BAB 2

6.4K 196 6
                                    

JANGAN MELETUP? Dia tarik balik kata-kata itu sebab sekarang bila-bila masa sahaja lagi dia boleh meletup. Tahap kepanasan dalam hatinya sudah pun melebihi takat didih. Tolong! Siapa-siapa tolong pegang dia sebelum dia sumbat mulut perempuan ini dengan penumbuk. Sebelum dia bertukar jadi The Rock is cooking atau Hulk Hogan dan smackdown perempuan bergincu merah ini.

Okey, apa yang sebenarnya dah berlaku? Replay...

*****

ORKED menggelengkan kepala, menghentak dirinya sendiri daripada terus menikmati ciptaan Tuhan yang semakin merapati ini. Isy, kamu ini dah kenapa, Orked? Tengok dia betul-betul. Cuba abaikan dia yang berambut hitam berkilat dengan gaya kemas menawan. Abaikan dia yang berwajah bersih tanpa sebutir noda, dengan mata yang kelihatan nakal, dengan hidung mancung yang terpacak elok dan bibir yang tampak menggoda itu. Abaikan juga dia yang segak berkot hitam dengan rekaan yang betul-betul kena pada tubuh tingginya dan menampakkan betapa sasanya dia. Sila abaikan!

Ingat, Orked Imani. Dia tidak kacak. Dia tidak bergaya. Dia tidak ada aura mengancam. Dia tidak ada bunga mawar di sekeliling dia dengan sinaran cahaya yang menyerlahkan lagi rupa kacak dia. Isy, dia bukan hero animelah! Dia adalah manusia yang selamba badak saja langgar kereta kau!

Nafasnya dihela dalam-dalam, kemudian Orked menyambung langkah dan kini dia tercegat betul-betul di antara Vivanya dan BMW milik lelaki tersebut. Huh, itu pun kalau kereta ini bukan bapak dia yang punya. Yalah, hakikat kehidupan sebenarnya tidak seindah dalam filem atau novel. Kalau dalam filem dan novel, kereta sports atau kereta mewah itu haruslah dipandu oleh jejaka-jejaka kacak dengan badan berketak-ketak yang selalunya menjadi dambaan semua wanita. Dalam kehidupan sebenar? Huh, jangan haraplah! Kalau bukan pak cik tua dengan rambut putih, mesti pak cik tua dengan perut boroi! Kalau pun ada lelaki muda...pastilah kereta tu bapak dia yang punya. Confirm!

Mata Orked dijeling ke arah BMW tersebut. Cis, tak ada kesan langsung! Kereta mahal memang sangat gagah. Dia harus akui hakikat itu sekarang.

Pandangan Orked kemudian dialihkan pula pada keretanya. Bumper yang kemek, senget dan menunggu masa untuk jatuh menyembah bumi. Nombor plat yang separuh dah patah, hanya meninggalkan huruf WPL tanpa empat nombor yang selama ini hidup di sisi WPL itu.

Huwaa!!! My baby!!

Orked memalingkan muka pada lelaki di sebelahnya. Matanya dijegil tajam. Dan lelaki itu...hanya terkebil-kebil? Dengan muka tak bersalah? Dengan muka selamba tahap infiniti?

'Apa tengok-tengok?!' Ingin sahaja Orked mengherdik begitu. Namun tiba-tiba....

"Sayang! Hurry up! Pedulikan kereta tu."

Seorang perempuan dengan baju ketat dan skirt pendek paras lutut keluar dari BMW yang tiada kesan langsung tadi dan berjalan dengan gaya cukup gedik ke arah Orked dan sang jejaka bermuka selamba.

Oh.

Dan hanya itu sahaja yang mampu terpancul keluar dari mulut Orked. Mekap dia? Ya Allah! Buruknya! Tak ada orang ke pernah beritahu dia bahawa zaman sekarang ni, orang dah tak pakai gincu merah menyala yang mampu menarik perhatian orang dari sepuluh batu jauhnya. Oh, my! Eyeshadow tu? Ungu terang kononnya sedondon dengan baju yang dipakainya. Sekali tengok, memang sebijik macam nang'rai (perempuan jahat) dalam lakorn (drama Siam) yang selalu dia tonton.

Sayup-sayup ada pula suara-suara sumbang yang mula phewit dan bermacam-macam lagi bunyi pelik yang keluar. Hah, kan dah mengundang perhatian lelaki-lelaki gatal, cik kak oi?

"Hei, you bawa kereta macam mana, hah?! Lembab macam siput babi."

Sekonyong-konyong Cik Gincu Merah a.k.a cik nang'rai tadi menyerang Orked.

ENCIK SAYANG DAN MISS SWEETHEART (Published)Where stories live. Discover now