"Maaf ummi. Dila minta maaf ummi. Tolong jangan desak Dila. ummi tahu Dila tak akan mengalah sekalipun didesak", aku perlu menyatakan pendirianku.

"Jaga diri Dila. Jangan jatuhkan air muka ummi", kata ummi lalu berlalu pergi.

aku terus ke bilik air mengemas diri sebelum aku termenung dan tidur.


Kau yang pertamaWhere stories live. Discover now