Bab 3 : Pau kari daging

2.9K 55 8
                                    

Tersembul wajah Hilman Harun di muka pintu rumah Aula. Mahu saja Aula berlari ke dapur untuk mengambil pisau ayam supaya Hilman Harun cuak dan segera dia beredar. Tanpa diduga, dia melihat ada kotak di tangan Hilman Harun.
Dengan serta merta hatinya berdebar. "Apa yang Hilman Harun bawa kali ini sebagai senjata untuk memujuk hatinya? " hati Aula berteka teki.

Hilman Harun segera melutut di hadapan Aula sambil menghulurkan kotak sederhana besar yang dibawanya.
Alangkah terkejutnya Aula melihat terdapat 18 ketul pau kari daging di dalam kotak tersebut. Dengan rakus Aula merampas kotak tersebut dan memakan kesemua pau yang dibeli oleh Hilman Harun dengan catatan masa 5 minit 11 saat sahaja.
Hilman Harun melihat kerakusan Aula memakan kesemua pau dan dia tidak sangka yang Aula mempunyai sikap gelojoh yang sedemikian rupa.
"Ni kalau ibu aku tengok bakal menantu dia makan serupa hantu raya kelaparan, ada pengsan bawah meja makan orang tua tu aku rasa" Hilman Harun bermonolog dalaman.

***********************************

Semakin hari, Aula dapat menerima kehadiran Hilman Harun di dalam hidupnya. Pantang seminit tak dengar suara Hilman Harun nescaya hatinya Aula tidak aman.

Dia sendiri pelik melihat perubahan dirinya terhadap Hilman Harun. Jangan - jangan pau kari daging yang dibawa Hilman Harun pada malam itu telah dijampi serapah.
Mana mungkin selimut tetangga. Mana mungkinnnn ku terima bila kau mencintai yang lain.
Mana mungkinnnnnn. Jelas hati Aula kerisauan. Mana mungkin dia mahu menyalahkan Hilman Harun. Setiap ruang hatinya sekarang penuh dengan nama Hilman Harun dan selori petai Hilman Harun. Ajaib sungguh cinta ini!

***********************************

"Wohoo Tamizi sariga !" Jerit Hilman Harun kepada teman seperjuangan dan seperniagaannya.

Tarmizi Sariga merupakan insan yang banyak membantu Hilman Harun dalam perniagaan petainya. Tarmizi Sariga memonopoli perniagaan petai di bahagian utara tanah air. Segala taktik dan strategi perniagaan petai Hilman Harun diajar oleh Tarmizi Sariga. Tanpa Tarmizi Sariga mungkin sahaja dia tidak berjaya seperti sekarang.

" Aku dah buat apa yang kau suruh Tarmizi Sariga. Aku baca jampi serapah dalam air rendaman spender renamo aku selama 3 malam berturut- turut dan kemudian aku masukkan dalam inti pau kari daging. Peh, Aula sekarang seminit tidak boleh hidup tanpa aku tauuuuu" cerita Hilman Harun dengan panjang lebar.

Tarmizi Sariga tersenyum bangga melihat kejayaan anak muridnya yang berjaya menggunakan guna-gunanya untuk menundukkan seorang wanita. Tetapi dia terlupa hendak memberitahu Hilman yang jampi itu hanya akan bertahan selama 3 minggu sahaja. Selepas itu mangsa harus diberi makan pau kari daging rendaman air spender semula. "Ah,Nanti sahajalah dia kasi tahu sama Hilman Harun. Yang penting sekarang perut yang kosong ini harus diisi segera" bisik hati Tarmizi Sariga.

Buah hati buah matiWhere stories live. Discover now