Bab 13: Hilmy Aydan

1.7K 44 4
                                    

Hari ini sunyi sekali
Tidak seperti yang lalu
Bermula diri aku sendiri
Tiada lagi kau di sisi

Hilang semua bayanganmu
Yang tinggal hanya kenangan bersamamu
Aku hilang

Tuhan tolong ampunkan dosanya
Pada hamba-Mu yang lemah
Bekalkan ia keberkatan
Agar dia bahagia

Di sana tempatmu selamanya
Di sini hanya menanti
Itulah kita manusia
Takkan kekal kasih selamanya
Selamanya
Selamanya

Hilang semua bayanganmu
Yang tinggal hanya kenangan bersamamu
Aku hilang

Tepukan gemuruh bergema di dalam Dewan Jubli Perak. Aula turun dari pentas dengan perasaan sebak. Lirik lagu yang dia nyanyikan tadi betul-betul kena dengan hidupnya kini. Realitinya, dia memang merasakan kehilangan Hilman.

Hampir 3 bulan cuti bersalin, Aula kembali memulakan tugas di tempat kerjanya. Baru sehari bertugas, hari ini ada majlis makan malam sempena ketua jabatannya akan bertukar ke Sabah. Sudah lama dia tidak menyanyi di hadapan orang ramai. Kalau tak silap, last dia menyanyi semasa dia menyambut hari jadi Hilman Harun yang ke 27 tahun dulu.

Mayra tiba-tiba menyiku lenganku "La, cuba kau tengok mamat yang pakai kemeja royal blue meja hujung sana"
Aku memandang malas, "Kenapa dengan dia?"
" Tu Haris, ketua sumber manusia yang baru. Dia baru kehilangan isteri. Isteri dia meninggal masa bersalin lima bulan lepas. Bukan dia hilang isteri saja, malah baby dia pun tak dapat diselamatkan" ujar Mayra panjang lebar.
Kasihannya. Baru aku sedar yang hidup aku masih bertuah. Sebab aku masih punya Hilmy Aydan sebagai tanda cinta aku bersama Hilman.
Lama aku perhatikan Haris dari tempat makan kami. Tiba-tiba mata kami bertaut. Dia tersenyum kepadaku dan aku dengan rasa senang membalas senyuman Haris kembali.

***********************************
Angin sendu meniup jauh. luar sedarku, hampir setahun Hilman pergi dari hidup aku. Honestly, aku makin kuat untuk menghadapi masa hadapan.
Ya, demi Hilmy Aydan aku harus kuat.

Hari ini aku pulang lambat lagi dari office. Mujur saja ada Mak Nani yang dapat menjaga Aydan di rumah. Sampai sahaja di rumah kelihatan Aydan sudah tidur di kamarku. Lama aku perhatikan wajah Aydan. Kasihan baby ibu. Kesibukkan kerja menghalang masa aku bersama dia.
" Tidurlah sayang. Esok pagi ibu bawa Aydan pergi swimming dekat De rhu okay?" Laju sahaja mulutku menabur janji kepada Aydan. Lantas kepala Aydan aku kucup. Aydan terasa tidurnya diganggu, segera saja tanganku menepuk lembut punggung Aydan sehingga aku turut sama terlelap.

Keesokkan pagi aku segera menunaikan janjiku kepada Aydan. Dengan bantuan Mak Nani kerja aku menjadi lebih mudah. Aydan segera aku berikan susu semoga mood dia okay sahaja. Aku tahu Aydan memang pantang melihat swimming pool. Sebijik perangai abah dia. Kalaulah abang Hilman masih ada.

"Ada apa lagi ke nak bawa ni Aula?" Teguran Mak Nani mengejutkan lamunanku.
" Takde apa dah tak silap Aula. Semua Aula dah siapkan. Mak Nani tinggal ikut kami je. Hehehe" aku segera mengunci rumah dan masuk ke dalam kereta.

Inilah rumah pemberian abang Hilman. Hadiah dari dia selepas aku selamat bersalin Aydan. "Baiknya abang Hilman" hati aku berdetik. Selepas sudah puas memerhati segenap penjuru rumah pemberian abang Hilman segera aku bergerak menuju ke De Rhu bersama Aydan dan Mak Nani.

"Nasib tidak ramai orang sangat hari ini. Boleh lah Aydan swimming dengan amankan sayang?" Omelku sambil mencium pipi gebu Aydan.
Aydan tergelak riang. Gembira sungguh dia kerana dapat bermain air.
Aku hanya duduk di tepi swimming pool sambil memerhatikan Aydan di atas pelampungnya bersama Mak Nani.

Tiba-tiba bahuku dicuit. Lantas ku pandang ke atas "Encik Haris?"

Buah hati buah matiWhere stories live. Discover now