"Really? Wahhh! Untungnya kau dapat pergi honeymoon dengan dia." kata Chorong.
"Tapi, aku rasa macam... entahlah."
"Relax.. Peluang ni kau jangan lepaskan.Kau tak suka ke?" sokong Chorong.
"Suka tu memang suka. Tapi, lah aku pun tak tahu macam mana nak cakap."
"Apa-apa pun good luck!! Aku pergi dulu eh. Anyeong."
"Anyeong." balas Clara lalu menamatkan perbualan mereka di skype.
***
"Jaga Clara baik-baik tau." pesan Ms. Park kepada anaknya, Chanyeol.
"Ya ma." balasnya ringkas.
"Minwoo nak tak nonna belikan apa-apa?" soal Clara sambil memegang bahu Minwoo.
"Betul ke?! Minwoo nak coklat banyak-banyak, boleh?" soal Minwoo sambil tersenyum girang.
Clara senyum kemudian mengangguk. Ms. Park hanya menggeleng sahaja memandang anaknya itu.
"Oklah ma, kami gerak dulu ya." kata Chanyeol sambil memeluk mama serta papanya. Begitu juga dengan Clara.
"Jaljayo!" jerit Minwoo.
***
Clara yang merasa bosan di dalam kapal terbang itu, hanya melihat Chanyeol di sebelahnya leka membaca buku. Tekun sangat membaca buku.
Chanyeol yang melihat Clara gelisah, terus menyimpan bukunya. Clara yang sedang termenung itu terkejut kerana tiba-tiba suara garau Chanyeol menegurnya.
"Kenapa ni? Tak selesa ke?" soal Chanyeol.
"Aniyo. Saya ok je."
Chanyeol mengangguk tanda faham.
"Ermmm... Aku nak tanya sesuatu ni." tanya Chanyeol secara tiba-tiba.
"Tanyalah." jawab Clara. Tiba-tiba Clara rasa suhu badannya turun kerana Chanyeol sedang memegang tangannya erat.
"Look at me." kata Chanyeol sambil memegang dagu Clara agar dia berpaling menghalangnya. Clara menelan air liurnya.
"Kalau panggilan dari aku-kau tukar ke saya-awak boleh?"
"H-h-a-hh?!"
"Kenapa tiba-tiba pulak ni?" soal Clara.
"Kenapa tak boleh ke? Lagi pun macam tak sedap pulak kalau orang dengar panggilan aku-kau bila kita berdua bercakap nanti." terang Chanyeol.
"Owhh..Ok..." kata Clara dengan senyuman kelat. Kelakuan Chanyeol makin hari makin pelik baginya.
"Ngantuknya!!" kata Clara sambil menguap.
"Ngantuk? Mari sini." kata Chanyeol sambil memegang kepala Clara dan menyandarkannya ke bahu kirinya. Clara mengangkat kepalanya semula dan memandang Chanyeol buat seketika.
Belum sempat dia berbuat apa-apa, Chanyeol sudah menarik kepalanya semula.
"Shhhh. Tidur. Nanti kalau dah sampai saya kejut awak." kata Chanyeol lalu turut menyandarkan kepalanya ke atas kepala Clara.(Boleh bayangkan macam mana?)
Sedang mereka berdua bersweet-sweet, ada dua orang sedang memerhatikan mereka dari belah kanan dengan pandangan yang 'menyampah' serta 'meluat'.
***
"Wahai penumpang-penumpang flight A340 boleh bersedia kerana sebentar lagi kita akan mendarat." terang salah seorang pramugari di dalam flight tersebut.
"Awak, bangun." kejut Clara sambil mengoyang-goyangkan bahu Chanyeol lembut.
Chanyeol perlahan-lahan membuka matanya. Dia memandang ke kiri ke kanan. Kemudian, baru dia pandang muka isterinya,Clara.
"Jap lagi nak sampai." kata Clara. Chanyeol pun segera mengemaskan beg dia.
