BAB 1

89K 1.4K 240
                                    

Fathia menyelak sedikit langsir dan mengintai ke luar rumah. Berharap gerangan yang ditunggu sejak tadi akan munculkan diri. Namun, hanya perasaan hampa yang menguasai dirinya saat ini.

"Hmm, mana abang ni tak balik-balik lagi?"

Sejak dari petang tadi lagi dia menunggu kepulangan suaminya, Hakimi. Sehingga jam menunjukkan pukul 1 pagi pun Hakimi tetap juga belum pulang.

Sudah dua tahun usia perkahwinan mereka, tapi masih belum rezeki mereka untuk menimang cahaya mata. Fathia juga sudah lali mendengar caci maki daripada keluarga mertuanya, terutama sekali ibu mertuanya. Perkataan mandul itu, sudah acap kali singgah ke telinga dia.

Pada mereka, Fathia yang mempunyai masalah. Fathia punca mereka tidak dapat anak sehingga sekarang. Bukan dia yang menolak untuk mendapatkan anak. Dia juga inginkan anak.

Dia seorang wanita. Wanita yang mempunyai perasaan ingin membelai anak di dalam dakapan dia, tetapi siapa dia untuk mempersoalkan rancangan Allah? Fathia hanya mampu berdoa dan berserah kepadaNya.

Tanpa sedar, Fathia terlelap di atas sofa.

*********

Keluhan dilepaskan, berat kaki untuk melangkah masuk ke dalam. Entah mengapa, dia tidak lagi mempunyai perasaan teruja untuk pulang ke rumah walaupun dia tahu ada yang menunggu di dalam. Mungkin kerana kekurangan sesuatu, perasaan itu muncul.

Hakimi membuka pintu rumah dengan perlahan. Tidak mahu mengejutkan isterinya. Tapi, tidak sangka dia pula yang terkejut saat kaki melangkah masuk ke dalam. Mata terpaku memandang isterinya yang sedang nyenyak tidur di atas sofa.

'Mesti Fathia tunggu aku balik.'

Perlahan-lahan kaki melangkah menuju ke arah Fathia. Tidak mahu Fathia terbangun dari tidur. Hakimi melutut di tepi sofa lalu mengelus perlahan rambut milik Fathia.

'I'm sorry sayang. Didn't mean to hurt you.' Kepala Fathia dielus perlahan.

"Abang dah lama balik? Thia minta maaf. Thia tak sedar bila Thia terlelap."

"Kenapa Thia tidur dekat sini?"

"Thia tunggu abang balik. Lewat abang balik. Banyak kerja ke dekat pejabat?"

Soalan Fathia dan usapan di tangannya membuatkan Hakimi sedikit sebanyak rasa bersalah.

Andai Fathia tahu apa yang dia dah lakukan, adakah Fathia akan layan dia macam ni ataupun sebaliknya?

Fathia terlalu baik untuk diperlakukan seperti itu. Fathia tidak pernah culas dalam penjagaan makan pakai dia. Layanan Fathia tidak ada cacat celanya. Cuma, masih ada yang tidak sempurna. Dia inginkan seorang anak.

Hakimi tersedar. Sedikit hanyut dibawa perasaan sampai terlupa ada Fathia yang setia menanti di sisi.

"Abang okey. Cuma abang penat sikit."

Tidak mahu Fathia mengesyaki apa-apa, senyuman nipis diukir.

"Hmm, Abang jangan kerja kuat sangat. Thia tak nak Abang jatuh sakit. Nanti Abang sakit, siapa yang nak temankan Thia?"

Kedua-dua pipi Hakimi diusap perlahan. Dia terlalu sayangkan lelaki ini.

"Abang dah makan? Thia ada masak makanan kegemaraan abang. Thia pergi panaskan makanan kejap. Abang pergi mandi dulu. Lepas tu kita makan."

Tidak mahu terlalu melayan perasaan. Tak tahu kenapa, sejak dua menjak ni Fathia rasa diri dia sekarang terlalu sensitif. Cepat berasa sedih.

"Kenapa, abang?"

"Abang dah makan tadi dengan kawan abang sebelum balik. Thia tak makan lagi?" Terkejut Fathia.

"Belum, Thia ingatkan nak makan dengan abang hari ni."

Dari tadi lagi dia tunggu Hakimi balik untuk makan bersama. Dah lama mereka tak makan bersama. Fikirnya tadi, dapatlah dia makan bersama malam ini.

Rasa bersalah menyelubungi diri saat memandang wajah Fathia berubah mendung. Keluhan dilepaskan.

"Dah berapa kali abang pesan dekat Thia, jangan tunggu abang kalau nak makan. Thia tahukan Thia ada gastrik? Kalau Thia sakit, siapa yang susah, abang jugakan?"

"Thia.. Thia dah lama tak makan dengan abang. Thia minta maaf kalau Thia susahkan abang."

Berubah wajah Hakimi saat itu. Tak berniat untuk meninggikan suaranya.

"Thia.. aa.. abang.."

"Tak apalah, Thia dah mengantuk. Thia naik tidur dulu. Selamat malam."

Cepat-cepat Fathia bangun dari sofa. Kaki laju memanjat tangga.

"Thia."

Panggilan Hakimi diabaikan. Sudah tidak ada mood untuk menjamah makanan. Tiba saja di bilik tidurnya, air mata yang ditahan sejak tadi, laju mengalir.

Kenapa? Salahkah kalau dia menunggu suami sendiri untuk makan bersama?

'Arghhh! Bodohnya aku. Yangaku pergi tengking isteri aku tu kenapa?! Dia tunggu aku nak makan sama-sama,tapi aku pergi marah dia plak. Mesti dia terasa dengan aku.'  

EBOOK : Kau CurangWhere stories live. Discover now